"Sarah. Kau okay tak?" Entah kenapa, aku masih pening pagi ni. Soalan Dhia aku abaikan.
"Sarah. Kenapa tak okay lagi ni? Selalunya kan, bila dah rehat, Sarah okay?" Aku hanya mengangkat bahu.
"Sarah. Mission hari ni memasak tahu. Kau okay ke?" Aku terkedu. Masalah betul lah! Lagilah aku pening!
"Dhia tolong tengok tengokkan dia eh? Kadang kadang, teruk juga pening kepala dia tu. Sampai boleh pengsan." Dhia mengangguk. Kemudian, kami berdua berjalan ke arah studio.
"-memasak!" Hanya itu yang aku dengar sebab aku terlalu pening. Tangan Dhia aku genggam.
"Sarah. Kau pasangan aku." Aku membuat muka pelik. Bukan ke, masak sorang sorang.
"Kali ni, mission kita berpasangan. Tapi, sorang buat desert dengan air. Dan seorang lagi buat main dishes." Aku mengangguk.
"Kau buat desert dengan air lah. Senang sikit." Aku mengangguk. Kami diberi masa 2 jam.
Aku akan buat chocolate pavlova bersama dengan chocolate milk shake. Dhia pula, akan buat ikan masak asam pedas. A great combination. Pedas dan manis.
Aku tekun membuat pavlova itu. Setelah siap pavlova, aku terus membuat milkshake. Tiba tiba, pening aku mengerang kembali. Kepala aku, aku pegang perlahan. Dapat aku dengar bisikan krew yang risau tentang aku.
"Miss Sarah okay tak tu?"
"Masa tinggal lagi 20 minit!" Aku mengeluh. Kemudian, sakit kepala aku, aku abaikan. Aku sambung membuat milkshake. Air mata aku mengalir kerana terlalu sakit.
Dan akhirnya, kerja aku siap tepat pada masa. Director memberi kami masa untuk berehat.
Aku, Dhia dan Kak Mona berjalan masuk ke dalam bilik standby.
"Akak! Nak panadol." Aku nak sumpah sumpah orang yang pakai minyak wangi macam nak mandi guna minyak wangi tu.
"Teruk sangat kau ni. Baik kau rehat. Diorang kata, kita boleh hantar seorang sahaja untuk masa judge nanti."
"No thanks. Aku akan okay sekejap lagi. Aku tak nak susahkan kau." Kepala aku, aku picit perlahan. Tiba tiba, pintu di tolak kasar dari luar.
"Sarah! Kau okay tak?" Firas melutut di hadapan aku. Pandangannya menampakkan yang dia sangat risau. Aku mencapai sesuatu di dalam beg.
"Aku akan okay. Tolong spray benda ni sekitar studio." Dia mengangguk dan terus keluar dari bilik itu. Spray tu adalah spray yang aku gunakan untuk hilangkan bau.
"Standby!"
"Kau kena cerita pada aku." Dhia memberikan pandangan tajam dia yang comel tu. Aku hanya tersengih.
"Sarah. Sini, akak tolong." Kak Mona menolong aku bangun. Kami melangkah perlahan ke dalam studio. Aku dah tak bau dah bau perfume tu.
"Sekarang, para juri akan merasa masakan anda." Aku melihat barisan juri. Ada Zafrin, seorang chef lelaki dan seorang chef wanita.
Wajah Chef wanita itu membuatkan aku terkedu. Dia mengeyitkan mata pada aku.
Chef Anita. Aku pernah interview dia. And then entah macam mana, kitorang berdua boleh berkawan.
Mereka merasa makanan yang dimasak oleh Dahlia dan pasangannya. Makanan diorang nampak sedap. Tapi, sedap ke?
Aku memandang wajah juri. Mereka seperti sedaya upaya mengawal riak wajah mereka kecuali Anita. Dia dengan selambanya mengeluarkan balik makanan yang dimakan. Aku tertawa kecil. Dia disukai ramai orang sebab sifat dia yang straightforward.
"Do you want us to die?" Aku hampir menepuk tangan bila Anita bertanya soalan itu. Dahlia dan pasangannya pulang semula ke tempat asal mereka berdiri.
"Kita next." aku mengangguk. Kami membawa makanan yang telah kami masak di hadapan mereka.
"Good combination. Spicy and sweet." Chef lelaki itu berkata. Kami berdua hanya tersenyum kecil.
"Sedap. Bila makan, tak ada rasa nak mati." Aku sedaya upaya menahan ketawa. Zafrin hanya senyum sahaja.
Kami kembali semula ke tempat asal kami. Mata aku melilau melihat sekeliling. Kadang kadang, aku tertawa dengan komen yang Anita berikan.
"Malang sekali hari ini, kita terpaksa menyingkirkan 2 orang peserta." Aku mengeluh lega. Kalau makin ramai tersingkir, makin dekatlah penamat rancangan.
"Kali ini, keputusan akan disampaikan oleh Chef Anita." Anita mengambil microfone.
"I'm sorry. Yang tersingkir adalah Miss Dahlia dan Miss Adila." Mereka berdua membuat muka tak puas hati dan seperti biasa, mereka keluar dari studio.
Tiba tiba sakit kepala aku menyerang lagi. Aku menggenggam tangan Dhia di sebelah.
"Tempat pertama untuk mission hari ini ialah Miss Zulaikha. Congratulations." Perempuan bernama Zulaikha itu keluar bersama Zafrin.
"Cut!" Dan itu perkara terakhir aku dengar sebelum keadaan menjadi gelap.
"Dia keracunan. Atau saya lebih senang katakan ialah, mungkin ada orang dah masukkan sesuatu dalam makanan dia." aku membuka mata perlahan lahan.
Aku pandang sekeliling. Hospital sudah pasti.
"Saya keluar dulu." Doktor itu berlalu pergi.
"Sarah. Awak dah bangun." Aku bersandar pada katil. Muka Kak Mona yang gelabah itu dipandang.
"Ada orang racun saya kan?" Kak Mona mangangguk.
"Agensi dah failkan laporan. Mereka akan cek cctv. Nanti, tahulah siapa dalangnya." Aku mengangguk.
"Bila saya boleh keluar?"
"Esok pagi." Aku terkejut.
"Kenapa tak sekarang? Shooting tu macam mana?" Production tak akan senang senang tangguh shooting.
"Jangan risau. Diorang tangguh lusa. Atas arahan Zafrin." Aku mengangguk lega.
"Girlfriend! Kau okay tak?" Aku menjeling Firas yang selamba masuk tanpa memberi salam.
"Aku okay. Tak mati lagi pun." Kemudian, pintu ditolak lagi sekali.
"Hai, Sarah." Dhia tersenyum memandang aku.
"Kak Mona dan Firas. Give us space." Kak Mona mengangguk dan terus keluar dari situ.
"Girlfriend! Aku baru je sampai! Sampai hati!" Firas menghentak hentakkan kaki.
"Hati aku memang sampai. Baik kau pergi sebelum kaki aku yang sampai." Dia terus keluar dari situ.
Dhia memandang aku dengan pandangan yang tertanya tanya. Aku tersengih.
Aku menyuruhnya duduk di kerusi di sebelah katil. Kemudian, aku menceritakan segalanya. Apa hubungan aku dengan Firas, tujuan sebenar aku masuk program ni dan apa yang doktor cakap pasal keadaan aku.
"Sebelum kau tanya soalan, aku nak tanya dulu. Apa jadi masa aku pengsan?" Dhia mendengus.
"Bila kecoh sebab kau pengsan, Zafrin datang balik dalam studio. Dia yang hantar kau ke hospital. Zulaikha pula tak puas hati sebab dia tak dapat hadiah untuk tempat pertama which is luangkan masa dengan Zafrin." Aku mengangguk.
"Jadi, aku nak tanya. Sebab alasan dia artis lah kau macam tak suka je masuk program ni?" Aku mengangguk.
"Kalau aku tolak, aku takut kena buang kerja pula. Sekarangkan susah nak cari kerja." Dhia mengangguk. Setuju dengan apa yang aku katakan.
"Tapi, takkan dah jadi sampai macam ni, company kau tak ada buat apa apa?"
"Benda tu diorang tengah settle kan tapi, aku sangat berharap yang diorang terus keluarkan aku dari program tu. Tapi, tulah. Angan angan je." Aku mengeluh.
YOU ARE READING
Encik Artis [C]
Romance[Romance X Short story] Turut serta dalam rancangan realiti? Kalau ini program hiburan tak apa juga! Tapi tak! Ni program mencari kekasih. Kenapa aku orang yang di pilih untuk join! Siapa aku? Aku adalah salah seorang pengintip yang bekerja untuk sy...