"Ouh, macam tu." Kak Mona mengangguk faham. Aku masih tersengih bila Kak Mona tergeleng memandang Arif yang masih lena.
"Baik bangunkan dia. Takut kejap lagi ada orang melawat Sarah." Aku terus bangun. Telinga Arif, aku piat. Inilah cara aku bila dia tertidur dalam kelas.
"Auw! Sakitlah!" Dia menggosok telinganya yang mula merah sebelum terkedu memandang Kak Mona.
"Err, hai?"
"Jangan risau. Aku dah terangkan. Kau ni, memang nak kena kan?! Lagi sikit je nak kantoi dengan doktor tadi. Aduh, geram betul aku dengan kau ni!" Kak Mona ketawa melihat aku yang membebel manakala Arif masih menggosok telinganya.
"Aduh, aku mengantuk sangat lah! Perangai kau dari dulu masih sama kan? Kejut lah elok elok."
"Kau bukannya ba-"
"Zafrin. Baik awak pergi sekarang. Takut nanti ada orang lain yang masuk wad ni." Kak Mona memotong percakapan aku. Aku mendengus.
"Okay. Bye kak. Bye, mak cik."
"Kau ni kan!" Arif terus menutup pintu bila aku mula meletop.
"Comel betul korang ni kan?" Kak Mona ketawa. Aku duduk semula di atas katil.
"Geram tahu tak?"
"Geram tapi sayang kan?" Aku terkedu.
"Tak rugi kan, company suruh masuk program ni?" Aku menggeleng dan tersengeh.
"Tapi, nak tahu sesuatu tak?" Aku mengangkat sebelah kening.
"Tujuan Sarah masuk bukan sebab company sebenarnya." Aku berkerut.
"Semuanya atas arah mak dengan ayah Sarah. Dio-"
"Seriouslah! Mati mati orang ingat kalau orang tak buat, orang kena buang kerja!" Hambik kau. Bila aku marah keluarlah orang aku.
"Sabar, Sarah." Aku terdiam.
"Diorang dapat tahu yang Zafrin Arif tu, kawan baik Sarah yang Sarah dah lama cari. Sebab tu diorang masukkan Sarah dalam program tu." Mak dan ayah tahu? Kejap.
"Kak Mona dah lama tahu?!" Kak Mona tersengeh. Aku mendengus. Tak guna betul.
"Akak buat buat terkejut je tadi." Aku memeluk badan. Geram betul lah! Tiba tiba, telefon Kak Mona berdering.
"Hello?"
"..."
"Baik. Saya datang sekarang." talian di matikan.
"Sarah. Bos panggil. Akak pergi dulu tahu." Aku mengangguk. Banyak betul kejutan yang aku dapat. Tiba tiba, pintu dibuka dari luar lagi. Firas masuk dengan riak yang teruja. Aku tersenyum.
"Sarah! Aku ada berita gembira!"
"Aku pun!" Dia duduk di kerusi sebelah aku.
"Kau bagitahu dulu." Firas menarik nafas dalam sebelum tersenyum lebar.
"I'm getting married!" Aku terkedu. Getting maried? Senyuman palsu aku ukir. Sebenarnya, aku tak tahu nak happy atau sedih.
"Wah, tahniah."
"Apa berita gembira kau?"
"Aku dah jumpa childhood bestfriend aku." Aku berkata dengan nada yang sedih.
"Seriously?! Yang nama dia Arif tu ke? Tapi, kenapa nada kau sedih?" Aku merenung matanya kemudian tersenyum.
"Haah. Arif. Aku dapat tahu semalam. Dia artis sekarang." Soalan terakhir dia, aku abaikan. Dia membuat muka terkejut.
"Wait! Zafrin Arif. Jangan kata yang dialah Arif yang kau cari?!" Aku mengangguk laju. Dia masih terkejut.
"Wow!"
"Aku lupa nak tanya. Kenapa tiba tiba getting married ni? Kau keluar dengan perempuan pun jarang?" Dia tersenyum semula.
"Tulah kau tak tahu. Mama aku buat blind date tahu tak. Lepastu, perempuan tu kan, unexpected gila!"
"Apa benda?"
"Kau ingat tak perempuan yang aku pernah crush masa kolej dulu?" Aku mengangguk. Haliza.
"Dia lah orangnya. Then, kitorang terus setuju. Hujung bulan nikah." Aku mengangguk. Melihat dia yang tersenyum tu buat aku tersenyum juga. Aku gembira kawan aku gembira.
"Mak! Sampai hati mak dengan ayah!" Sambil mengemas barang barang aku, aku ambil kesempatan untuk telefon mak dengan ayah.
"Apa yang sampai hatinya? Kitorang buat apa?" Aku mengeluh.
"Tak bagitahu pun yang Zafrin Arif tu Arif yang orang cari. Ayah pun sama. Dah lah komplot dengan syarikat!" Ayah dan mak ketawa.
"Dah kamu tu tahap tak suka artis tu, sampai tak perasan yang dia tu Arif." Ayah aku berkata. Ada betul juga kata ayah. Tapi, aku masih tak puas hati.
"Entah. Sekarang, kalau masih suka Arif, buat betul betul dalam program tu. Kesihatan pun jaga. Jangan main makan sembarangan je." Aku terdiam.
"Dengar tak mak cakap ni?"
"Ye, orang dengar. Dah lah. Orang let-" talian dimatikan. Ewah, mak ni. Suka buat macam ni. Phone aku berdering sekali lagi. Tanpa memandang nama pemanggil, aku menjawab panggilan itu.
"Hah, mak. Kenapa mak le-"
"Sarah? Ni aku la?" Aku memandang nama pemanggil.
Arif❤
"Sorry. Hah, kenapa?" Beg aku disandang dan teruk keluar dari wad itu.
"Boleh tahan lama eh, kau kemas? Dah lupakan aku ke?" Aku menggaru kepala yang tak gatal.
"Mana ada. Aku berbual dengan mak ayah aku tadi. Aku nak sampai dah ni." Aku terus menutup panggilan apabila aku sampai di keretanya.
"Mak cik, pak cik sihat ke?"
"Sihat je. Aku bengang gila!" Aku menceritakan semula apa yang mak dan ayah rancang sambil dia memandu.
"Bijak. Aku berterima kasih pada diorang. Wait. Kau cari aku?" Aku terdiam. Wajah Arif yang mengukir senyuman itu membuatkan aku lagi terkedu.
"Tak salah kan?" Aku tersengeh.
"Tak langsung." Kami tersenyum. Sekarang, aku yakin dengan perasaan aku. Aku suka Arif.
"Pastikan kau menang program tu okay?" Dia berkata sebelum aku keluar dari kereta.
"Baik, bos!" Aku memberikan tabik hormat. Dia ketawa. Comel.
Aku tak berhenti senyum dari tadi. Asyik teringat pasal Arif je. Sah aku dah angau.
"I have loved you since we were twelve~" Aku menyanyi sambil berpusing pusing di ruang tamu.
Kring! Aku mengeluh. Siapa pula yang kacau aku ni?
"Hello?"
"Hello, Sarah. Ni Dhia."
"Dhia! Mana dapat nombor aku?"
"Kak Mona. Sarah. Aku nak minta maaf dengan kau." aku berkerut. Kenapa Dhia tiba tiba ni?
"Aku ada emergency. Terpaksa pergi Singapura. Jadi, aku dah tarik diri dari program." aku terkedu.
"Kau dekat mana sekarang?"
"Aku minta maaf sangat sangat. Aku terus gerak petang tadi. Minta maaf sangat sangat." Akh mengeluh. Dah tak ada temanlah aku lepas ni.
"Tak apalah. Aku faham. Nanti bila bila, kita hangout lah eh?" Nak marah dia pun tak guna juga.
"Okay! Aku janji. Okaylah aku letak dulu! Muah, love you!" Talian dimatikan. Aku ketawa. Dhia, Dhia.
Tinggal 4 orang pesaing aku. Harap harap aku tahanlah dengan perangai diorang yang suka menggeletis tu.
Gambar aku dengan Arif waktu zaman sekolah rendah yang aku ambil dari facebook ditenung. Haih, chubby sungguh dia zaman ni. Aku rasa, kalau dia masih chubby sampai sekarang, perempuan perempuan tu tak akan menggedik kot.
YOU ARE READING
Encik Artis [C]
Romance[Romance X Short story] Turut serta dalam rancangan realiti? Kalau ini program hiburan tak apa juga! Tapi tak! Ni program mencari kekasih. Kenapa aku orang yang di pilih untuk join! Siapa aku? Aku adalah salah seorang pengintip yang bekerja untuk sy...