"Kau jangan nak tunjuk macam bagus dekat sini. Bila mama tak ada kat sini, jadi aku bos kau. Dan kau kena dengar cakap aku. And for your information, disebabkan sikap kurang ajar kau ni, aku nak bagi sedikit pengajaran dekat kau. Hei perempuan kampung, kalau kau tu dah miskin, buat cara miskin. Jangan nak berlagak tak bertempat. Kau sedar sikit, kau kerja dekat sini sebab nak cari makan. Jadi beradab sikit," marah Afiq.
Sebaik saja Afiq siap berkata-kata, Filzah berasa makin takut! Takut sangat. Rasanya macam nak keluar sahaja dari bilik ini. Tak sanggup nak tengok muka Afiq yang menyinga tu.
Pada waktu yang sama, hati Filzah sedikit terhiris dengan kata-kata yang dilontarkan Afiq Qusyairi. Aduhai lelaki bongkak! Kenapalah kau ditakdirkan bertemu dengan aku? Kalau tak jumpa langsung kan bagus, tak adalah sakit mata aku nak menghadap muka kau tu, bisik Filzah dalam hati.
Filzah menarik nafas. Semangat dikumpul.
"Kenapa diam? Salah ke apa yang aku cakap? Kau bawa sedarlah sikit, kau tu cuma pekerja sahaja. Bukannya mem besar, sampai kau nak biadab dengan aku," tambah Afiq lagi.
Isy, masih tak puas hati lagi ke Afiq ni?
"Beradab? Kau suruh aku beradab? Hei Afiq, jangan jadi seperti ketamlah. Nak ajar anak jalan lurus, tapi diri sendiri pun jalan senget." Sinis ayat yang dibalas oleh Filzah.
"Kau tak payah nak ketam-ketam sangat dengan aku. Orang kurang ajar macam kau ni memang kena ajar."
"Apa masalah kau sebenarnya ni? Apa pasal kau benci sangat dengan aku? Kita buat kerja masing-masing, jangan ganggu antara satu sama lain. Habis cerita. Mata aku pun tak sakit nak tengok muka perasan bagus kau tu, telinga aku pun tak sakit nak dengar suara garau ala-ala katak kau tu, dan mulut seksi aku ni tak bengkak nak bercakap dengan serigala hitam macam kau ni."
Pedas! Kurang ajar! Biadab! Terlampau! Itulah antara kata-kata yang boleh menggambarkan ayat yang baru dilontarkan Filzah. Memang sangat kurang ajar! Berani pula Filzah ni.
Dada Afiq sudah berombak. Serasa Afiq macam hendak sahaja diambil pasu bunga di depannya, lalu diketuk-ketuk ke mulut Filzah sampai hancur. Dia cukup marah!
"Biadab! Hei perempuan kampung yang tak sedar diri, kau jangan nak biadab sangat eh. Kau panggil aku apa? Serigala hitam? Aku pun ada gelaran untuk kau la memerang tua, mulut murai. Kau ingat kau cantik sangat ke? Setakat muka macam kau ni, berlambak dekat pasar malam. Hei Filzah gendut, kalau sekali lagi kau berani nak kutuk aku macam tu, siap kau. Ops lupa! Aku rasa ni kali terakhir kut kau akan kutuk aku macam tu." Kata-kata Afiq mati di situ.
Dahi Filzah sedikit berkerut cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh Afiq? Kali terakhir? Kenapa pula?
"Kenapa pula?" Sehabis mungkin riak gembira itu cuba disembunyikan.
"Kau mesti suka kan, lepas ni tak ada lagi kau dengar suara aku yang kau cakap macam katak ni? Bagus sangatlah tu kan. Aku pun puas hati."
"Boleh kau jangan nak cakap belit-belit tak? Kau terus terang ajelah..." rengus Filzah geram.
Nak membebel pula dia. Memang pun, aku puas hati sangat sebab lepas ni tak ada lagi berkumandangan dekat telinga aku ni suara katak kau tu. Aman sikit hidup ni. Nasib baik sedar diri.
"Kau ni memang menguji kesabaran aku betul. Itulah, kalau dah nama orang miskin, harga diri pun tak ada. Dahlah miskin harta, miskin budi bahasa pula tu," kutuk Afiq.
"Hei! Suka hati kau aje nak cakap aku tak ada harga diri kan?" Ayat terakhir itu hanya diucap atas angin sahaja, namun dapat menyapa telinga Afiq.
Afiq tersenyum. Jelas dia rasa kemenangan sudah berpihak pada dirinya. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Kau dengar sini, mulai saat ini, aku berhentikan kau kerja," ucap Afiq dalam nada suara yang tenang. Tenang setenang air keruh di tasik bera.
Ek eleh mamat poyo ni, keluar ayat macam nak lafazkan talak aje.

YOU ARE READING
CINTA UNTUK FILZAH
RomansE-BOOK RM10 sahaja! Di dalam ini hanya ada beberapa bab dah tak akan penuh di wattpad! Untuk pembelian boleh ke profile dan lihat bahagian bio ada tertera link ke shopee untuk pembelian. Atau boleh whatsapp saya 01116430554. Pada umur 18 tahun, Fil...