"Asal kau menangis ni?" soal Afiq tiba-tiba apabila terlihat mata Filzah yang merah. Aik? Takkanlah baca novel pun boleh menangis. Nampak aje rock, dalam hati ada taman.
"Biarlah..." Filzah terus merampas novel itu semula.
"Suka hati kau la... kata nak jadi isteri mithali konon. Mithali apa layan suami macam ni," balas Afiq pula.
Langkah Afiq diatur pergi. Filzah memandang Afiq dengan pandangan geram. Novel tersebut diletak di tepi. Kemudian dia bangun menyaingi tubuh Afiq.
"Mithali la ni. Baju kekanda pun dinda dah siapkan tau," kata Filzah.
Langkah Afiq mati.
Kekanda? Adinda? Buang tabiat apa perempuan ni? Geli telinga aku dengar. Berlumba-lumba tahi telinga aku nak keluar dengar dia panggil macam tu, kata Afiq dalam hati.
"Kau ni dah kenapa?" soal Afiq balik.
"Panggil kekanda pun salah ke? Mulai hari ni, kekanda kena panggil dinda, dinda tau. Jangan guna kau aku lagi eh. Kenalah guna bahasa lembut sikit dengan isteri.
Tak baik kasar-kasar tau. Mama pun dah banyak kali tegur dinda. Dia tak kasi dinda guna saya awak dengan kanda. Katanya tak hormat suami. Jadi puas dinda fikir nak panggil apa yang mungkin perempuan lain tak pernah panggil kanda. Jadi rasanya panggilan ni perempuan lain tak pernah panggil kan?" soal Filzah sambil menyengih.
Dahi Afiq berkerut. Mukanya masam mencuka.
"Mestilah tak pernah guna. Sebab dia orang semua perempuan moden bukannya kampung dan selekeh macam kau ni. Kuno betullah guna kekanda dinda ni. Kut ya pun nak nampak sweet, panggillah aku abang ke... sayang ke... darling ke... pa ke... B ke... barulah cute. Huh!" balas Afiq.
"Eh, tak naklah... Kalau abang, Yani dah pernah panggil, kanda. Kalau sayang dengan darling tu mesti Azura pernah panggil kan? Kalau pa atau B okey juga. Tapi tu nanti-nantilah eh. Lepas kita dapat baby ke, baru dinda panggil kanda pa eh," kata Filzah dengan senyuman.
Isy! Perasan gila minah ni. Geli geliman aku tengok. Dah meroyan siap anak bagai. Tak kuasa aku nak ada anak dengan kau. Tolong sikit. Muka tak malu! kutuk Afiq dalam hati.

YOU ARE READING
CINTA UNTUK FILZAH
RomanceE-BOOK RM10 sahaja! Di dalam ini hanya ada beberapa bab dah tak akan penuh di wattpad! Untuk pembelian boleh ke profile dan lihat bahagian bio ada tertera link ke shopee untuk pembelian. Atau boleh whatsapp saya 01116430554. Pada umur 18 tahun, Fil...