Episod 8 - Pancing

29.9K 238 43
                                    

Aku menatap wajahku di cermin. Solekan ringkas dipadankan dengan tudung flamingo pink yang kulilitkan keliling leherku. Aku memakai kemeja T lengan panjang putih dipadankan dengan skirt biru muda. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku terus mengambil gambar swafoto dan menghantar gambar beserta mesej Whatsapp kepada Faris. Dia kini sedang bertugas di Perak.

Ummi : How do I look?

Faris : Wow, awek mana yang gorgeous sangat ni?

Ummi : Heheh. Sayang pergi dulu ye. Wish me luck.

Faris : Have fun. Kirim salam sayang kat Camelia.

Ummi : Ish, gatal la abang ni. Belum dapat lagi.

Faris : Hehheh.

Aku mempunyai lunch date dengan Camelia. Aku mula merapatkan diri dengan Camelia. Sudah beberapa kali kami keluar bersama dengannya. Semuanya dengan tujuan untuk memastikan suamiku dapat 'merasa' badannya. Aku dapat merasakan bahawa Camelia selesa denganku. Camelia juga selesa menceritakan hal dan rahsia rumah tangganya kepadaku. Sehinggakan perihal Khalis yang tidak dapat memberikannya anak pun sudah diceritakan kepadaku. Walaupun sebenarnya segalanya sudah kutahu daripada Khalis sendiri.

Hari ini, setengah hari kami berjalan-jalan di Sogo. Kami umpama berada di syurga membeli belah sempena jualan murah akhir tahun. Penuh tangan kami mengangkat barang-barang yang kami beli. Setelah meletakkan barang-barang yang kami beli di kereta, kami menuju pula ke Jalan TAR. Sempena Hari Raya yang akan tiba, kami mengambil kesempatan membeli pakaian raya sekeluarga. Sedar tak sedar, senja hampir tiba.

Ummi : Eh, you tak apa ke balik lewat ni? Khalis tak risau ke?

Camelia : Tak apa. Khalis outstation minggu ni.

Ummi : Oh, ye ke. Samalah dengan Faris.

Sebenarnya, aku memang sudah merancang dengan Khalis supaya dia tiada di rumahnya minggu ini bagi memastikan rancanganku 'memancing' Camelia berjaya.

Camelia : Anak-anak you macam mana?

Ummi : Diorang kalau cuti sekolah ni memang ke rumah atuk nenek diorang je. Tu yang sunyi sikit rumah seorang. Nasib baiklah ada you teman I jalan-jalan hari ni. Eh, you ada apa-apa nak buat ke malam ni?

Camelia : Tak ada apa-apa pun. Kenapa?

Ummi : Jom kita pergi dinner dululah.

Sepanjang menunggu makan malam kami tiba, aku mengurut-urut kakiku.

Camelia : Lenguh ke kaki? Hehheh. Bukan main lagi kita shopping hari ni.

Ummi : Itulah. Kalau dengan Faris dia nak cepat je selalu. Tak puas nak cuci mata. Dengan girlfriend I ni la baru puas jalan-jalan.

Camelia : Betul. Khalis pun sama jugak. Tak boleh nak diharap teman shopping.

Ummi : Eh, lepas makan ni you teman I pergi massage boleh tak? Lenguh-lenguh satu badan ni. I belanja you.

Camelia : You tau ke tempat yang okay massage?

Ummi : Adalah satu spa ni. Farislah yang recommend. Dia kata bagus.

Camelia : I on je.

Sesudah makan, aku membawa Camelia ke sebuah massage parlour yang telah dicadangkan oleh Faris. Sebenarnya, Faris sudah berbincang lebih awal dengan Captain massage parlour tersebut untuk menyediakan masseuse lelaki untuk kami. Dia telah memilihkan 'full package' untuk kami. Aku agak teruja untuk bersama dengan lelaki yang tidak kukenali.

Ujian FarisWhere stories live. Discover now