Teaser 4

90 2 0
                                    

#EbookDoktorCintaHatiku RM12 Pre-order (22/5/2020-5/6/2020)

Teaser

Fil terus mengambil tempat di sisi Dhiyanah. Tidak dipedulikan riak wajah Dhiyanah yang bengang dengan aksi spontannya itu.

"Boleh duduk tempat lain tak?"

"Tak. Rasa dah lama tak duduk sebelah kau selepas kejadian hari tu." Fil menjawab dengan selamba. Sikit pun dia tidak kisah dengan bebelan Dhiyanah tadi. Bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Tangan dilingkarkan pada belakang kerusi Dhiyanah. Sempat dia membalas senyuman pada pengunjung yang memandang ke arah mereka.

"Apa awak buat ni? Turunkan tangan tu. Kalau Bat nampak macam mana? Apa saya nak jawab nanti." Perlahan saja Dhiyanah menegur apabila dia baru saja perasan ada sesetengah pengunjung memandang mereka. Dijarakkan sedikit tubuhnya daripada lelaki itu. Takut kalau ada benda yang bukan-bukan bakal dilakukan oleh Fil. Sudah lah wangian yang digunakan oleh Fil sekarang boleh menggugat imannya.

"Kenapa? Tak ada masalah pun kan. Ke Ziyad ada dekat sini?" Fil menari-narikan keningnya sambil membalas. Memang sengaja dia ingin mencari pasal dengan Dhiyanah. Suka betul dia tengok muka putih menjadi merah. Tergugat iman dia melihatnya.

Dhiyanah mendengus geram. Rasa hendak hempuk saja Fil sekarang.

"Tolong jangan sebut nama dia boleh tak? Kalau boleh, sekali saja saya minta untuk awak jangan nak perli saya yang bukan-bukan. Cukuplah awak dah tahu apa yang terjadi."

Kalau tak fikirkan lelaki ini manusia, sudah lama dia humban Fil ke dalam Sungai Melaka.

Fil menjungkitkan bahunya.

"Tak boleh janji. Mulut akuni, akan jadi automatik nak kenakan kau."

E-book Doktor Cinta Hatiku RM12 Pre-order (22/5/2020-5/6/2020) https://wapp.my/60133247263/Saya+nak+order+DCH

(Ebook) Doktor Cinta HatikuWhere stories live. Discover now