Teaser 5

82 1 0
                                    

#EbookDoktorCintaHatiku

Teaser

"Kenapa awak nak sibuk dengan urusan peribadi saya? Saya tak rasa yang saya ni membebankan awak. Jadi, tak perlu nak prihatin sangat." Dhiyanah tak nak kalah dalam membalas. Bagi dia, lelaki ini memang silap orang untuk masuk campur atas urusan peribadinya.

Fil meraup mukanya kasar. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Macam mana dia boleh senang-senang menjadi prihatin pada Dhiyanah sedangkan wanita itu langsung dia tidak kenal sebelum ini. Dua kali pertemuan cukup membuktikan yang mereka ini langsung tidak sebulu.

"Baik. Memandangkan kau pun dah cakap macam tu, aku tak nak kau tiba-tiba muncul depan aku. Kau fikir, aku nak sangat hadap perempuan macam kau? Lebih baik aku cari orang yang boleh faham aku daripada aku hadap perempuan complicated macam kau ni.

Lelaki ni simple saja Dhiyanah, kalau mereka still dengan kau bermakna mereka selesa dengan kau tapi kau tengok lah sekarang, kau ada ke kawan lelaki? Tak ada kan? Ada baiknya, kau ubah perangai kau tu. Takut nanti jadi anak dara tua. Waktu tu, kau jangan nak menyusahkan orang pula." Kata Fil panjang lebar. Dia langsung tak ada niat ingin menyakitkan hati Dhiyanah. Dia cuba ingin menyedarkan wanita itu saja.

Tersentap Dhiyanah mendengar kata Fil itu. Sungguh menusuk ke dalam hatinya. Tidak pernah dia jumpa lelaki macam ini malah lelaki itu dapat membaca perangainya. Sungguh dia berasa malu sangat.

"Kau nak balik kan? Pergi lah balik. Aku tak ada rasa nak menghadap muka kau sekarang. Ada baiknya aku pergi makan. And one more thing, jangan menyesal di kemudian hari. Takut kau terduduk nanti sebab mulut kau tu." Setelah berkata begitu, Fil segera pergi meninggalkan Dhiyanah sendiri.

Sepi saja Dhiyanah melihat langkah Fil meninggalkannya sendiri di sini. Faham lah dia yang lelaki itu memang tidak mahu ada apa-apa kena mengena dengannya. Di pejam matanya kejap. Entah kenapa dia berasa sakit apabila Fil berkata begitu. Tidak sesakit Ziyad yang menolak salam cintanya. Apa yang ada dalam diri Fil seakan-akan membuatkan dirinya berasa tidak tentu arah. Siapakah sebenarnya Fil Ukasyah ini?

E-book Doktor Cinta Hatiku RM12 Pre-order (22/5/2020-5/6/2020) https://wapp.my/60133247263/Saya+nak+order+DCH

(Ebook) Doktor Cinta HatikuWhere stories live. Discover now