Mata Taehyung tidak alih memandang tepat sepasang mata coklat hazel milik Chanrie yang berada dihadapannya sekarang.
Akan tetapi , situasi yang berlaku menghalang dirinya daripada memuji mata menawan itu.
"Chateau Lafite 1869"
"Kau cakap bahasa apa ni ? Speaking English pulak rambut perak ni" balas Chanrie dalam nada yang agak menjengkelkan.
Tanpa ragu , tangan kanan Taehyung pantas mengeluarkan senjata api daripada bahagian dalam jaket kulit miliknya. Cukup sesaat sahaja pistol itu sudah berada di bahagian kiri kepala Chanrie.
"Apa kau cakap ? Rambut perak ? Aku ?" , soal Tae dengan berangnya.
"Siapa lagi kau nampak ada kat sini ?" , balas Chanrie dengan nada yang lagaknya.
Keadaan Chanrie makin sadar. Sungguh pada awalnya , agak terkejut dengan dirinya. Nasiblah dirinya cepat sahaja mengingat kembali kekecohan yang telah berlaku sebentar tadi.
"Bodoh. Dah mabuk buat kecoh pulak" , ujar Taehyung.
Dia masih belum berpuas hati , kini barannya mula menguasai diri dan cuba untuk dikawalkan.
"WOI !" jeritan kasar itu menyedarkan diri Chanrie.
Tipulah dia jika dia tidak takut melihat wajah di hadapannya sekarang. Tampan , memang aku jujur tampan sekali.
Tetapi amarah di dalam wajah itu jelas membuatkan wajah itu gerun untuk ditatap. Siapa saja berani ?
"KAU ! HAHAH ! Siap hina rambut aku ? Kau sedar tak berapa harga wine dalam gelas aku yang kau tembak tadi ?!" suara kasar Taehyung memasuki gegendang telinga perempuan itu.
Terhinjut kecil bahu Chanrie mendengar jeritan itu.
"Kecoh lah . Wine je pun . Berapa harga yang kau kecoh sangat sekarang ni ?" , Chanrie cuba untuk menangkan dirinya.
"$230,000. In korean won , harga wine kau tembak tu 285,786,500 won (RM1,003,605.00). Kau mampu bayar , kita settle" , senyuman jahat ditayangkan kepada Chanrie.
"Shit , damn. Im dyin" , ujar Chanrie perlahan namun cukup untuk didengari Taehyung yang berada dihadapannya.
Melihat wajah gadis dihadapannya , Taehyung ketawa sekuat yang mungkin . Tiada yang lucu di mata orang , entah apa yang lucu sangat di kepalanya.
Mungkin cuma mahu pamerkan bahawa dialah pemenangnya.
"Berani sangat. Sekarang tengok , siapa yang gelabah ? Siapa yang terdiam ? AHAHAHAHAHAH"
Tangan kiri Taehyung tidak lagi menggenggam baju Chanrie , malah dagu kecil milik Chanrie dicengkam kasar dan dirinya memamparkan wajah sinis itu.
Hina sekali bagi seorang perempuan yang namanya , Chanrie.
"Sekarang .. macam dah sampai saat kau patut mati bukan ? Aura tu dah sampai rasanya" , tambah Taehyung lagi.
Dia pikir aku gerun dengannya ? Chanrie sudah masak dengan semua perbualan ini.
Benar , dia masih tidak tahu cara untuk lepaskan diri dari lelaki dihadapannya . Duit sebanyak itu.. kerja sambilan dua tahun pun belum tentu boleh mencukupi.
Tetapi jika soal menyentuhnya , mati pun dia tidak kisah. Jangan pernah sentuh dirinya sesuka hati. Chanrie agak sensitif akan hal ini.
Disebabkan dia tidak terfikir sebarang cara lain , lantas hanya memikirkan cara mengambil risiko.
YOU ARE READING
[C] Psychopath || KTH ✔
Short StoryTak pernah dia terlintas dalam hidupnya untuk jatuh hati kepada lelaki itu. Malangnya , itulah yang terjadi. "I love you"- Min Chanrie. "my first and my last good night" - Kim Taehyung - Rank : #4 psychopath (6-11-21)