Riang nada lelaki itu . Tapi apakah daya , Chanrie yang buat pertama kali nya jatuh cinta mendengar khabar bahawa orang yang disukainya berpasangan dengan orang lain .Sakit sungguh . Tipulah jika tidak perit . Akan tetapi saat melihat senyuman yang dipasang di bibir Jungkook , rasa sakit itu semakin menusuk kedalam secara melembut.
Benar sekali , senyuman itu memang disumpah. Walau hatinya terluka , walau dirinya mahu sahaja menjerit dan mungkin membunuh perempuan yang merampas satu-satunya penghibur harinya.
Terpaksa bibirnya mengukir sebuah senyuman palsu untuk gembira dengan apa yang Jungkook veritahu. Senyuman yang memendam rasa sakit , marah , sedih juga gembira. Gembira kerana senyuman lelaki yang disukai nya lebih ceria pada waktu ini .
"Tahniah" perkataan terakhir yang keluar dari bibirnya sebelum melambai tanda selamat tinggal buat kali terakhir pada cinta pertamanya , Jeon Jungkook.
Sungguh selama dia hidup , dia ialah seorang perempuan yang tak pernah kenal erti sayang mahupun suka.
Ini pula cinta ? Ew.
Tidak faham betul Chanrie mengapa perempuan perlu menangis ditinggalkan lelaki seperti mahu mati. Laki je pun , apa yang sedih sangat ? Ramai lagi kan ?
Tapi pada saat itu , dirinya sadar. Cinta itu bukan indah , cinta itu perit. Cinta pertamanya , memang sadis.
"Stop it Chanrie ! Kau tak boleh lemah disebabkan lelaki"
Mahupun dirinya sedih mengimbas kenangan beberapa jam lalu , entah kenapa.. tiada air mata yang keluar.
Hanya dirinya yang memegang pistol kini menembak dinding di hadapannya. Das demi das tembakan dilepaskan. Esok hari mungkin dia terpaksa pindah ke apartmen lain , peduli apa dia.
Mahu dilepaskan geramnya semua sekarang juga. Sebaik sahaja hatinya lega , terus teringat kejadian di bar ketika kekecohan berlaku tadi.
Lelaki tampan , bermata biru. Kanta mata biru mungkin ?
"Habis rambut aku dengan baju aku jantan tu tarik. Nasib Prada murah sial" terus dicarik bajunya lalu terus masuk ke dalam tong sampah di sudut bilik.
Kini dengan baju tidurnya lengkap terus berbaring di atas katil itu. Memikirkan lelaki tidak diketahui , kurang ajar malah menggerunkan pada detik tertentu.
Lelaki yang mengugut untuk membunuhnya"
Apa benda tah nama laki tu tadi ? Kim ? Kim Laehyung ? Kim Taehyung ?
"Ah lantak ah macam lah aku akan jumpa dia lagi tch. Dasar lelaki kurang ajar suka hati pegang dagu aku. Dagu mak dia takde ke ?"
⚫⚫⚫
"KIM TAEHYUNG !"
Jeritan tegas itu jelas mampu membuatkan sesiapa sahaja terkejut malah menggigil ketakutan.
Namun , psikopat yang namanya Kim Taehyung ini tidak pernah sekali kenal apa itu erti gerun dalam dirinya.
Dihadapannya kini , ketua mafia yang paling menjadi bahan gosip di Seoul , Bang Shin Hyuk yang berbadan sasa lagi tegap.
Tajam anak matanya merenung bak seperti pandangan maut yang dilemparkan kepada Taehyung.
Namun hampa , Taehyung masih lagi memasang muka selambanya dan tidak berminat dengan perbualan yang akan diungkapkan.
Dirinya dihempaskan di atas kerusi , lalu tangannya dibawa ke bibir semata-mata bagi menutup mulutnya yang sedang menguap. Memang matanya berat sekali , mahu saja tidur sekarang juga.
YOU ARE READING
[C] Psychopath || KTH ✔
Short StoryTak pernah dia terlintas dalam hidupnya untuk jatuh hati kepada lelaki itu. Malangnya , itulah yang terjadi. "I love you"- Min Chanrie. "my first and my last good night" - Kim Taehyung - Rank : #4 psychopath (6-11-21)