♧ Chapter 6

667 65 1
                                    

           Sibuk sekali Chanrie mengemas biliknya. Banyak barang yang dia beli untuk menghias biliknya itu. Bingkai gambar miliknya itu dia ambil dan digantung ke dinding yang menghadap ke arah katilnya.

Chanrie merenung melihat gambar itu. Gambarnya ketika melacong di New Zealand bersama Jungkook. Gambarnya yang duambil oleh Jungkook. 

Kekadang dia tersenyum lihat dirinya namun , kekadang terselit juga perasaan sedih. Semenjak , Jungkook mulakan hubungannya bersama Lisa.

Itu pilihan dia , soal hidup dia. Aku bukan sesiapa. 

Walau sedikit pun , aku tak ada hak untuk menghalangnya. 

Chanrie yang baru sahaja keluar tandas menuju ke katilnya dengan rancangan untuk tidur kerana hari pun sudah lewat malam. Sehingga lah..

Ding Dong !

           "Perangai setan betul datang rumah orang pukul 1 pagi" rungut Chanrie yang kini membuka langkah menuju ke pintu rumahnya. Sangkaannya hanyalah mungkin seorang budak bermain loceng rumah itu ataupun rakan yang datang menggangu lenanya tetapi apa yang dia lihat sungguh jauh bezanya

          "But- Taehyung ? Apahal dengan kau ? Kenapa baju kau penuh darah ni ? " risau dan keliru riak wajahnya.

          "Kau.. hamba aku. Tolong" muka Taehyung malah tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika mengatakan itu. 

Chanrie yang masih keliru tidak mampu bertanya lebih lanjut lalu terus menarik Taehyung ke dalam rumahnya. 

Sekali imbas , keadaannya terlihat teruk sekali tetapi apabila melihat darah yang terlalu banyak itu tetapi lelaki itu masih mampu berdiri malah bajunya langsung tidak terkoyak , Chanrie sedar bahawa itu bukan darah pemuda itu lantas dia mengeluh. 

Dibiarkan Taehyung di ruang tamu sebentar kemudian dirinya kembali membawa baju kemeja putih yang bersih beserta dua seluar panjang hitam.

          "Nah. Tu bukan darah kau kan ? So aku takde kena bersihkan luka ke apa. Kau mandi lah , lepastu tukar pakai baju ni. Seluar tu paling besar aku ada , kalau muat pakai yang tu. Kalau tak nanti kau terpaksa pakai bottom track yang menggelebeh tu ah" jelas Chanrie

          "Tuala ?"

          "Eh dia ni macam-macam pulak aku lempang kang. Haih sabar chanrie sabar.. 5 hari je" 

          "Ada dalam bilik air. Guna yang berlipat tu" balas Chanrie sambil memaparkan senyuman palsu untuk menenangkan dirinya. Lantas Kim Taehyung memasuki bilik air tanpa berkata apa-apa.

          "Kurang ajar jantan ni , aku siap bagi baju Gucci aku kut. Bara betul aku tengok dia , dengan berterima kasih pun tidak" gadis itu melepaskan geram selepas menghempaskan dirinya di atas sofa.

          "Tapi .. kalau tu bukan darah dia , habis siapa ? Eh Chanrie ni bukan urusan kau tak payah ambik tahu" bisik hati kecilnya. 

Setelah hampir 50 minit , akhirnya Taehyung keluar dari tandas . Lama benar dia mengambil masa membersih diri , kalah perempuan !

          "Hah keluar pun kau" kata Chanrie. Pada waktu itu , dirinya diserang. Taehyung yang masih mengelap rambutnya yang basah itu , baju kemeja putih yang tidak dibutangkan memaparkan bahagian badan berdosa itu , seluar panjang hitam yang jelas menampakkan peha berotot itu. 

          "Fuck" hati Chanrie lemah melihatnya.

          "Kau pandang apa ?" soal Taehyung yang kini merebahkan diri bersebelahan Chanrie.

          "Pehal tak butangkan baju tu bodoh , seronok ah tu tayang abs tak wujud" balas Chanrie yang masih malu dengan pemikirannya tentang Taehyung tadi.

[C] Psychopath || KTH  ✔Where stories live. Discover now