Tayar kereta Bugatti berwarna hitam laju meluncuri jalan raya. Sepertinya hari ini bakal menjadi hari yang panjang.
"Tak panas ke kau pakai baju hitam ?" tanya Taehyung kepada Chanrie.
"Dalam mall nanti sejuk jugak , biar ah. By the way , pandai pulak kau makeover baju aku. Tetiba nampak lawa baju tu" mata Chanrie melihat ke susuk tubuh lelaki di sebelahnya.
Kebetulan pula , Taehyung menemukan seluar longgar berwarna mustard hadiah daripada Yoongi yang entah berapa lama sudah berada di dalam bonet keretanya. Dipadankan pula bersama kemeja biru gelap bersaiz besar miliknya dan juga tali pinggang milik Chanrie.
Bahagian depan baju kemeja itu diselit ke dalam seluar manakala bahagian belakang pula dibiarkan di luar. Sungguh menarik perhatian.
"Tu pun sebab aku jumpa seluar ni. Lagi satu mungkin sebab badan aku memang perfect. Mungkin ?" jawab lelaki itu.
Bangga diri betul , memang mintak kaki. Mendengar kata-kata Taehyung , gadis yang memujinya tadi terus memaparkan muka menyampah. Nasib membelahi mereka , sedar tidak sedar rupanya kereta itu sudah makin mendekat dengan destinasi yang dituju.
Kini mereka sudah tiba.
"Kau nak pergi mana je ?" tanya Chanrie kepada Taehyung sebaik sahaja kaki mereka menjejak permukaan lantai pasaraya itu.
"Prada , LV , Saint Laurent , AMIRI , Quantez , Valentino and most important is Gucci" jawab Taehyung , tidak memberhentikan langkahnya.
"What the fuck. Kau ni anak CEO syarikat Apple ke apa ?" tanya Chanrie. Sungguh , semua produk jenama yang disebutnya itu berkos melebihi RM1000 mahupun bagi sehelai baju.
"Tu agak-agak dia tahu tak baju kemeja aku yang dia pakai tu jenama Padini je ?" tanya gadis itu kepada diri sendiri.
Selama dirinya hidup sendirian selepas emaknya membuat keputusan untuk menikahi lelaki lain , dia hanya mampu membeli sehelai seluar berjenama Prada dan sehelai baju berjenama Saint Laurent.
Itupun dirinya terpaksa memakan mi segera dua minggu berturut-turut serta bekerja sambilan selama enam bulan. Sanggup bersusah payah demi membeli sehelai seluar dan baju. Tetapi lelaki dihadapannya malah berkata seperti jenama itu semurah puluhan ringgit.
"Nope. Kerja aku ... lagi seronok dan kejam" balas Taehyung , bibirnya membentuk sebuah senyuman yang disengetkan ketepi.
"Kejam? Ada kaitan dengan baju dia yang penuh darah semalam ke ?" bisik hati Chanrie sendiri.
"Apa maksud kau ke-"
"Jom ! Sebab kau dah setuju jadi hamba aku , tolong aku pilihkan pakaian aku. Baju dekat rumah aku dah lama la semua minggu lepas punya" kata Taehyung itu , memotong pertanyaan Chanrie.
"Minggu lepas ? Baru lagi kan bodoh" soal gadis itu.
"Aku mintak tolong elok-elok , dia maki dekat aku. Susah betullah perempuan ni aduh ikut jelah aku" balas Taehyung lantas menarik tangan Chanrie , kasar itu memang kasar tetapi entah kenapa Chanrie biarkan sahaja.
Kaki mereka terus memasuki butik berjenama Louis Voution itu. Jika perlu memilih satu aksesori atau pakaian yang menarik perhatian Chanrie , memang tidak mampu untuk memustuskan.
Semuanya cantik malah anggun sekali. Harganya juga bukan boleh dibuat main, sekali pandang terlihat rekaannya ringkas sahaja tetapi harga sehingga beribu-ribu.
YOU ARE READING
[C] Psychopath || KTH ✔
Cerita PendekTak pernah dia terlintas dalam hidupnya untuk jatuh hati kepada lelaki itu. Malangnya , itulah yang terjadi. "I love you"- Min Chanrie. "my first and my last good night" - Kim Taehyung - Rank : #4 psychopath (6-11-21)