♧ Chapter 9

742 61 7
                                    

           Sepanjang hari meluangkan masa bersama-sama , akhirnya penghujung hari tiba juga. Taehyung si psikopat itu buat pertama kalinya tidak pernah marah sekali pun pada hari itu.

Kedengaran mustahil tapi memang berlaku.

Dulu , walau terpijak sedikit sahaja kasutnya memang akan ditembak kaki orang itu. Walaupun sudah banyak psikitarist yang ditemuinya , masih lagi dirinya tidak pulih dari penyakit mental itu.

Tetapi hari ini , walau Chanrie menampar , menolak , memaki pada dirinya sekali pun tidak ada satu detik pun dia terasa marah atau hilang sabar.

          "Kenapa ..?" soal dirinya sendiri.

Kata laluan pintu rumahnya dimasukkan , terus sahaja tangan Chanrie membawa diri untuk memulas tombol.

          "Thank you , bawak aku keluar. Kalau tak , sampai sekarang aku memerap dalam rumah hadap telefon je" ucap Chanrie sambil memaparkan senyuman ceria sekali.

          "Bukan hari ni Taehyung... Aku tak mampu nak bunuh dia sekarang" bisik hati Taehyung tatkala melihat senyuman manis gadis itu.

           "Jangan perasan lebih. Aku bukan bawak kau keluar , aku mintak hamba aku temankan je" jawab pemuda itu penuh lagak. Langsung dibalas dengan reaksi menyampah Chanrie.

          "Aku pergi dulu. Jumpa nanti , hamba si kacak Kim Taehyung" kata Taehyung yang memuji dirinya sendiri semasa mengucapkan selamat tinggal , tangan dilambaikan di udara.

          "Eh sekejap ! Taehyung , kau taknak masuk dulu ke ? Last kita makan tadi pukul enam petang tadi. Sekarang dah nak masuk pukul 11 malam , kau tak lapar ke ?" tanya gadis itu.

Taehyung yang berdiri di situ terdiam seketika. Buntu. Apa yang perlu dilakukannya?

          "Ni peluang kau , Taehyung. Kalau kau dapat masuk rumah dia senang kau.."

          "Walaupun senang , kau mampu ke ?" 

Kekal terdiam pemuda itu buat beberapa minit , keliru Chanrie dibuatnya.

            "Kalau kau tak lapar takpe , tapi kalau kau lapar aku boleh masakkan Ramyeon. Tu pun kalau kau mampu makan benda murah macam tu" kata Chanrie diiringi sedikit ketawa kecilnya.

          "Kau dah ajak , mestilah aku makan. Jangan hangitkan makanan tu sudah" balas Taehyung.

          "Ya.. lagi bagus aku cepatkan kerja aku.." bisik hati Taehyung.

          "Kau jangan , aku tarik balik apa aku cakap nanti. Gila apa hangitkan Ramyeon. Dah , masuk cepat" kata Chanrie.

Gadis itu lantas membawa diri ke dalam rumahnya dan terus ke dapur. Meninggalkan Taehyung di muka pintu yang mengeluarkan pistol dari kot yang dipakai.

            "Ya .. baik aku bunuh dia.. hari ni" kata dirinya.

Sibuk gadis itu bersiap sedia untuk memasak. Rambut diikat rapi dan kemas , dipakaikan pula apron dengan teliti. Apabila dibuka kabinet dapur , terserlah lima paket mi segera atau enak dipanggil Ramyeon.

Dua daripada paket itu Chanrie ambil lalu diletakkan ditepi sementara dia mendidihkan air di atas dapur. Sementara memasak , dirinya leka memikir perasaan sendiri.

          "Aku rasa .. aku suka Taehyung ?" keliru , betapa cepatnya Taehyung bertapak di hati sendiri.

Teringat beberapa hari lalu ketika dia menerima maklumat tentang lelaki itu daripada anak buahnya. Tidak berapa banyak maklumat yang tercatat , cekap sungguh menyembunyikan maklumat penting.

[C] Psychopath || KTH  ✔Where stories live. Discover now