10 ; nice

130 22 5
                                    


---
bloody promise || suga


02 September 2010

"No choice , Hae kena ikut eomma pergi America. Hari ni juga." Ujar Puan Park dengan nada tegas. Cikgu Eom hanya memandang dua beranak dihadapannya itu.

"Taknak! Hae taknak ikut eomma!" Bentak Haeyoung. Puan Park menarik nafasnya dalam. Sesekali dia menjeling ke arah jam tangan yang dipakainya.

"Hae kenapa ni? Hari tu setuju je nak ikut eomma pergi America. Kenapa tiba-tiba bertukar fikiran ?!" Herdik Puan Park. Eom Saem mengusap perlahan belakang Puan Park.

Haeyoung menggigit bibirnya menahan tangisnya. Di kepalanya hanya ada Yoongi. "Haeyoung , ikut eomma kamu arra ?" Pujuk Eom Saem dengan penuh harapan yang Haeyoung akan mendengar cakapnya.

"Eomma , eomma pernah terfikir tak kenapa hae ikut cakap eomma selama ni ?" Ujar Haeyoung tiba-tiba. Puan Park hanya mendiamkan diri.

"Hae dengar semua cakap eomma. Eomma suruh hae putus kawan dengan chingu hae dekat Busan , Hae buat. Eomma suruh hae buang oppa jauh-jauh dari dalam hidup hae , hae buat walaupun benda tu sakit. Kali ni eomma nak hae tinggalkan satu-satunya orang yang hae sayang dekat Seoul ni ? Sampai hati eomma!"

Luah Haeyoung. Air matanya ditahan dari mengalir.

Rasanya Puan Park react apa ?

Puan Park menayangkan muka ala-ala terkejut. "Eomma kisah ? Tak kira , hari ni Hae kena ikut eomma juga." Ujar Puan Park kemudian memberi arahan pada orang suruhannya agar membawa Haeyoung keluar dari sekolah.

"Eomma kejam! Hae benci eomma !"

"Hahaha maaf lah Eom Saem. Saya minta diri dulu. Terima kasih sebab sudi bantu saya. Jangan risau , setiap bulan saya akan masuk kan duit dalam bank sekolah untuk sekolah ni , arra ?" Terang Puan Park. Tangan Eom Saem dia capai lalu mengusap lembut.

"Baiklah , Puan Park. Saya sangat hargai. Terima kasih." Balas Eom Saem sambil tersenyum hingga menampakkan kedutan pada mukanya.

"Kalau macam tu saya minta diri." Pamit Puan Park. Sempat dia menyelitkan cek yang berjumlah berjuta won pada jari Eom Saem. Makin melebar senyumnya.

"Take care! Safe plane!"

💀

2020

Haeyoung termenung. Kehadiran Yoongi pada waktu itu langsung tidak dihiraukan. Seakan terasa tenggelam dibahagian sebelah kanannya , Haeyoung menoleh.

Senyuman dia hadiahkan pada Yoongi. Ya , hari ni mereka officially kahwin. Tanpa tetamu , tanpa chingu. Tidak meriah langsung. Ini bukan impian Haeyoung.

"Hae."

"Hm?"

Yoongi memusing badan Haeyoung agar Haeyoung memandangnya. Wajah isterinya itu dipandang redup. Sungguh dia merindui muka ini.

Keluhan di lepaskan. Perlahan-lahan senyuman Yoongi mati. "Kau tak suka aku ?" Soal Yoongi dengan dingin.

Haeyoung mendongak memandang wajah dingin Yoongi. Sungguh dia gentar memandang wajah itu serta renungan mata itu.

Soalan Yoongi dibiarkan sunyi tanpa jawapan. Yoongi merengus kasar. Rambutnya dikuak kebelakang. "Sabar Min Yoongi , sabar." Gumam Yoongi , memujuk diri sendiri.

Dia takut , dia takut akan melukai orang yang dia sayang. Cukuplah dua orang yang dia pernah sayang , mati betul-betul dihadapan matanya. Dia tidak mahu sejarah berulang semula.

"Saya..."

Yoongi yang berura-ura hendak keluar dari bilik mereka itu terhenti. Segera dia menoleh ke arah Haeyoung.

"...penat nak tidur. Kalau awak nak apa-apa kejutkan saya lepas ni tau." Pesan Haeyoung kemudian membaringkan dirinya. Selimut ditarik paras dada.

Yoongi mendiamkan diri. Lama dia merenung Haeyoung yang tidur membelakanginya itu sebelum dia beredar ke tempat kegemarannya.

💀

"M-mianhae..."

"A-apa salah aku.."

"Tolong lepaskan aku..."

"Kau siapa..."

Rayu seorang lelaki lingkungan umur 20-an. Matanya yang ditutup oleh kain putih itu menyukarkan dia untuk mengenal pasti siapa yang berada dihadapannya itu.

Dia mendiamkan atau lebih kepada menghiraukan rayuan lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia mendiamkan atau lebih kepada menghiraukan rayuan lelaki itu. Dia tetap meneruskan kerjanya iaitu , menikam kaki itu berulang kali bagi melepaskan geramnya.

"Aku benci perempuan tua tu."

"Dia buat Hae aku lupa pasal aku."

"Dia paksa hae tinggalkan aku."

"Hae pula dah lupakan aku sepenuhnya."

"Aku tak suka benda tu."

"Aku marah!"

"HAHAHAHAHAHAHA !!"

"Perempuan tua bodoh!!"

"Kau memang cari nahas dengan aku !!"

Jeritan kesakitan yang dikeluarkan oleh lelaki itu dihiraukan malah menikmati bagaikan mendengar lagu. Begitu syahdu. Sangat merdu untuk didengar.

Selesai kaki kiri , dia menikam pula kaki kanan lelaki itu berulang kali tanpa belas kasihan.

"K-kau s-siapa ?" Soal lelaki itu dengan lemah.

Yoongi berhenti dan membiarkan pisau itu terbenam didalam kulit lelaki itu. Dia mendongak memandang wajah pucat lelaki itu.

"Aku Min Yoongi , budak lelaki lemah yang selalu kau buli dulu...."

"....Kim Woosung."

---

:: kimwoosung disini ialah kimwoosung the rose. Huehuehue silalah usha.

Keep reading and voting :: 🌼

Bloody Promise || 슈가 [bts] ✅Where stories live. Discover now