---
bloody promise || sugaKeadaan hening hingga sampai di rumah. Yoongi langsung tidak bercakap dengan Haeyoung. Begitu juga dengan Haeyoung , hanya menghiraukan Yoongi.
Haeyoung memandang Yoongi yang baru habis mandi itu. Tapi dia memandang sekilas kerana Yoongi memakai tuala paras pinggang.
Pipinya mula memerah. Yoongi yang perasan diperhatikan itu mula mengangkat kepalanya. Dia menguntumkan senyuman kecil. Akibat ego , Yoongi menggelengkan kepalanya.
Baju t-shirt dicapai lalu disarungkan pada. Dipadankan pula dengan jeans warna biru gelap. Minyak wangi yang berada diatas meja solek dicapai kemudian disemburkan pada badannya.
"awak nak kemana?" Soal Haeyoung.
Yoongi memandang Haeyoung sekilas kemudian mencapai kunci kereta dan phone yang berada di atas side table pada sisi katil mereka. Haeyoung menahan lengan Yoongi.
"BWO?!" Jerkah Yoongi sambil merentap tangannya. Haeyoung menggigit bibirnya.
"saya masih tertanya. Kenapa awak tumbuk muka Minghao tadi." ujar Haeyoung. Digigihkan juga dirinya untuk melontarkan soalan itu.
Yoongi memalingkan tubuhnya memandang Haeyoung. Keningnya diangkat sebelah. "ouh, nama dia Minghao ? China ? Chinese ? Sebab tu kau dekat dengan dia ?"
Haeyoung mengerutkan keningnya. Merepek apa do ? Desis hati Haeyoung. "Awak merepek apaㅡ oh." Haeyoung menepuk tangannya sekali.
Yoongi memandang Haeyoung hairan. Hendak saja dia bertanya kenapa , tapi dia memilih untuk mendiamkan diri.
"awak jealous?"
"majayo! Kau tu isteri aku. Apa hak kau nak bercakap dengan lelaki lain , huh ?" marah Yoongi.
"dia tu chingu saya jelahㅡ"
"chingu ka , bukan chingu ka. Kau ingat aku kesah ? Kau nak aku hukum ka ?!" Pandangan matanya mula berubah.
Berubah.
Seperti.
Seorang.
Psycho.
Muka Yoongi memerah menahan marah. Giginya diketap. Tangannya pula digenggam erat. Dia melangkah mendekati Haeyoung.
"kalau aku cakap aku tak suka , aku tak suka Min Haeyoung?! Kau nak kawan kau tu mati?" Soal Yoongi seraya merentap pergelangan tangan Haeyoung.
Haeyoung mengadu kecil. Air matanya mula bertakung pada tubir mata. Dia mengangkat kepalanya , bertentang mata dengan Yoongi.
"bunuh? Itu maksud awak kan? Jadi tak salah lah saya nampak tahun lepas. Itu awak kan ?" Soal Haeyoung. Suaranya bergetar.
Yoongi melepaskan pegangannya dengan kasar sehingga membuatkan Haeyoung terduduk di atas tilam. Dia meraup kasar wajahnya.
"Ya. Puas ? Sudah tahu kan ? So kau nak kawan kau mati dalam tangan suami kau ni ?" Soal Yoongi kemudian meninggalkan Haeyoung yang tergamam.
YOU ARE READING
Bloody Promise || 슈가 [bts] ✅
Fanfiction•[피의 약속 || 슈가]• "kalau aku tak nak ?" -cast- •minyoongi •parkhaeyoung •kimseokjin •yoonjisung start ; 18.05.20 end ; 09.07.20 ©fckdaaalbyeoool