Prolog

36 3 0
                                    

   Bunyi sorakan itu bergema kuat. Namun telinganya terasa berdengung. Pandangannya kabur. Perlahan-lahan matanya cuba dibuka.

  Lawannya berdiri megah bersama senyuman yang sukar ditafsirkan. Pandangannya seolah-olah menyatakan bahawa dia sudah kalah.

  Dia cuba bangun dari keadaannya yang tertiarap. Namun satu kaki memijak belakang badan menghalangnya untuk bangun. Hanya kedua belah tangannya mengampu tubuh menghalang daripada jatuh kembali.

  Dalam kepayahan itu, dia memandang ke tepi. Raut wajah seseorang menyapa pandangannya. Tiada air mata yang keluar. Tiada jeritan. Tiada tangisan.

   Hanya mata yang berpandangan. Seolah-olah berada di dunia sendiri. Bagai dapat menghantar pesanan yang ingin di sampaikan.

  Tubuhnya dihentak lagi sehingga rebah. Namun pandangan itu tidak putus. Darah merah pekat keluar dari mulutnya. Tubuhnya sudah lama dipenuhi lebam dan luka. Darah yang keluar di dahi juga masih mengalir perlahan. Masa terasa bergerak terlalu perlahan.

   Namun, dia masih mampu tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit mengatakan seseuatu kepada pemilik sepasang mata hazel yang ditatapnya sedari tadi. Walaupun tanpa suara, dia yakin 'dia' mampu menangkap apa yang ingin disampaikan.

  Saat itu juga, dia ternampak seorang lelaki di belakang si pemilik mata hazel itu. Senyuman terukir apabila lelaki itu mengangguk perlahan.

  Terdengar suara kiraan daripada sepuluh ke bawah mencecah pendengarannya.

  Penonton turut serta mengira countdown tersebut.

  Kepalanya di pijak kuat.

"5"

"4"

"3"

"2"

"1"

Ting! Ting! Ting!

  Terdengar bunyi jeritan kekecewaan dan kegembiraan bersilih ganti. Mungkin juga, kesedihan

Hari itu,

Rebahnya seorang lagenda.

Hari itu,

Jatuhnya seorang perwira.

Hari itu,

Kalahlah seorang pembela.

Namun hari itu juga,

Gembiranya seorang pencinta dunia.
Saat kejatuhan yang ditunggu. Bangkitnya sebuah empayar. Empayar yang mengikut kehendaknya sebagai seorang raja. Belas kasihan itu tiada. Sikap perikemanusiaan entah ke mana. Manusia bergelut untuk hidup. Sikap mementingkan diri menguasai setiap manusia. Menindas atau ditindas menjadi pegangan. Betapa ramai yang terseksa. Demi memenuhi nafsu si raja.

  Siapa sangka? Sebuah perlawanan mengubah segala-galanya. Merubah sebuah corak pemerintahan.

  Bila si raja ialah seorang hamba kepada nafsu. Sentiasa memenuhi tuntutan nafsunya terhadap dunia. Apa terjadi pada sebuah empayar?

------------------------------------------------------

50 Tahun Kemudian...

    "Apa tu bang?" Soal Nasya sambil memandang abangnya yang begitu khusyuk menelaah sebuah buku catatan lama. Helaiannya kelihatan lusuh.

  "Pernah dengar kerajaan Ayasha ?" Soal Naim. Nasya termangu seketika. Kerajaan Ayasha? Bunyi macam nama orang.

  "Tak pernah pula. Kat mana tu?" Soal Nasya. Belum sempat Naim menjawab, pintu bilik kerjanya dibuka secara kasar oleh seseorang. "Hai semua! Apa khabar? Ada sesiapa rindu Naqif tak?"

MM: The Fighter of Ayasha Empire (Slow Update)Where stories live. Discover now