Bab 2: Kerajaan Eleika

15 2 0
                                    

  Kerajaan Eleika. Dianggap satu pembaharuan selepas jatuhnya kerajaan lama. Raja Zen termenung di balkoninya.

  Bukan mudah untuk membangunkan kerajaan Eleika. Selagi mereka masih hidup, selagi itu kerajaan Eleika akan tergugat.

  Bangunan-bangunan di sekitar istana membangun dengan maju. Selari dengan peredaran zaman. Malah Istana juga mengalami perubahan.

  Senyuman sinis terukir. Siapa kata kerajaan Eleika tidak mampu maju sekiranya mereka memencilkan diri? Dia yakin kerajaannya sudah mencapai tahap kemajuan yang tertinggi. Tak perlu masuk campur dengan pergolakan negara lain. Tiada pihak akan mengganggu dan mengkritik pentadbirannya. Rakyat? Huh, tiada di antara mereka pun berani bersuara.

   Kalau adapun, mereka tidak akan mereka tidak akan mampu melawan. Satu-satunya sistem untuk bersuara juga dikuasai oleh orang-orangnya. Rakyat kebanyakannya akur dengan sistem pemerintahan yang dijalankan.

  "Tuanku." Raja Zen sekadar berdiam diri. Menanti kata-kata seterusnya. "Tak lama lagi perlawanan akan diadakan. Tuanku mahu hantar fighter yang sama ke?"

  "Kau dah analisis diorang semua."

"Dah tuanku. Dari pemerhatian kami hanya seorang sahaja yang berpotensi. Tapi masih boleh diatasi."

  Dahinya berkerut. "Seorang? Siapa?"

"Tuan Muda Rayn," Mendengar sebaris nama itu, dia tersenyum. "Tak apa. Biarkan dia menang," Ujarnya.

  "Tapi tuanku,"

  "Putera Mahkota Rayn Rafael Al-Qays. Kamu tak tahu ke?" Soal Raja Zen.

  Bulat mata orang kanannya. "Pu-putera Mahkota Rayn?" Raja Zen mengangguk. "Dia keturunan Al-Qays. Anak beta."

  "Er...tapi, tapi.."

"Beta yang suruh dia menyamar jadi orang biasa. Beta nak dia tahu kekuatan dan kelemahan rakyat. Beta nak dia sendiri yang lawan rakyat yang konon nak bersuara itu. Bila kerabat DiRaja sendiri yang menang di medan pejuang tu, siapa yang berani nak cabar?" Soalnya sinis.

   Orang suruhannya mengangguk. Dalam masa yang sama dia kagum dengan Rajanya yang menyuruh anaknya sendiri turun padang demi mengekalkan pemerintahannya.

  "Jadi tuanku, khabar yang mengatakan keturunan Al-Haq menculik Putera Mahkota itu palsu?"

  Raja Zen ketawa sinis. Dia memandang orang suruhannya. "Kau ragu-ragu dengan beta?" Soalnya.

  "Ti-tidak tuanku," Pantas dia menafikan. Berat hukumannya jika dia meragukan Raja.

  Seketika raut wajah Raja Zen bertukar serius. "Keturunan Al-Haq takkan pernah cuba berhenti untuk jatuhkan kerajaan ini. Dia pasti akan hantar mana-mana orangnya untuk sertai perlawanan tu. Pastikan tiada orang luar sertai selain daripada pelajar dan bekas pelajar akademi tu. Jaga-jaga dengan keturunan Al-Amin dan Ar-Rizal. Mereka penyokong kuat keturunan Al-Haq."

  "Baik tuanku." Orang suruhannya segera beredar. Raja Zen tersenyum sinis. "Heh, Al-Haq takkan dapatkan kerajaan ini. Tak akan." Tegasnya.

  Lagipun, dia yakin amat mustahil mereka mampu menghasut rakyat. Moral mereka sudah hancur sejak kebangkitan Kerajaan Eleika. Mereka lebih bersikap mementingkan diri dan berlumba-lumba mengejar pangkat. Hanya mereka yang kuat mendapat kedudukan. Mereka yang lemah terus ditindas. Satu lagi cara untuk mereka menaikkan taraf mereka hanyalah sekiranya anak gadis mereka menjadi isteri pada golongan bangsawan yang kuat itu. Sekiranya menjadi gundik pula, mereka hanya diberi sedikit kemewahan. Tapi bukan pangkat.

   Agama hanya sebagai nama. Sejak kejatuhan kerajaan lama, moral penduduk juga seolah-olah runtuh bersamanya. Manakan tidak, mereka tidak mampu meneruskan hidup dengan sikap simpati. Masing-masing bergelut dengan nasib sendiri di bawah pemerintahan Kerajaan Eleika yang berbeza seratus peratus dengan kerajaan sebelum ini. Memerhatikan ibu bapa yang terseksa menyebabkan generasi seterusnya bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan.

MM: The Fighter of Ayasha Empire (Slow Update)Where stories live. Discover now