Bab 4: Amanat dan Khianat

18 1 0
                                    

  Airel mendengus geram. Siapa yang tidak bengang apabila tiba-tiba sahaja diserang? Tangannya mengusap pipinya yang ditumbuk sebentar tadi. Aiden memandang abangnya penuh simpati.

   "Kenapa abang tak elak?" Soalnya polos. Airel menggosok perlahan kepala adiknya itu. "Manalah abang tahu dia nak serang." Ujar Airel. Yelah, manalah dia jangka akan dapat makan penumbuk sebaik membuka pintu. Tapi dia lupa, Hakim boleh bertindak apa sahaja.

   "Bukan ke abang kata kita kena sentiasa bersedia ke?" Airel tersengih. Betul lah tu. "Hehehe...adik lapar tak?" Soal Airel mengelak daripada adiknya. Aiden menggeleng.

  Airel menghela nafas dan kembali menikmati pemandangan di tasik itu. Ya, mereka berada di tasik. Sebaik sahaja diserang, dia terus membawa adiknya ke sini. Saja, menenangkan fikiran.

  Keluhan dilepaskan apabila teringat punca amukan Hakim sebentar tadi. Dia tahu puncanya. Sengaja dia berdiam diri dan mengelak daripada menjawab persoalan itu.

  Semuanya gara-gara harta. Wasiat ayahnya yang mengarahkan agar kesemua hartanya dijual dan disedekahkan kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan rumah perlindungan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

  Hanya sebuah rumah banglo satu tingkat dan satu syarikat kecil yang ditinggalkan. Tiada yang lain. Rumah yang di duduki pula di arahkan untuk dikosongkan dan diberi kepada seseorang. Seseorang bernama Izrul.

  Sejujurnya Airel sendiri tidak mengetahui siapa Izrul dan apa kaitannya. Malah dia tidak sangka wasiat itu baru dibaca ketika ini. Airel mengetahui lebih awal mengenai wasiat itu kerana dia diminta mencari insan tersebut. Tapi masalahnya dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mencarinya. Gambar pun tak ada.

  "Abang fikir apa?" Soal Aiden. Airel menahan tangannya ke belakang dan duduk melunjur.

  "Abang fikir, macam mana nak cari orang tu dik." Ujar Airel. Aiden memandangnya penuh tanda tanya. "Orang mana?" Soalnya.

  "Orang yang sepatutnya dapat rumah yang kita duduk sekarang. Lepas abang jumpa orang tu, semua harta kita akan dijual." Ujar Airel. Ya, perkara itulah menjadi kemarahan Hakim. Harta akan dijual dan disedekahkan manakala rumah diserahkan kepada orang yang tidak dikenali dan Airel masih nekad mencari orang tersebut.

  Airel tidak pasti bagaimana mereka tahu Airel sedang mencarinya, tapi dia tahu dia perlu menjalankan amanat ini.

  Bodoh? Katalah dia bodoh kerana melepaskan kehidupannya yang mewah. Tapi itu bukan jiwanya. Jiwanya rasa terikat. Dan apa yang dia mahu adalah rasa bebas.

  "Abang ni asyik termenung je. Aiden bosanlah," Rungutan Aiden mematikan lamunan Airel. Airel tersengih segan.

  "Sorry dik, abang serabut sikit ni." Kata Airel. "Kenapa kita kena cari orang tu bang?" Soal Aiden lagi.

  "Ni amanat arwah ayah dik. Kita kenalah tunaikan. Abang tak tahu siapa dia, tapi abang yakin dia ada tahu sesuatu yang kita tak tahu."  Aiden mengangguk perlahan tanda memahami.

  "Adik nak dengar satu cerita tak?" Soal Airel. Aiden memandangnya penuh teruja. "Nak, cerita apa?"

   "Cerita ni atok pernah cerita kat abang. Katanya kisah seorang pejuang."

   "Siapa? Ceritalah." Pinta Aiden. Airel mengukir satu senyuman. "Kisah ni berlaku di sebuah kerajaan pulau. Di mana ilmu pertahanan diri menjadi aspek yang paling utama ketika itu. Semua lelaki mesti tahu cara-cara mempertahankan diri. Sebab mereka ialah pembela keluarga dan aset pertahanan negara pada waktu dulu." Cerita Airel. Wajah atuknya yang mengalami kemalangan bersama bapa saudaranya beberapa tahun sebelum kematian ayahnya terbayang di ruang mata.

MM: The Fighter of Ayasha Empire (Slow Update)Where stories live. Discover now