Bab 6: Rahsia Iris

13 1 0
                                    

   "Apa cerita Faiq sekarang? " Soal Iris. Nasya sekadar mengangkat bahu. Iris menggigit bibir. Setiap kali dia menyoal tentang Faiq, mood Nasya pasti kelaut. Salah dia juga, dah tahu hak orang lagi nak dikacau. Tapi tu cerita dulu. Selepas dia membawa diri, Faiq bukan keutamaannya.

  Malah, tak pernah. Entah apa yang difikirkannya sehingga sanggup mengganggu hubungan mereka berdua.

  Kalau diikutkan, dia boleh dibuang bila-bila masa daripada keluarga itu. Tapi dia masih buat tak tahu malu menjejakkan kaki ke rumah itu.

  "Korang.... Gaduh lagi? " Soal Iris. "Kenapa? Kau harapkan kitorang bergaduh ke? " Soal Nasya dingin. "Tak bukan-"

   "Sejak ayah aku bawak kau dalam keluarga kami, kitorang dah anggap kau macam adik-beradik. Jangan sebab apa yang kau buat, aku hilang hormat kat kau. "

   Iris terdiam. Tanpa sedar dia mengukir satu senyuman kecil. Maksud di sebalik senyuman itu, hanya dia yang tahu.

  "Jadi.... Kita nak ke mana? "Soal Iris bersemangat. Seolah-olah ugutan itu langsung tak memberi kesan kepadanya. Nasya mengerling. Perasaan serba salah menerpa. Rasa bodoh. Sebab lelaki, dia sanggup bergaduh. Bukan niatnya, tapi ketika itu Iris memang melampau.

   "Kita akan jumpa seseorang yang berkait rapat dengan ayah. " Kata Nasya. "Oh, " Kemudian Iris diam. Dahulu mereka agak bising ketika bertemu. Sekarang, segala-galanya agak janggal. Semuanya gara-gara tindakan bodohnya dahulu.

  Sepanjang perjalanan, mereka berdua sekadar mendiamkan diri dan melihat ke arah jalan. Disebabkan kedua-duanya tidak mempunyai lesen memandu,  mereka sekadar menaiki grab. Sesekali Nasya mengerling ke arah Iris yang memandang keluar tingkap sambil mendengar lagu. Bibirnya juga bergerak mengikut bait lagu. Nasya mengeluh perlahan. Mungkin.....dia yang terlebih risau.

Perlahan tangannya bergerak mencuit  bahu Iris. Iris membuka earphone dan mengangkat keningnya. "Sorry," Tutur Nasya perlahan. Dahi Iris berkerut. "erm...why?" 

  "Tadi. Aku tak sepatutnya ungkit." Ujar Nasya serba salah. Iris tersenyum senang. Malah, dia sekadar ketawa kecil. "Relaks beb, aku okey." Selamba sahaja jawapan yang keluar daripada mulutnya. "Kita....boleh jadi macam dulu balik kan?" Tanya Iris. Nasya terkedu seketika. Perlahan-lahan dia menarik senyum. "yea, why not?" Iris turut mengukir senyuman riang. Lega rasanya apabila masalah di antara mereka selesai.

    perjalanan itu terus rancak diisi dengan perbualan mereka berdua. Hubungan mereka kembali erat. Dalam diam, Iris menyimpan rahsia. Rahsia yang menjadi punca salah faham antara dia, Nasya dan Faiq. Dan...rahsia itu akan disimpan. Mungkin Sampai bila-bila pun, perkara itu tetap menjadi rahsia seorang Iris.

      Faiq memandang kawasan sekitar rumah banglo itu.Dia mengeluh perlahan. 'Iq sorang je anak Papa. Harta banyak-banyak sampai serata dunia ni buat apa?' Getus hatinya. Over. Banyaklah dia punya serata dunia.

    Kelibat seorang lelaki yang ingin berjalan keluar dari rumah itu terlihat di pandangan Faiq. Dia berjalan mendekati lelaki itu. "Assalamualaikum,"

   "Waalaikumusalam. Cari siapa ya?" Faiq tersenyum. "Saya nak jumpa pemilik rumah ni." 

      "Tak! aku takkan keluar dari rumah ni. Berambus kau!" Tempik Puan Nadia. Faiq masih lagi tenang menghadapi amukan wanita itu. "Rumah ni memang hak milik saya sebaik sahaja saya genap 18 tahun. Jadi siapa puan nak halau saya?" Soal Faiq berani. 

  "Eh, rumah ni milik suami akulah. Empayar perniagaan tu pun kepunyaan dia! Sekarang ni dah jadi milik aku dan anak aku! Kau budak mentah boleh berambus!" Tengking Puan Nadia lagi. Faiq tersenyum sinis.  " Well, suami puan dah cagarkan sesuatu yang berharga untuk ambil alih  perniagaan ni buat sementara waktu. " Kata Faiq.

MM: The Fighter of Ayasha Empire (Slow Update)Where stories live. Discover now