Bab 5: Titik Mula

14 2 0
                                    

  Imbas kembali...

  Ziyad memejamkan mata. Dia memberi fokus kepada bunyi yang hadir disekelilingnya.

  "Tak perlu menyorok." Tegurnya. Kelibat itu tersenyum. Ziyad membuka matanya dan tersenyum kepadanya.

  "Mengapa kau mencariku? " Soalnya. Sultan Rizqin tersenyum. "Mana anak kau? "

   Ziyad ketawa kecil. "Haih... Asal cari aku, mesti anak aku yang di cari. Yelah, siapalah aku ni kan.. " Balas Ziyad berjauh hati. Sultan Rizqin ketawa kecil. "Usah terasa. Aku hanya mahu melihat perkembangan anak kau. Bukankah kita sudah bersetuju untuk melatihnya menjadi seorang panglima agung? Seorang yang digeruni dan dihormati seperti engkau? "

  Ziyad tersengih hambar.  "Memang itulah hajatku. " Sultan Rizqin mengangkat kening. "Mengapa kau seperti berbelah bahagi? " Rasa hairan dinyatakan.

  "Entahlah. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku....aku risau. " Sultan Rizqin lantas menepuk bahu sahabatnya.

  "Semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Insya Allah. " Sultan Rizqin menenangkan sahabatnya. Ziyad mengukir senyuman walaupun kelihatan agak hambar.

  "Perjalanannya pasti menjadi sukar selepas ini. " Tuturnya. Sultan Rizqin mengangguk perlahan. "Tiada jalan yang mudah. Masing-masing ada perjuangannya sendiri. "

  Dalam diam, Ziyad bersetuju dengan kata-kata Sultannya. Wajah anaknya, Qais Asrar terbayang.

  Satu perjalanan. Satu perjuangan. "Kerajaan Ayasha diancam bahaya. " Tutur Ziyad perlahan. Sultan Rizqin mengangguk setuju. "Bahaya yang tidak terlihat dek mata. Diamnya berbisa. Menyerang dikala leka. Mengganas ketika gelap. " Balas Sultan Rizqin. Air muka keduanya keruh.

  "Andai kerajaan ini jatuh... "

   "Tidak selagi kita mempertahankannya. " Pintas Ziyad tidak tenang. Sultan Rizqin tersenyum senang walaupun hatinya dilanda gelisah.

  "Tiada siapa yang dapat menjangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang sahabatku. "

  Ziyad terdiam sejenak. Dia merenung hutan yang berhadapan dengannya.

  "Aku berjanji Sultan Rizqin. " Dahi Sultan Rizqin berkerut. Hairan dengan sahabatnya yang tiba-tiba sahaja serius. "Setiaku hanya kepada Kerajaan Ayasha dan Pemerintahan keturunan Al-Haq. Seluruh keturunan aku akan berjuang deminya. Demi agama, bangsa dan kerajaan. " Sumpah Ziyad.

   Sultan Rizqin Malik Al-Haq terkedu. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman dan mengangguk perlahan. "Insya Allah. Kita sama-sama akan pertahankannya."

   Ziyad membalas senyuman tersebut. Dia mula sambung berlatih disertai Sultan Rizqin.

   Sesuatu telah terjadi dalam kerajaan Ayasha. Dan ianya bergerak secara senyap. Ziyad berikrar, selama dia masih hidup, dia akan berusaha sehabis boleh mempertahankan kedamaian kerajaan pulau itu. Malah... Seluruh keturunannya akan turut berjuang sama.

Imbasan Tamat...

    Airel membuka matanya. Cerita yang sering disampaikan oleh atuknya dahulu bermain di kepalanya.

  Kerajaan Pulau Ayasha. Nama itu tak pernah lekang dari ingatannya sejak dari saat pertama dia mendengarnya dahulu.

   Kisah yang diceritakan oleh atuknya itu terasa bagaikan nyata. Sistem kerajaan Ayasha diceritakan kepadanya secara terperinci. Malah suasananya, budayanya. Bagai sebuah ceritera yang hidup.

  Keluhan kecil dilepaskan. Kepalanya digeleng perlahan. " Mengarutlah aku ni. Mana wujud pulau tu. Haih... "

  "Tapi kalau tempat tu betul-betul wujud, memang aku bawak Aidan pergi sana. "Tuturnya sendiri.

MM: The Fighter of Ayasha Empire (Slow Update)Where stories live. Discover now