-6 month later-
Kelihatan seorang yeoja berdiri di hadapan penjara yang berdinding tembok tinggi. Pantas yeoja itu melangkah masuk setelah menarik nafas sedalam yang boleh.
-SKIP-
Keadaan sunyi sahaja di dalam bilik menunggu itu, pintu dibuka dan muncul seorang namja berpakaian banduan yang dibawa oleh seorang polis. Namja itu tergamam seketika.
"Yoona?" Tuturnya terkejut melihat Yoona yang berada di situ dengan senyuman nipis.
"Sehun-shi..." Sapa Yoona kembali dan Sehun pun mengambil tempat di hadapan Yoona. Wajahnya tertunduk ke atas lantai.
Pada malam Yoona dipaksa mengikut Seungri, Taehyung dan Jimin bersama pihak polis menyerbu rumah Sehun. Ternyata Sehun baru sahaja ingin melarikan diri. Pantas Sehun ditahan kerana percubaan membunuh, dia adalah namja yang menyerang Jungkook di dalam office dan juga melanggar Jungkook menggunakan kereta.
"Wae?" Tanya Yoona tetiba, suaranya perlahan sahaja. Sehun pun mencebik kecil.
"Tak jelas lagi ka? Semuanya sebab duit." Balas Sehun sinis. Dia pun memandang ke arah Yoona dengan smirk di wajah.
"Kita break up pun sebab kau miskin, low class. Semua orang perlukan duit untuk hidup so aku rasa aku tak bersalah." Kata Sehun, kedengaran sedikit gila. Di tambah dengan wajah yang tidak kemas, cukup untuk memberi creepy vibe.
"Banyak lagi cara untuk kau buat duit tapi kau pilih cara bodoh ni?" Tanya Yoona kembali, sedih kerana namja yang dulu pernah memahaminya berubah sampai begitu sekali.
"Pft, kau tak akan faham Yoona. Keluarga aku pentingkan pangkat. Aku anak sulung. Parents aku desak aku setiap hari, bandingkan aku dengan Jungkook.. Layak pun aku tikam Jungkook dari belakang 😏"
Yoona pantas bangun dari tempatnya sambil mengepal penumbuk. Nama Jungkook yang keluar dari mulut Sehun membuatkan hatinya sakit.
"Kau buta, Sehun. Jungkook dah lama tahu kau bersubahat dengan Seungri." Pernyataan Yoona membuatkan Sehun terkejut besar.
"Kenapa dia tak pernah report kau? Sebab dia bagi kau banyak peluang untuk sedar tapi kau pilih untuk jadi kambing hitam."
Dengan itu, Yoona melangkah meninggalkan bilik itu. Membiarkan Sehun terdiam seribu bahasa, memproses kata² Yoona.
~~~~~~~~~
Pintu sebuah balai polis dibuka dan keluar seorang yeoja pendek, wajahnya pucat. Sudah lama dia tidak melihat dunia luar.
"Irene!"
Sapaan itu membuatkan Irene memandang ke hadapan dan matanya membulat besar melihat Yoona yang tersenyum lebar. Jantungnya pantas berdegup kencang apabila melihat seorang yeoja kecil yang berada di sisi Yoona.
Pantas air mata Irene menitis di pipi.
"Yeri!!" Jerit Irene seraya berlari ke arah Yeri yang juga sudah menangis. Pantas tubuh kecil Yeri dipeluk erat oleh Irene.
"Gweanchanha? Eonnie minta maaf!" Luah Irene, wajah Yeri diraup membuatkan jiwanya sebak. Manakala Yeri mengangguk kepalanya sambil tersedu sedan.
Irene pun kembali memeluk Yeri erat sambil matanya memandang ke arah Yoona dengan senyuman lebar di wajah.
Waran tangkap ke atas Irene ditarik kembali dan hukuman diringankan dengan hanya 6 bulan penjara. Ternyata Yeri diculik oleh Seungri membuatkan Irene bersetuju untuk membantu Seungri.
YOU ARE READING
Personal Bodyguard | JKK
Fanfiction+ Hanya disebabkan sebuah ciuman, Min Yoona dipaksa menjadi bodyguard kepada Jeon Jungkook? Keadaan bertukar riuh rendah serta menjadi berita hangat sensasi! " you...you KISS ME! " " it just a kiss, shudup! " Dan sejak dari kes tersebut, Yoona sedar...