Serious talk!
Seumur hidup dia, ini la kali pertama dia naik flight.
Dia tak pernah rasa macam mana naik flight!
Kalau boleh dia tak nak naik langsung!
Apa yang biasa dia dengar dan nampak pun melalui tv dan video je. Bukan secara praktikal macam ni!
Huargh!!!
Lagipun dia ada fobia dengan kapal terbang ni!
Yalah, apa-apa boleh berlaku kan?
Entah meletup ke, rosak masa nak mendarat ke, jatuh dekat tengah laut ke siapa tahu!
Oh my gosh!
Oh my gosh!
Asal susah sangat nak pakai seatbelt ni! Urghh!Dah la dia tengah takut, time ni jugak seatbelt ni nak buat hal!
Dalam keadaan menggigil Isla tunduk memandang seatbeltnya. Dia cuba pasang sejak tadi tapi tak terpasang-pasang. Nak menangis pun ada rasanya! Ayah dia pun satu. Ada ke patut duduk dekat seat lain bukan bersama dengan dia. Dah tahu dia ni pengecut bagai nak apa.
Teruk betul!
"Biar saya buat...."satu tangan berjari runcing muncul tiba-tiba dari tepi lalu memegang seatbelt yang Isla sedang cengkam.
Terkejut dengan sentuhan itu, Isla pandang ke penumpang lelaki yang duduk di sebelah dia bersama mata terbutang luas.
What the heck?
Tak berkedip mata Isla masa ni!
"First time ke awak naik flight?"tanya lelaki tu sambil pasang seatbelt dengan mudah.
Isla terkebil sekejap masa kepala lelaki hampir pada muka dia sebelum menjauh seketika kemudian. "Ah...ya saya."jawab Isla dengan kekok.
Lelaki tu kembali sandar setelah selesai bantu Isla. Sambil dia pandang Isla, dia sinsing lengan baju sehingga ke siku. "Seorang je?"
Isla mengedipkan mata sekali dengan mulut terbuka sedikit taktala asyik menilik wajah bulat berambut hitam menutupi dahi dan bersenyuman manis milik lelaki di sebelah dia.
Mak aih! Handsome gila wei brother sorang ni!
Isla telan air liur sebelum bersuara "Ayah saya..."muka flawless milik lelaki tu buatkan Isla rasa teringin nak sentuh.
Model ke?
Jangan salahkan dia, duduk dekat sekolah yang majoritinya student perempuan...dah lama dia tak berinteraksi atau bersosial dengan lelaki sebaya remaja seperti dia.
"Jangan risau...ianya tak seteruk mana. Kalau awak takut, awak boleh pegang tangan saya buat sementara waktu.."aju lelaki itu dengan senyuman manis di bibir.
Wuttt?
Hampir nak tersedak dia dengan air liur sendiri.
Pegang tangan??
Dengan dia???
Ohohoho...!
"Uh-huh?"Isla jungkit kening kebingungan.
Lelaki tu ketawa bila tengok reaksi blur Isla. "Awak kata ini pertama kali awak naik flight kan. Jadi awak mesti nervous masa berlepas nanti..."
Oh!
Ya-ya je.
"Haha..."ketawa Isla dengan janggal.
Bertuah betul!Ikutkan hati mahu je dia setuju. Yalah...abang handsome tawarkan diri untuk izinkan dia pegang tangan. Siapa yang tak nak!Orang gila pun nak la.
Tapi itu la...
Dia tak adalah terdesak sangat.
"Saya tak apa-apa. Terima kasih untuk tawaran awak. Saya hargainya."tolak Isla dengan baik.
"Tawaran saya masih terbuka kalau awak perlukannya..."balas lelaki tu lagi.
Berasa malu dengan diri sendiri sebab nampakkan diri tu loser sangat, Isla pandang ke depan dan pegang arm rest seat dia dengan kuat. Rentak lagu yang dia dengar melalui airpodnya tenggelam timbul dalam telinga bila detak jantung gemuruh dia memenuhi gegendang telinga.
Lelaki tu geleng kepala sambil tersenyum lantas sandarkan kepala ke kerusi memandang ke depan sejurus itu.
Sepuluh minit kemudian, kapal terbang itu pun mula bergerak dan perlahan-lahan naik ke udara sehingga menghasilkan gegaran yang menakutkan Isla.
Secara instinct Isla terpegang lengan lelaki di sebelahnya bila dengungan kuat dari penerbangan mula memekakkan telinga dan gegaran kuat mula dirasai. Rasa gayat bila kapal terbang tu naik sampai buatkan dia pejam mata dan mengetap gigi tahan diri dari menjerit dekat situ.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia waktu ni.
Tolong la!Tolong la! Dia tak nak mati muda!
Dibalik kerisauan itu, pada masa itu la, satu usapan lembut dapat dirasai oleh Isla pada tangan kiri dia tiba-tiba.
Berasa hairan dengan sentuhan itu, Isla buka mata lantas palingkan kepala ke sisinya.
Serta merta Isla terpandang tangan dia yang berasa dalam gengaman tangan lelaki di sebelahnya. Ibu jari lelaki tu usap permukaan atas tangannya perlahan-lahan.
Tergamam dengan gesture lelaki tersebut, Isla pandang lelaki di sebelahnya pula.
Seakan tiada apa-apa berlaku, lelaki tu hanya duduk bersandar sambil pandang keluar tingkap kapal terbang sewaktu tangan itu memegang tangan Isla.
Isla terus pejam mata dan sandarkan kepalanya ke kerusi. Berdoa dalam hati semuanya baik-baik saja.
YOU ARE READING
14. Love You Mr.Butler
General Fiction🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu. Berambut toncang kanan dan kir...