Dengan muka penat dia jalan mendekati pramugari yang berdiri depan pintu kapal terbang untuk pemeriksaan tiket.
Berdiri saja dia didepan tu, tiketnya di sua pada flight attendence tersebut sambil mendengar bebelan melalui air pod yang terpasang di telinganya.
"Mama pesan tu boleh tak dengar?"
"Im listening now.."gerutunya sewaktu pramugari di depannya beri anggukan kepala memberi kebenaran.
"Kalau kamu dengar kata mama, dah kenapa kamu batalkan tiket flight dan ubah tarikhnya...siap naik kelas business lagi tu...mama dah set up awal untuk kamu, still kamu berdegil untuk uruskannya sendiri?"
Dia yang dengar dah kejengkelan. Memangnya dia budak-budak lagi ke semua benda nak di beritahu! Tahu la dia nak buat macam mana.
Masuk saja dalam ruangan kapal terbang, dia atur langkah di celah tempat duduk di situ untuk ke tempat duduk yang ditetapkan mengikut tiketnya.
"Mom...please.."
"No!Kamu tak tahu apa kamu dah buat dengan sikap keras kepala kamu tu. Datuk kamu naik angin sebab kamu tak balik pada hari lahir dia sewaktu disambut...kamu rasa apa kenapa mama naik angin pada kamu?"bebel mamanya lagi.
Taktala dia melihat nombor seatnya, dia berhenti dari berjalan lantas turunkan beg galas dari badannya lalu di sumbat masuk ke dalam tempat penyimpanan beg.
"Kan Reza dah beritahu, hari tu Reza ada pertandingan violin..."jawabnya sewaktu pandang kerusi dia. Ada penumpang lain yang duduk bersama dia nampaknya. Disebabkan tempat dia sebelah tingkap, terpaksa la dia ganggu penumpang tu untuk beri laluan.
Penumpang ber earfon di telinga yang sedang tunduk membaca sesuatu diketuk dengan jari oleh Reza pada bahu dengan perlahan.
Ketukan itu buatkan kepala tersebut tersentak dongak memandang Reza. Mata bulat di balik cermin mata bingkai belang-belang bertentang mata dengan Reza sesaat kemudian.
"Gosh...Reza. Mama tak tahu nak cakap macam mana dengan kamu lagi...ada saja jawapannya. Bukannya pertandingan tu diadakan satu hari suntuk. Kamu boleh je baik flight lepas giliran kamu selesai.."
Reza tak dengar akan bebelan dalam air podnya lepas terpaku memandang gadis didepannya. Terkejut dia! Bukan sebab gadis itu buruk atau kelihatan menakutkan. Tapi sebaliknya.
"Ya?"gadis itu tarik earfon dari telinga sambil pandang Reza.
Reza beri senyuman mesra lepas dengar suara lembut itu menyapa telinga dia. "Sorry...boleh saya minta laluan untuk masuk?"tunjuk dia pada kerusi kosong di sebelah gadis itu.
Gadis itu pandang kerusi sebelah lalu kembali memandang Reza."Sure..."dia sandar ke belakang dan gerakkan kaki dia ketepi supaya tidak menghadang laluan.
"Terima kasih."ucap Reza lalu jalan mencelah ke tempat duduknya.
Gadis tadi kembali memakai earfon dan menyambung bacaan dia semula.
Sementara Reza cuba selesakan diri di kerusi sambil mendengar bebelan mama dia dalam panggilan.
"Okay lah Ma...flight nak berlepas ni. Reza kena offkan phone."pamit dia sambil seluk telefon bimbit dari poket kot labuh yang di pakainya.
"Fine...call mama bila kamu dah sampai. Mama suruh uncle Robert jemput kamu."
"Tak perlu...Reza balik terus ke akademi.." tolak dia serta merta. Tidak mahu pulang ke rumah keluarganya.
"Ta-"
"Okay Ma...need to go...bye!"laju-laju Reza berkata, tidak mahu lagi mendengar leteran mama dia. Letih betul la jadi anak tunggal ni. Asyik dia aje yang di aim oleh parentsnya untuk semua perkara.
Itu tak boleh.
Ini tak boleh.
Kena buat macam ni.
Kena buat macam tu.
Urgh! Rimas betul.
Setelah dia tukar phone kepada mode airplane, Reza kemudiannya tanggalkan kot dari badan. Meninggalkan sweater turtle neck coklat biege dari badannya.
"Perhatian kepada para penumpang. Kapal terbang bakal berlepas. Di nasihatkan kepada semua untuk mematikan sebarang alat eletronik atau ubah kepada airplane mode. Selain itu pastikan anda semua mengenakan safety seatbelt sehingga la dimaklumkan." suara stewardess bergema tiba-tiba.
Makluman itu membuatkan para penumpang yang ada di situ mula mengikut prosedure yang di berikan.
Reza yang sudah terbiasa dengan semua itu hanya bersahaja. Tak seperti penumpang di sebelah dia.
Sedang Reza silang lengan baju ke siku, ekor matanya ternampak gadis di sebelah dia sedang bergelut hendak mengenakan seatbelt. Sampai menggigil tangan tu sewaktu cuba pasang seatbelt tersebut.
YOU ARE READING
14. Love You Mr.Butler
Ficção Geral🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu. Berambut toncang kanan dan kir...