Kaki berkasut sneaker berjenama itu pijak lantai berjubin lapangan terbang tersebut dengan derap langkah yakin dan luas.
Buatkan beberapa orang yang lalu lalang di sekitar lobi tersebut palingkan kepala ke arah orang yang segak mengenakan pakaian branded yang ranggi dan bercermin mata hitam.
Kebetulan, pada masa dia sedang berjalan, sekumpulan pramugari yang baru turun dari flight mereka jalan melewati. Jatuh ternganga rahang mereka lepas lihat.
Sementara dia pula langsung tak peduli dengan sekeliling. Fokusnya hanya di papan tanda berlampu yang tertulis perkataan 'PINTU KETIBAAN'.
Kira-kira semeter sebelum dia tiba di depan pintu ketibaan tersebut, telefon bimbit yang berada dalam poket seluar jean hitamnya di keluarkan.
Sambil berjalan, dia taip sesuatu pada skrin telefonnya. Menghantar pesanan pada rakan dia yang dia akan jemput sekejap lagi.
Baru saja tangan dia sentuh butang 'Send', sesuatu atau seseorang muncul dari arah depan lantas melanggar dia ditepi dengan kuat.
FLAK!
Dua buah telefon skrin sentuh warna hitam dan jenis yang sama jatuh ke lantai sejurus itu.
Perlanggaran itu buatkan telefon yang dia cengkam secara ala kadar terlepas dari tangan lantas jatuh serentak ke lantai bersama dengan orang yang melanggar dia.
Gosh! Seriously!
Dah tak ada mata apa!
"What the hell?!"seru dia dengan kening berkerut marah. Sakit wei! Batu ke apa badan orang ni!
"Maaf..."ucap gadis yang sedang bangunkan diri dari lantai tu sambil kutip satu dari telefon di lantai lalu berdiri memegang punggung dengan kening berkerut.
Dengan jengkel, dia kutip telefon bimbitnya dari lantai lalu berdiri melangit depan perempuan tak guna yang dah langgar dia. Sekali bila nampak cermin mata yang dipakai pada wajah tanpa make up itu, keningnya terus berkerut tajam.
"Serius la!Mata dah empat pun jalan tak nampak ke?"komennya sambil tunding jari ke mata dia sendiri.
"Awak yang jalan tak pandang depan, tadi saya cuba elak awak masa awak tunduk pandang telefon, still awak langgar saya jugak." balas si gadis dengan berani.
Woah!
Siapa perempuan ni?
Berani betul lawan balik kata-kata dia?
"Kau dah nampak elak la lagi!Salahkan aku pulak!"sentap dia pula.
Gadis depannya buat muka tak suka selepas itu. "Dah salah tu mengaku je la salah, masih lagi nak mengelat kenapa?"
Hak alah...perempuan ni kan! Ada jugak yang kena maki kejap lagi ni.
"Just f*ck off will you! Make sure jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!"ujarnya sambil tunding jari ke muka gadis depan dia dengan bengang sebelum berjalan ke depan untuk teruskan perjalanannya.
Buang masa betul!
Tak lama dia berjalan, kelibat rakannya muncul dari celah orang ramai di situ dari jauh lagi.
Berbeza dengan dia yang sentiasa pamerkan wajah dingin tanpa emosi dan serius, rakannya itu sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum sedang melambai tangan sewaktu mendekat.
Kadang-kadang dia jelous dengan kawan baik dia yang satu ni. Dari mana la dia nak dapat mood macam kawannya ni.
"Whassup bro..."sapa rakannya sebaik berdiri di depan dia.
Mereka berdua saling berbalas jabat tangan dan bro hug.
"Cool..."balas dia dengan nada tiada mood.
"Siapa yang patahkan krayon kau ni Aziel? Macam tak ikhlas je kau jemput aku?"
Dia yang dengar menjuling menyampah dengan komen tu. Kawannya ni kalau tak buat ungkapan pasal angin dia tak boleh agaknya. Ada je modalnya.
Terus merenggus jengkel Aziel lepas dia teringat gadis bercermin mata tadi."Ada seorang perempuan tu tadi...dia langgar aku lepas tu siap berani lawan balik kata-kata aku lagi tu..."ceritanya.
Mereka berdua kemudiannya mula berjalan semula ke arah pintu keluar lapangan terbang itu.
"Serius?Ada yang berani lawan kau? Wow! First time aku dengar. Jarang aku dengar orang perempuan marah atau berani lawan kau balik. Biasanya dia orang patuh dengan kau."
Berasa jengkel dengan kata-kata itu, tepi lengan tu di tumbuk."Reza...boleh tak kalau kau bercakap tanpa ada nada sindirnya?Perlu ke kau perli aku sentiasa?"marah Aziel.
"Auw-ahahahaha...what?Mana ada aku sindir kau...aku cakap je kan.."balas Reza sambil gosok tepi lengannya yang sengal di tumbuk sebentar tadi sambil tersengih.
"Nasib baik kau kawan aku, kalau tak lama dah aku kerja kan kau!"ugut Aziel masa mereka berdua jalan melintasi pasangan anak dan ayah yang berdiri membelakangkan mereka.
Reza yang berjalan di sebelah satu lagi tak perasan akan dua beranak yang bergelut nak turunkan bagasi dari mesin bagasi itu.
*************************************************
Bermula dari bab seterusnya merupakan paid version.
YOU ARE READING
14. Love You Mr.Butler
General Fiction🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu. Berambut toncang kanan dan kir...