2

166 11 2
                                    

Baby don't worry, you were my only
.
.
.
.
.
     PETANG yang hening. Panas terik
matahari membuatkan rumah yang didiami membahang kuat. Kalau tak disebabkan mak mertuanya, pasti dia tidak akan datang ke rumah 'keduanya'.

"Aisyah tak apa, kan?" soalan yang tepancul dari bibir mak mertua Aisyah membuatkan Aisyah tersentak.

Rasa macam tercekik.

"A...apa?"

Mak Ila menjeling. "Hanis nak duduk sini. Kamu tak apa, kan?"

"Mak nak suruh Hanis tidur rumah Mak tapi jauh sangat dengan tempat kerja dia." Sambung Mak Ila lagi.

Aisyah panggung kepala. Tanpa apa-apa, laju kepalanya mengangguk.

"Aisyah okay je."

"Tentang bayaran kamu jangan risau. Hanis boleh bayar. Lagipun dia cakap, nak tidur sini sekejap aje."

Adam berpaling melihat isterinya yang mengangguk tidak henti. Rasa nak hempuk aje kepala Aisyah dengan dulang.

"Baguslah kalau macam tu. Kau orang boleh balik. Panas hari ni lain macam."

Amboi. Selamba betul halau balik. Adam ketap bibir dalam diam. Yang isterinya pula, semua benda nak diangguk. Serupa burung belatuk.

Lagi satu. Dia bukan apa, tapi...dia kenal Hanis. Hanis sepupunya memang ada simpan perasaan terhadap dia. Takkanlah Aisyah nak bagi tinggal serumah?

"Abang, jom." Adam mendongak melihat senyuman manis Aisyah. Senyuman paksa yang dilorekkan Aisyah memang dapat mengaburi mata-mata yang memandang.

Seolah tiada masalah. Sedangkan mereka baru kehilangan anak tiga bulan lepas akibat kemalangan. Atau...akibat kecuaian Aisyah sendiri?

"Yang kau setuju dengan Mak cakap tadi, kenapa?" Baru boleh keluar suaranya yang hanya diam sejak sampai tadi. Kereta perlahan mengundur ke belakang untuk keluar dari perkarangan rumah. Dia dan emaknya memang jarang berbual. Maklumlah, tak rapat.

"Takkanlah Aisyah nak tolak, kan?" Wajah kuning langsat suaminya dipandang hiba. Sudah tiga bulan, tapi Adam tetap menyalahkan dia.

"Tolak ajelah. Kau kenal kan, Hanis? Kau tak ingat waktu kita nak kahwin hari tu, dia buat apa? Tak ingat?"

Aisyah diam. Takkan sesekali dia melupakan sifat buruk Hani. Hani dan Adam sangat rapat. Tapi apabila arwah ayah mentuanya mengaturkan perkahwinan untuk dia dan Adam, macam-macam perkara yang dilakukan oleh Hani untuk memusnahkan rumah tangga yang dibina atas aturan keluarga.

Aturan keluarga yang menyatukan mereka. Aisyah sangka, hati Adam akan mencintai dia selepas setahun hidup bersama. Tapi malang, Adam langsung tidak pernah mengungkapkan kalam yang ditunggu-tunggu oleh Aisyah. Biarpun perkahwinan mereka sudah berginjak tujuh tahun, Adam masih lagi tidak dapat mengungkapkan kalam berharga itu.

"Saya tak berdendam."

Terasa dicabar, Adam berhenti mengejut di tepi jalan.

"Tak dendam kau cakap?" Matanya mencerlung tajam.

Aisyah sudah kecut perut. Kepala digelengkan.

Rahang Aisyah dicengkam kuat menggunakan sebelah tangan.

"Habis, kau nak kata yang aku dendam la? Dendam sebab kau buat anak aku mati. Macam tu?" Rahang Aisyah dicengkam dengan lebih kuat.

"S...sakit." Pipi sudah rasa kejung dengan tindakan Adam. Kalau Balqis masih hidup, pasti Balqis akan meredakan kemarahan Adam.

Kalau Balqis masih hidup, pasti Adam tidak menunjukkan belang.

Kalau Balqis masih hidup...Adam pasti akan menyayangi dia. Walaupun hanya lakonan untuk mengaburi mata Balqis, tidak mengapa.

Kalaulah...hidup ini boleh menggunakan kalau.

Aqish...Ibu rindu.



     "MENANGIS lagi?"

Terdongak kepala Aisyah memandang suaminya yang elok menyandar badan ke pintu.

"Apa aku nak buat supaya kau berhenti menangis?"

Aisyah hanya diam mendengar. Baju Balqis di dalam pelukan dipeluk erat. Sesekali diramas apabila anak mata perasan akan kaki Adam yang kian merapat.

"Esok Hanis sampai. Kau dah sedia ke?"

"Sedia? Sedia apa?" polos.

Adam mengeluh sedikit. Pemandangan di luar dipandang.

"Sedia nak hadap dia lah."

"Hadap ajelah. Dia bukan nak bunuh saya pun." balas Aisyah polos.

Adam menggeleng kepala. Susah kalau dapat isteri lambat tangkap seperti Aisyah.

"Kau kan kenal Hanis, dia akan buat anything untuk dapatkan aku."

Aisyah tidak mengangguk. Tidak juga menggeleng.

"Pipi sakit lagi?"

Aisyah masih diam. Soalan Adam dibiarkan berlalu dengan angin malam.

Adam merengus. Pantang apabila soalannya tidak berbalas.

"Aisyah Humaira. I'm talking with you."

"Iya Adam Harris. Saya dengar."

"So, jawablah. Pipi kau sakit lagi ke?"

Aisyah geleng kepala. "Tak. Tak sakit dah."

Mata Adam beralih ke pipi Aisyah yang sudah merah. Kuat juga cengkaman dia petang tadi. Selepas sahaja sampai di kondo, terus dia meloloskan diri ke dalam lift.

"Nah."

"Tak payah buat muka pelik. Ambil plaster ni then tampal dekat jari tu." ujar Adam senada. Dia perasan, jari Aisyah terluka semasa memotong bahan untuk memasak tadi.

Aisyah menolak lembut. "Tak apalah. Sakit sikit aje ni."

"Stubborn like always." Tangan Aisyah ditarik sebelum tangan satu lagi membuka plastik yang menutup plaster.

Jari Aisyah dibalut dengan bebelan yang tidak lepas dari bibir.

"Dah tahu tak kuat, jangan acah kuat. Dah tahu lembik tapi still degil."

Aisyah tunduk kepala.

"Sebab tulah Balqis mati. Konon nak tunjuk dekat semua orang yang kau ni boleh jaga budak lembam. Konon nak suruh orang tengok kau ni ibu yang pandai jaga anak. Tapi tengok la. Anak entah ke mana. Kubur tempat dia."

Berdetum jantung Aisyah. Terasa yang amat dengan ayat sindiran Adam. Iya, Aisyah memang marah kalau orang mengata tentang cara dia mengajar anak.

Kata orang, anak ini kalau dipukul akan mendengar kata. Tapi bagi dia...tidak. Balqis bukan akan mendengar kata, tapi dia akan menjadi lebih agresif.

"Saya minta maaf."

"Maaf kau dah lama terkubur dengan Balqis." Tangan Aisyah dilepaskan. Memandang semula pemandangan indah dari atas rumah tinggi miliknya.

"Saya tak salah." Masih menegakkan benang yang basah.

"Orang yang bersalah memang tak akan pernah mengaku kesalahan dia." Bijak Adam menutur kata.

Jeda.

"Adam, awak masih nak teruskan hubungan ni dengan saya?"

Adam tersentak.









Merepeknya Ya Allah (╥﹏╥)

Cerita ni pendek je sayang. Dalam 5 bab nanti habis ler ~ (tgk la cmna HAHAA)

AisyahXAdam
©2020
BidadariKecil,Aqish.

A I S Y A H Where stories live. Discover now