Part 1

8K 29 7
                                    

"Tak ape mama alisya dengan adik ade kite, buat apa nak harapkan mak die yang tak guna tu, sampai bila kite nak biarkan budak-budak nie duduk dengan mak yang pentingkan diri tu"
Ucap lydia sambil berdiri menghadap puan lyia dengan wajah yang sugul, akan tetapi disebalik alis matanya terdapat dendam yang dipasak olehnya terhadap satu kaum yang bergelar 'lelaki', mereka berada di ruang tamu rumah mereka

"apa pun yang jadi dia tetap mak kandung diorang lydia, siapa kite nak memisahkan seorang ibu dengan anak kandungnya..."

Lydia tersenyum sinis "mak? Mak ape kalau macam tu? Huh? Ly takkan benarkan die jumpe anak dia lagi.. Tak kisah mama nak cakap ly kejam ke ape janji budak-budak tu hidup aman tanpa mak tak guna cam betine.. " terteleng muka lydia akibat ditampar oleh puan lyia.

"mama tak pernah ajar ly kurang ajar sampai macam ini sekali, memang die bukan kakak kandung kau tapi die tetap anak kandung mama! Bukan silap die.. Die jadi macam itu!!" sambil mengesat airmata yang menitis puan lyia berlalu masuk ke dalam bilik kerana tidak mahu memanjangkan lagi pertelingkahan antara dia dan anak dara tunggalnya.

Sementara lydia terduduk dikerusi sambil mengesat kasar airmatanya yang menitis dan tersenyum senget memikirkan plan yang seterusnya,"mungkin orang nampak aku jahat tapi kau orang tak tau apa, aku tak kisah dipandang hina asalkan apa yang aku nak buat and harapkan berjalan lancar, cukup dulu aku tersilap langkah dan aku tak akan ulang lagi kesilapan yang sama, sakit bila aku hadap semua nie seorang diri tapi ini sudah tertulis.. And I'll bear with it" dan terus dia bangun dan keluar dari rumah kerana ingin mencari ketenangan.






Sedang lydia duduk diatas rumput sambil menglihat panorama malam di bukit ampang. Ketenanganya diragut apabila rakan karibnya dengan tiba-tiba muncul entah dari mana.

"wei ly, asal monyok jer muke ko.. Ko okay ark?" soal alia sambil duduk disebelah lydia yang sedang menghembus asap rokok yang dihisapnya

"ada nampak macam aku dah nak mati ke?. Aku okay ko tak payah nak risau sangat" katanya selamber dengan muka tiada riak

Sambil menjentik rokok yang sedang dihisap oleh lydia "hek ehh macam kitaorang baru jumpe ko sejam lepas pulak ko buat yea.. Story lha kat kitaorang jangan lha simpan-simpan karang ko serabut memang mendapat lha kitaorang ni"

Kecil matanya merenung amani seperti nak dikunyahnya hidup-hidup gadis montel itu," kalau aku lempang muka ko ape pon tak dapat tau.. Yang kau pergi jentik rokok aku apasal hah? Aku cakap tak ada ape tu.. Tak ade lha! Kau nie.." terdiam lydia apabila alia menghulurkan ubat yang selama ini menjadi punca lydia sentiasa tenang dengan apa jua keadaan yang sedang dialaminya.

" berapa lama sudah kau tak makan ubat ni.. Please, ly if you really love us.. Just take it, kau tau apa yang akan jadi kalau kau lost control an "

" aku okay, korang jangan risau.. Aku datang sini sebab nak release tension,doktor dah cakap an kalau aku stress kene datang tempat yang tenang macam ini supaya aku bole tenang sama tenang macam tempat ni"

"meh story apa pulak masalah ko kali nie, we always here for you girl" sampuk amani sambil memeluk bahu lydia dari sebelah kanan manakala alia memeluk bahu disebelah kiri.

Lydia berjenda sebentar dan mengeluh sebelum memulakan sesi luah perasaan.
"aku risau pasal anak buah aku, apa lah yang diorang buat sekarang, apa yang diorang makan.. Aku tak tau macam mana nak bawak diorang keluar dari tempat tu and yang paling penting jauh dari mak dia yang selfish nak mampos tu.. Aku tak nak nanti besar diorang tanya kenapa aku tak jaga diorang sedangkan sepanjang diorang membesar aku tantang diorang bagai minyak yang penuh lepas tu bila sudah besar.. Aku biarkan diorang hidup macam itu dengan mak diorang.. Mama aku sudah memberi amaran supaya biarkan diorang membesar dengan mak diorang tapi aku... Entah lah" dengan suara tertahan-tahan lydia meluah rasa yang terbuku dihati sambil memeluk dirinya dan memandang kearah langit sambil memikirkan tentang anak-anak buahnya.

"ly.. Memang kau jaga diorang dari kecik sampai umur alesya 5 tahun and kyra umur setahun tapi kau cume mak ngah diorang bukan mak kandung.. Kau tak ade hak untuk jauhkan diorang.. Aku faham apa yang kau rasa tapi kau tak bole buat apa kalau mak diorang buat report kau juga yang akan kene nanti" kata alia sambil mengelus lembut bahu kawannya.

"betol apa yang alia cakap tu ly.. Tak apa sekarang kite doa yang baik2 untuk diorang.. Sudah jangan nak pikir yang bukan-bukan, nanti kau yang sakit.. Kitaorang sayang kau tau.. Now,aku nak kau balik rehat.. Kau itu, nampak dengan mata kasar memang macam strong tapi hehhhh sedih" kata amani sambil menyelit lawak dalam kata-katanya. didalam hatinya "please be strong babe.. I know you can do it"

Lydia bangun dari duduknya dan menuju ke arah keretenya sambil berkata "kau orang pergilah balik sudah lewat ni nanti cik siti dengan cik ju cari pulak, karang aku yang kene bebel ngan mak kau orang.. Aku nak pergi club.. Nanti kau orang sudah sampai rumah ws aku bgitau.. Faham?"

"hrmm ye la elok2.. Apa2 bgitau kitaorang" kata alia sambil membontoti lydia bersama amani untuk masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah mereka sementara lydia terus menuju ke destinasi yang dikatakan sebentar tadi.

Sebelom sempat lydia masuk ke dalam keretanya, amani bersuara "jangan nanti ada yang call kitaorang cakap ko dekat balai eaa.. Memang aku sepak ko dekat sane.. Ingat jangan nak bergaduh pulak yea pompuan.." seleroh amani sebelum dia masuk kedalam kereta alia.

"yea syaiton aku tau.. Tapi aku tak janji okay"

Mengeleng alia  sambil memandu pulang, sementara amani sudah membebel tak ingat dunia.

"terima kasih ya allah kerana engkau sudah memberikan aku kawan-kawan yang sangat memahamiku dan terima aku sebagai kawan tanpa peduli akan apa jua yang telah aku lakukan dimasa laluku" detik lydia didalam hatinya sambil memandu. Dia berasa sangat bersyukur kerana kawan-kawanya tak pernah meninggalkanya kerana perangainya yang panas baran, merokok, minum arak dan sebagainya. Sudah lama mereka bertiga berkawan dari semasa tadika sehinga kini masing2 sudah berumur 20 tahun. Pelbagai perkara yang mereka lalui bersama yang membuatkan Persahabatan mereka tetap utuh sehingga kini, mereka juga mempunyai persamaan yang sama iaitu berkawan dengan ramai lelaki dengan niat ingin membalas dendam dan sentiasa bertukar setiap hari, semua perkara pasti mereka kongsi bersama dan itu yang membuatkan mereka sayang persahabatan ini kerana pada mereka bertiga masing-masing mempunyai perangai dan masalah yang mereka akan kongsi serta selesaikan bersama-sama.

Diriku Sang PendosaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang