Part 3

2.4K 16 6
                                    

Lydia sampai ke rumahnya pada pukul 4:45 pagi. Dengan perlahan dia menutup pintu utama rumah sebelum dengan pantas berlari masuk ke dalam biliknya, die melabuhkan punggungnya dikerusi meja make up sambil memegang telefon bimbitnya dan membuka group chat dia bersama amani dan alia.




The britches 🤤

Amani sayang🐸
Wei pompuan aku dah selamat sampai rumah tunggu nak beradu jer nie, chaw lu..💋

Alia Laling 🐮
Assalamualaikum ly, aku dah selamat sampai rumah tau.. Kau tu balik cepat jangan lame2 sangat at sane.. Aku tido dulu eaa❤️

Aku
Waalaikumusalam, Ha okay.. Aku pon baru sampai rumah.. Nie nak bilas badan than terus tido..




Mengeleng kepalanya membaca chat dari amani dan alia.. Seorang terlebih sopan tapi garang nak mampus, yang sorang lagi gila tapi kuat sentap. Aku? Entah lak nak.. Tibe2 teringat kejadian yang berlaku di club malam tadi tercentus keluhan kecil dari bibir mungilnya. "Mak ngah mintak maaf sayang, mak ngah tak tau nak buat apa sekarang tapi insyallah mak ngah akan usahakan untuk keluarkan korang dari sane yea. Mak ngah sayang korang macam anak mak ngah sendiri" . Lydia bingkas bangun sambil menghapuskan airmatanya yang hampir menitis sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan terus tidur dengan nyenyak.




Keesokkan paginga, Sementara puan lyia sedang menyiapkan sarapan untuk anak-anaknya, dia melaung memanggil anaknya untuk bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.
"Ly! Ridz! Bangun, mandi lepastu siap2 nak dekat pukul 9 nie.. kamu tak bangun lagi, jalan jem susah nanti.."

Lydia keluar dari biliknya sudah siap dengan uniform kerjanya itu terus mencium pipi puan lyia dan melabuhkan duduk dikerusi meja makan itu.

" ly dah bangun lha mama, wah! sedapnye mama, nasi lemak dengan sambal telur puyuh!! Fav ly nie.. Thank you mama" lebar senyumanya.

"sudah jangan nak banyak drama, makan cepat selepas itu pergi keje yea, mama nak siapkan kerja rumah sebelum budak2 tu sampai, nanti jenuh nak mengemas lagi nak jage budak lagi, naknye mama tergolek nanti" seleroh puan lyia sambil menuangkan air susu panas buat anak daranya itu.

"itu lh ma.. Ly suruh mama berhenti jaga budak mama tak nak, ly tak suke tengok mama penat2 camnie jaga budak, sudah lah banyak ragamnye, biar ly dengan abg ridz yang jaga mama, tak ade lha mama susah2 macam nie.."

"mana bole macam itu, kalau mama tak kerja, tak cukup untuk kite anak beranak makan ly, mama tak nak anak2 mama buat sampai 2 3 kerja semate-mate nak buat mak hidup senang"

"mama jangan cakap macam itu, mama tanggungjawab kami adik beradik, mama tak payah risau pasal kami.. Kami ni muda bergetah lagi, kalau setakat buat 2 3 kerja tu tak ade masalah la mama, kami nie kan baka2 puan jamaliah, puan jamaliah seorang yang sangat tabah dan itu yang kami adik beradik warisi sekarang ini tau mama.. Mama jee yang tak tau" ujar satu suara yang baru keluar dari bilik. Rupenye itu abgnya iaitu ridzwan zakhir.

"entahnya mama ni, kitaorang ada bole jaga mama, mama sudah banyak susah dulu semasa nak membesarkan kami, jadi sekarang waktunya untuk mama bersenang lenang dan biarkan kami berkhidmat padamu wahai syurga ku" seleroh lydia sambil mengangkat-angkat keningnya.
Tergelak ridz dan puan lyia.

"okay lah mama abg pergi kerja dulu,sorry ma.. Tak sempat nak breakfast abg dah lambat.. adik salam tangan mama abg tunggu dekat kereta yea" sambil menyalam dan mencium kedua pipi puan lyia, ridwan berkata dan terus berlalu keluar rumah menuju ke keretanya

"mama ly pergi kerja dulu eaa, tak leh lambat nanti polis pencen dekat luar tu bising"sambil menceduk sebiji telu sambal tu dan sumbat ke dalam mulutnya dan menuju ke arah puan lyia untuk disalam

Diriku Sang PendosaWhere stories live. Discover now