1

62 11 2
                                    

Tangan kanan mama menggenggam erat beg yang penuh dengan baju aku manakala tangan kirinya mengheret aku mengikut langkahnya. Aku lajukan langkah.

Kawasan sekeliling aku perhati. Kawasan ini dikelilingi dengan hutan yang agak tebal. Tak pelik pun sebenarnya sebab kawasan ini memang terpencil.

"Laila, ada apa?" Seorang wanita yang aku kira kawan mama datang menegur.

Rambutnya tertutup dengan tudung bawal yang tersarung di kepalanya. Wajahnya nampak seperti melayu tulen. Kulitnya yang kuning langsat lebih cantik disimbah cahaya matahari. Aku agak umurnya mungkin dalam 40 lebih. Macam mama. Muda dan cantik.

"Aku dah taknak jaga dia. Kau ambil lah balik." Mama menolak bahu aku ke depan.

Aku tersentak. Bukan kerana ayat mama, tapi kerana tangannya yang menolak bahu aku.

Laju saja aku pandang wajah mama di sebelah. Ada kerutan kecil di dahinya. Rambutnya yang menutup separuh wajah jelitanya dia selitkan ke celah telinga. Kemudian aku alihkan pandangan pada wajah kawan mama tadi. Aku fikir dia akan terkejut. Namun sangkaan aku meleset.

"Oh." Matanya memandang aku dan bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Aku dah taknak ada kena mengena dengan budak ni tau." Sekali lagi bahu aku ditolak mama.

Aku mula naik rimas dengan tolakan itu. Nafas aku tarik dan aku hembuskan semula, cuba tenangkan diri.

Kawan mama aku pandang dan dia masih tersenyum. Tenang saja tingkahnya. "Maksudnya?"

Mama berdecit geram. "Maksudnya, aku takkan ambil dia bawak balik rumah semula lah. Tak ada masa aku nak bela dia lagi. Dah besar panjang dah pun."

Mendengar ayat yang keluar dari dua ulas bibir mama membuat aku tertanya-tanya. Kawan mama ni ke yang suruh mama jaga aku sejak kecil?

Mama hulurkan beg baju aku kepada wanita di hadapan kami. "Ini beg baju dia."

Aku yang perasan akan hal itu laju saja memegang lengan mama sekaligus menghentikan tangan kawan mama yang mahu mengambil beg itu.

Aku belum bersedia nak ditinggal mama. Dahlah mama takkan ambil aku semula. Mata aku merenung mama. "Err Mama?"

Mama melepaskan keluhan berat. Dia kemudiannya memandang aku tajam.

"Berapa kali aku nak cakap? Aku bukan mama kau. Susah sangat ke nak faham?" Mama berbisik keras. Mungkin tak mahu kawannya mendengar apa yang diucapnya.

Aku mula takut. Suara yang bergetar aku kawal sebaik mungkin. "Mai.. Mai tak nak-"

"Pandai-pandai lah kau jaga perempuan ni. Aku balik dulu." Mama memintas percakapan aku dan matanya tajam merenung wanita di hadapan kami.

Beg baju aku sekali lagi dihulurkan kepada kawannya dan kali ini beg bertukar tangan. Dia bersalaman dengan kawannya dan terus berjalan menuju ke keretanya yang diparkir berdekatan dengan pintu gerbang.

Langkah mama aku kejar dan apabila jarak kami hampir dekat, aku terus menarik lengannya dan tubuhnya aku dakap erat. Tangisan yang tak dapat aku tahan aku hamburkan.

"Pp-please.. Jangan tinggalkan Mai dekat sini. Mai.. Mai nak ikut mama. Mai janji Mai takkan buat Mama marah lagi."

"Apa peluk-peluk ni? Lepaslah!"

Aku menggeleng. "Mai nak ikut mama.. ahhh."

Terjerit kecil aku apabila tangan mama mencengkam rambut aku.

"Jj-jangan. Sakit." Aku menggenggam pergelangan tangan mama. Dan mama menguatkan lagi genggamannya.

"Laila! Dah dah lah tu!" Jeritan kawan mama langsung tidak dihiraukan.

Sweet Secret (hiatus)Where stories live. Discover now