6

38 5 13
                                    

"Clara?"

Wanita yang duduk di sofa yang terletak bertentangan dengan aku itu terus mengangkat wajah. Oh ya, katanya tadi dia lebih selesa dipanggil Clara. Jadi apa salahnya kalau aku turutkan permintaannya yang satu itu.

Aku ukir senyuman kecil. "I think, I should try to meet her."

"You mean.." Dahinya berkerut seakan sudah tahu siapa yang aku maksudkan dan aku tahu dia takkan setuju dengan keputusan aku.

"Helena."

Mendengar nama itu, dia terus meraup wajah. "I know her very well, Mai. I don't think you should meet her."

Keluhan berat akhirnya terlepas. Takkan sampai bila-bila aku nak duduk diam dalam rumah ini? Bukan tak sudi, tapi aku tak nak menyusahkan sesiapa.

Wajahnya aku pandang buat kesekian kalinya. "But, at least I should–"

"Jangan."

Aku terjeda.

Dia guna bahasa melayu kan tadi? Ataupun aku yang tersalah dengar? Wajah Clara yang sedikit kemerahan aku pandang dengan muka keliru.

Dia mengeluh sebelum wajahnya dia tekup dengan kedua-dua telapak tangannya.

Aku semakin tidak faham dengan situasi ini. "Clara.."

"I tahu you punya language."

Badan aku kaku sejenak sebelum rahang aku perlahan jatuh. "Maksudnya, kakak faham bahasa melayu? Kakak boleh bercakap guna bahasa melayu? Serius lah?" Bertalu-talu soalan itu keluar dari bibir aku. Entah kenapa semua ini seperti tak masuk akal.

"Ya, dia yang ajar saya."

"Dia tu siapa?"

Matanya tiba-tiba berkaca. Dia menunduk.

"Eh kenapa menangis ni?" Aku mula cemas. Kaki aku atur ke arahnya dan aku duduk di ruang kosong bersebelahan wanita itu. Tangan aku bawa ke belakang badannya sebelum aku usap perlahan.

"I miss how she taught us that language. I miss how she always smile. I really do."

Aku tahu itu luahan hatinya. Aku tahu tatkala ini dia perlukan seseorang untuk menjadi pendengar luahannya. Wajahnya yang mendung aku tatap lembut. "Who's she?"

"Mardhiah.." Matanya yang berkaca membalas renungan aku. "Your mother.. I miss her."

Nafas aku tersekat.

×××

Hoodie dia tarik supaya mendedahkan bahagian kepalanya. Rambut yang agak serabai dia raup ke belakang. Sesekali matanya mengerling pada sebuah bilik yang terletak berdekatan sungai. Bilik itu nampak gelap tanpa cahaya lampu di dalam. Thaqiff mengeluh.

"Dah keluar ke perempuan ni?" Matanya meliar ke kawasan berhampiran.

"Thaqiff?"

Laju kepalanya menoleh ke arah sumber suara tadi. Wajah kak Leha samar-samar menyapa pandangannya. Mungkin kerana cahaya bulan malam ini tidak terang seperti selalu.

"Thaqiff buat apa berdiri dekat sini?"

"Saja, ambil angin." Dia senyum segaris.

"Iyelah tu. Ni Thaqiff berdiri dekat sini ni ada nampak Mai lalu tak? Dari tadi tak muncul-muncul. Orang lain dah siap makan dah."

Thaqiff sekadar menggeleng.

"Oh tak apalah. Thaqiff tak nak makan malam sekali ke?"

"Tak apa. Nanti saya makan."

"Makan, jangan tak makan pulak." Sempat kak Leha menghadiahkan senyuman nipis sebelum dia melangkah ke bilik gadis itu.

Thaqiff hanya diam memandang kak Leha yang sedang mengetuk pintu bilik tadi. Lantas dia mengorak langkah menjauhi kawasan itu sebelum..

"YA ALLAH! THAQIFF!"

Langkahnya serta-merta terhenti. Wajah cemas kak Leha yang berlari anak ke arahnya dia pandang keliru. "Kenapa?"

"Mai.."

"Kenapa dengan dia?"

Kak Leha cuba mengawal nafasnya yang sudah tidak teratur. Nafas dia tarik sedalam mungkin sebelum dia hembuskan semula.

Thaqiff semakin tidak sabar. Matanya melirik ke arah bilik milik gadis yang baru dikenalinya hari ini.

"Mai tak ada dalam bilik! Takkan lah dia keluar malam-malam? Dia mana lah tahu kawasan ni. Patut lah dari tadi tak nampak batang hidung! Baru aje petang tadi akak berbual dengan dia dekat–"

"Berbual?" Kening Thaqiff bercantum. "Berbual tentang apa?"

Mungkin bagi orang lain perkataan 'berbual' itu kedengaran tidak penting. Tetapi bagi Thaqiff, dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbualan itu.

"Tak ada apa pun. Berbual tentang kampung–"

"Akak sendiri tahu kan dia tu siapa? Kenapa cerita jugak dekat dia? Kalau dia sebenarnya pergi ke Indera macam mana?" Laju Thaqiff memintas dan kali ini kak Leha seperti dapat meneka sesuatu.

"Macam mana Thaqiff boleh tahu tentang Indera?"

"Sebab saya pernah duduk dekat situ lah! Ingat akak je ke yang berasal dari situ? Sekarang ni macam mana kalau Mai terjumpa Helena? Kenapa akak tak fikir dulu sebelum cerita?!" Dada Thaqiff berombak.

Kak Leha hanya mendiamkan diri. Dia betul-betul terkejut. Satu kerana dia baru tahu yang Thaqiff juga salah seorang penduduk lama Indera. Kedua kerana ini kali pertama dia melihat Thaqiff banyak bercakap dan ini juga kali pertama dia melihat Thaqiff marah seteruk ini.

"Kak Leha mintak maaf, Thaqiff. Sumpah kak Leha tak sangka boleh jadi sampai macam ini. Thaqiff jangan lah marah akak ye? Kita sama-sama ca–"

"Jangan marah? Tujuh belas tahun saya tunggu semata-mata nak bawa dia balik ke Indera! Kalau dia dah mati dulu macam mana?!" Thaqiff meraup wajahnya kasar. Dia betul-betul serabut.

Kak Leha terdiam. Dia faham apa yang Thaqiff maksudkan dan bukan niat dia untuk mengeruhkan keadaan. Melihat Thaqiff yang berura-ura untuk pergi, pantas kak Leha menahan.

"Ni Thaqiff nak pergi mana?"

"Cari Mai."

Sweet Secret (hiatus)Where stories live. Discover now