Warning: Baca slow-slow and jangan skip kalau tak nak sakit otak!
Kaki aku rendamkan ke dalam sungai. Petang-petang macam ni pun air sungai sejuk. Ikutkan hati nak aje aku mandi dalam sungai ni, tapi malu pula kalau orang nampak. Lagipun aku tak ada nampak sesiapa lagi yang mandi dalam sungai ini."Mai."
Aku menoleh ke arah sumber suara itu sebelum bibir aku mengukir senyum lebar.
"Meh lah duduk sini." Ruang di sebelah aku tepuk perlahan. Dia akur dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
"Ada apa kak?" Aku terus melontar soalan. Getah rambut di pergelangan tangan aku tarik dan aku ikat rambut aku gaya ekor kuda.
"Ingat tak pagi tadi akak ada cakap yang akak nak cerita pasal sejarah kampung ni? Ni akak nak cerita lah ni. Itu pun kalau Mai nak dengar." Kak Leha merendamkan kakinya ke dalam sungai.
"Oh yang fairytale tu ke? Mestilah nak! Ceritalah kak."
"Sebelum tu.. Boleh tak akak nak tanya kenapa mama Mai macam tak suka dengan Mai?" Teragak-agak dia menyoal.
"Oh itu. Dulu waktu Mai masih kecil, Mai ingat lagi. Mama layan Mai baik sangat. Macam anak sendiri." Aku tersenyum pahit. Tak salah rasanya nak ceritakan pada kak Leha. Lagipun aku dah anggap kak Leha macam kakak aku sendiri walaupun baru pagi tadi kami berjumpa. Nafas aku tarik dan aku hembus perlahan sebelum aku mula bercerita.
"Waktu umur Mai dalam sepuluh ke sebelas tahun macam tu, Mai pernah tertumpahkan air dekat kertas kerja mama. Mama marah sangat dengan Mai. Tapi lepastu papa datang, papa tak marah Mai pun. Dia cuma suruh Mai masuk bilik."
Kak Leha hanya diam mendengar cerita aku. Mata aku jatuh pada sungai di hadapan kami sebelum cerita tadi aku sambung.
"Tapi Mai tak dengar pun cakap papa. Mai cuma duduk kat situ dan tengok dia orang bertengkar. Mama marah papa sebab selalu manjakan Mai sampai Mai naik lemak. Mama kata Mai ni, anak pungut. Tapi tak apa, Mai tahu yang mama tak ada niat nak cakap macam tu. Mama cuma marahkan Mai. Lepas mama kata Mai ni anak pungut, papa.. Err Papa.."
"Papa apa Mai?"
Aku pandang kak Leha. "Papa.. Papa tampar mama sampai mama terhantuk dekat bucu meja. Kepala mama berdarah dan sejak tu lah mama tak sukakan Mai. Dia kata Mai ni bawa masalah dalam rumah tu."
"Akak minta maaf ye sebab buat Mai cerita semua tu. Akak tak ada niat nak buat Mai sedih." Tangan aku dia capai dan dia usap lembut. Aku tersengih.
"Tak lah, Mai okey je. Lagipun itu cerita lama. Kak Leha ceritalah pulak pasal kampung ni."
Dia mengangguk perlahan. "Dulu, ada seorang perempuan ni kahwin dengan lelaki separuh elf dan jadi isteri nombor dua dia."
Kening aku bercantum. "Ni cerita betul ke, kak? Elf bukan tak wujud ke?"
"Mestilah cerita betul. Tapi ingat, jangan cerita dekat orang lain. Pasal elf tu, terserah pada individu tu sendiri nak percaya atau tak kewujudan elf ni. Kebanyakkan orang kata, elf ni cuma makhluk mitos je."
"Jadi akak percaya tak elf tu wujud?"
Dia sekadar mengangguk dan cerita tadi dia sambung. "Lelaki separuh elf tu pulak raja dekat kerajaan Indera."
Indera? Tiba-tiba aku rasa cerita ni ada kena mengena dengan ibu bapa kandung aku. Dan mungkin juga ada kena mengena dengan aku. Ah tapi ini cuma kisah dongeng.
"Selepas mereka berkahwin, perempuan tu ikut raja tu duduk dekat Indera. Adik lelaki perempuan tu pun ikut sama sebab dia orang berdua ni anak yatim piatu. Mula-mula bahagia je hidup raja dengan perempuan tu. Sampai lah perempuan tu lahirkan seorang puteri." Kak Leha pandang aku dengan bibirnya yang mengukir senyuman nipis.
YOU ARE READING
Sweet Secret (hiatus)
Mystery / Thriller[ inspired by Re: Zero ] Antara realiti atau mimpi, semuanya mengelirukan. "Aku sayang kau." Antara cinta atau nyawa, aku gadai segalanya. "Maafkan saya." Aku gadai semua. •cover from zmoon- •story mengarut tahap kayangan