Rambut aku ikat gaya ekor kuda. Semalam aku dah berbincang dengan Clara yang hari ini aku akan cuba untuk cari intana Indera seorang diri. Lagipun tak ada sesiapa yang boleh temankan aku.
Clara? Bahaya, dia ada anak yang perlu dijaga. Aku tak nak ambil risiko sebesar itu.
Jam di tangan aku kerling. Baru pukul 9.00 pagi. Lambat sikit tak apa rasanya. Lagipun aku tak ada lah mengejar masa sangat.
"Princess?"
Aku menoleh memandang Courtney yang teragak-agak untuk masuk ke bilik ini. Senyuman kecil aku ukir. Sejak dia tahu yang kononnya aku seorang puteri, panggilan 'miss' terus bertukar kepada 'princess'.
"Come."
Dia akur. Aku memberi isyarat supaya dia duduk di birai katil sementara aku mengemaskan lagi ikatan rambut aku.
"Princess?"
Aku pandang pantulan wajah Courtney melalui cermin. Sempat aku lihat jari kecilnya memegang sesuatu. Kening aku ternaik. "Yes, little princess?"
Aku atur langkah ke arahnya. Lantas ruang di sebelahnya aku ambil. "Why?"
Dia kelihatan malu-malu sebelum tangannya menghulurkan sesuatu kepada aku. Dia tersengih comel. "Mind to wear my hair clip?"
Aku tayang wajah keliru. "No, but why? Isn't that's your favourite one? The one that you use it the most?"
Penyepit rambut itu aku pandang. Ada corak bunga-bunga kecil yang menghiasi aksesori ini. Di bahagian tepinya pula ada huruf C.
C untuk Courtney. Mungkin.
"Yes, it is. But I want to give it to you. So that you'll always remember about me." Dia terus mendakap aku. Dapat aku rasa ada getaran halus pada tubuh kecilnya.
"Courtney? Are you crying?"
"I'll miss you."
Aku tergelak. Pelik bila dia seperti berat untuk melepaskan aku. Padahal baru semalam kami berjumpa. Dakapannya aku balas erat.
"I'll miss you too. I'll miss your cute voice. I'll miss every single thing about you."
Aku leraikan pelukan sebelum wajahnya yang sudah kemerahan aku tatap redup.
"A smile for me won't hurt right?"
Tawanya terletus dan itu membuatkan bibir aku mengulum senyuman nipis. Tangan kecilnya naik ke atas kepala aku sebelum dia sepitkan penyepit rambutnya pada rambut aku.
Wajahnya aku pandang lama. Aku juga terasa berat untuk berjauhan dari gadis ini. Gadis yang banyak membantu aku sejak pertama kali kami bertemu.
"Thankyou."
×××
Berjalan di pekan ini buat aku sedikit gugup. Hoodie yang Clara berikan tadi aku tarik menutup separuh wajah. Melihat makhluk-makhluk di sini buat aku rasa terancam. Mereka sangat berbeza jika mahu dibandingkan dengan Clara mahupun Courtney.
Ada di antara mereka yang berbentuk seperti serigala, ada yang berbentuk seperti kucing dan ada juga yang berbentuk seperti buaya. Tetapi apa yang lebih pelik, mereka boleh berjalan sama seperti seorang manusia. Mereka juga memakai baju dan kasut.
Gaya hidup mereka juga sama seperti manusia biasa. Mereka berjual beli, mereka berbual sesama sendiri, mereka bekerja dan mereka juga mempunyai keluarga. Apa yang aku dengar daripada mulut mereka sedari tadi hanyalah dialog dalam bahasa inggeris.
Mungkin memang itu bahasa yang digunakan di sini.
Deretan kedai di sini aku perhati satu-persatu. Semuanya penuh dengan makhluk-makhluk aneh ini sehingga aku perlu berfikir dua tiga kali jika ingin melangkah masuk.
YOU ARE READING
Sweet Secret (hiatus)
Mystery / Thriller[ inspired by Re: Zero ] Antara realiti atau mimpi, semuanya mengelirukan. "Aku sayang kau." Antara cinta atau nyawa, aku gadai segalanya. "Maafkan saya." Aku gadai semua. •cover from zmoon- •story mengarut tahap kayangan