8

22 4 3
                                    

Lama kami berjalan. Namun, masih tiada satu rumah pun yang ada di sini. Apa yang aku nampak daripada tadi cuma padang yang luas dan kosong. Entah di mana rumah Thaqiff pun aku tak dapat nak agak.

"Thaqiff."

Langkah lelaki itu terhenti. Dia memandang aku meminta aku meneruskan bicara. Aku telan air liur. Mata aku jatuh pada jari-jemari aku yang bermain sesama sendiri.

"Saya.. nak tanya sikit."

"Tanya sambil jalan boleh tak? Rumah aku jauh lagi. Takut lambat."

Laju mata aku terangkat memandang wajahnya. Dia tidak pula membuat muka tegang. Sebaliknya wajah lelaki ini biasa-biasa sahaja. Aku mengangguk kecil.

Kami kembali meneruskan langkah. Aku masih berkira-kira sama ada nak tanya ataupun tak. Aku takut kalau-kalau soalan ini sebenarnya sensitif. Keluhan kecil akhirnya terlepas dari bibir aku.

"Mengeluh pula. Tadi kata nak tanya?" Thaqiff bersuara.

"Saya.. nak tanya–"

"Ye, aku tahulah kau nak tanya. Tapi nak tanya apa?"

"Kalau saya tanya, jangan marah tau."

Thaqiff menoleh sekilas. Dia mengherotkan bibirnya ke tepi. "Tanya jelah."

"Awak.. sebenarnya.. awak ni.."

"Mai." Wajahnya dia raup. "Kalau nak tanya tu tanya jelah. Yang kau nak tergagap sangat ni kenapa?"

"Awak elf ke?" Soalan itu akhirnya terpacul juga.

Dia diam, seolah-olah pelik dengan soalan aku. Aku terangguk kecil. Faham dengan reaksi itu. "Tak apalah kalau tak nak jawab, saya–"

"Kenapa tiba-tiba tanya?"

×××

Ethan diam. Bukan kerana gerun, tapi kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Lagi-lagi bila berhadapan dengan wanita ini.

"Your elf's smell are too strong." Mata Helena tegak memandang wajah Ethan. "And I hate that."

Ethan masih diam.

"I told you.." Helena berjalan mengelilinginya. "Never. Show. Yourself. In. Front. Of. Me." Dan langkahnya terhenti betul-betul di hadapan lelaki itu.

Satu-satu perkataan itu Ethan hadam. Tak, dia tak takut. Dia cuma rasa..

lucu.

"Already hide actually. But someone's provoking me." Ethan ketawa sebelum dia memeluk tubuh. Angkuh. "So, am I the right one to be blamed?"

Ethan membalas berani renungan si ratu. Ratu yang cantik fizikalnya. Dari atas turun ke bawah, semuanya sempurna. Tapi semua itu tidak penting bagi seorang Ethan. Tanpa sedar tangannya membentuk penumbuk.

"A queen, won't hate to see her people. A queen won't blackmailing her people. A queen won't kill her innocent people." Kata-kata itu laju meluncur dari bibir Ethan. "Unless.."

Mata Ethan penuh dengan api  amarah. Lagi-lagi apabila memori pahitnya berulang di ruang fikiran. "She's not a queen."

Tawa Helena bergema. Sakit. Itu yang Ethan rasa apabila satu patah perkataan pun tidak dapat menjentik hati penyihir itu. Dasar hati binatang!

"Sarcasm, huh?" Dia menghabiskan sisa tawanya. "Don't be harsh. I won't kill you. But first.." Dia berpeluk tubuh.

"Be my son. Can you?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sweet Secret (hiatus)Where stories live. Discover now