Cikgu Taufan membawa pelajar pelajar pertukaran dari Amerika ke padang untuk waktu mata pelajaran pendidikan jasmani. Dan, ya. Budak budak tu dah pandai cakap melayu. Terbaik bossku. 😂
Taufan : Baiklah murid murid! Kita akan bermain, permainan tradisional!
Murid murid : Permainan tradisional?
Taufan : Ya! Ada banyak permainan tradisional di Malaysia ini. Cikgu akan ajar kamu semua. Nanti, bila kamu semua balik ke Amerika, boleh lah ajar kawan kawan kamu semua dekat sana! Hah, amacam?
Murid murid : Baik, Cikgu!
Taufan : Ep! Sebelum tu, kamu tahu apa yang kita kena buat?
Murid1 : Buat apa cikgu?
Taufan : Sebelum kita bermain, kebersihan kena jaga dulu! Sini cikgu tengok tangan kamu semua.
Murid murid : Erm...... *tunjuk tangan*
Taufan : Eiiii apa ni?! Tangan semua kotor! Penuh lumpur! Kamu semua ada main lumpur ke ni?!
Murid 2 : Er...... Tadi..... Kitorang main dekat padang sebelum cikgu datang..... Dan.... Terjatuh dalam lumpur.... Hehe.... Kami tukar baju.... Tapi tak sempat nak basuh tangan sebab cikgu dah panggil....Taufan : Ish, ish, ish. Kan Cikgu dah kata, jangan main dekat padang tanpa kebenaran Cikgu! Dah lah pagi tadi hujan. Mestilah padang tu berlumpur! Nasib baik kamu semua bawa baju lebih. Sekarang, pergi basuh tangan sana!
Murid murid : Ai ai, Cikgu!
Semua murid pun lari lintang pukang ke tandas sekolah untuk cuci tangan. Cikgu Taufan mungkin seorang yang ceria, tapi kalau bab keselamatan dan kebersihan ni, jangan bawa main. Kalau tak, dari kucing yang comel, terus tukar jadi Singa! Rarrr!
Di tandas murid lelaki.
Murid4 : Ni salah kau lah, Jimmy! Kau yang cakap tak apa nak main tadi! Tengok sekarang kita dah kena marah!
Murid5(Jimmy) : Eh?! Aku pulak. Korang pun ikut je aku main. Tak bantah langsung.
Murid6 : Dah dah! Cepat! Nanti Cikgu Taufan marah pulak kita lambat balik ke padang.
Di tandas murid perempuan pula.
Murid1 : Kenapalah kita pergi ikut si Jimmy tu. Kan dah kena marah.
Murid2 : Kita tak boleh nak salahkan Jimmy je. Kita pun salah jugak sebab ikut je main dekat padang tu.
Murid3 : Itu, aku setuju.
Murid1 : Ah, yelah yelah. Kita pun salah.
Murid2 : Hah, macam tu baru betul. Sekarang, jom cepat. Nanti Cikgu marah pulak.
Mereka semua pun balik ke padang selepas basuh tangan mereka sehingga suci secuci murninya.
Taufan : Hah, bagus. Macam nilah baru Cikgu sayang. Ok. Kita akan mulakan dengan permainan yang tak lasak dulu.
Jimmy : Permainan macam apa tu, Cikgu?
Taufan : Hah, ada sesiapa tahu? Rose? Jesicca? Josh?
Mereka bertiga : T-tak, Cikgu.
Taufan : Mari kita masuk ke pondok basikal dulu.
Mereka pun bergerak ke pondok basikal dengan arahan Cikgu Taufan.
Taufan : Ada dua jenis permainan yang kita boleh main di tempat tertutup macam ni. Tapi tapi! Walaupun nak main, jarak kena jaga. Jangan rapat sangat. Sekarang kan musim covid-19. Kebersihan dan keselamatan kena jaga walaupun kita hanya main macam ni. Faham, murid murid?
Murid murid : Faham, Cikgu Taufan!
Taufan : Bagus~ Korang akan dipecahkan kepada dua. Lelaki dan perempuan. Cepat cepat.
Mereka berenam pun berpecah ke dua kumpulan.
Taufan : Baiklah. Pelajar perempuan akan bermain batu seremban. Dan pelajar lelaki akan bermain congkak.
Taufan pun menyerahkan dua permainan itu ke murid muridnya.
Di belah lelaki dulu.
Josh : Cikgu. Macam mana nak main benda ni?
Taufan : Biar Cikgu ajar eh. Mula mula. Letak 7 guli di dalam lubang lubang kecil tu.
Mereka pun lakukan apa yang disuruh oleh Cikgu mereka.
Taufan : Ok. Dia kena main 2 orang satu pusingan. Orang pertama akan alihkan satu guli dari satu lubang ke lubang yang lain. Giliran orang tu tamat sekiranya lubang terakhir yang dia masukkan guli tu hanya ada satu guli. Kemudian, giliran pemain seterusnya. Lubang yang besar ni dipanggil Ibu. Pada akhir permainan, Ibu yang paling banyak guli, menangi permainan ini. Faham?
Murid murid L : F-faham, Cikgu!
Taufan : Bagus. Cikgu nak pergi ajar yang perempuan pulak.
Taufan pun pergi ke arah pelajar perempuan nya pula.
Taufan : Hah, nama benda ini adalah batu seremban. Ada yang tahu cara nak main benda ni?
Murid murid P : Tak.
Taufan : O-ok. Mari Cikgu ajar.
(Author malas nak terangkan yang ni sebab Author sendiri pun tak pandai main. 😂✌💔)
Taufan : Hah, dah faham?
Murid murid P : Faham! Kot.
Taufan : *sweatdrop* Dah dah. Kamu semua main eh? Nanti Cikgu panggil lagi, kita main permainan seterusnya pulak.
Mereka pun bermain permainan itu dengan dengan telitinya. Tapi, seronok itu pun masih ada. Itulah makna sebenar kita bermain sesuatu dengan kawan kawan kita.
Kalah tak apa. Menang dan kalah itukan adat permainan. Yang penting, kita seronok bermain benda itu dengan kawan kita dan rapatkan lagi hubungan. Tapi, jangan terlalu rapat. Corona! 😂
Tiba tiba, Blaze datang ke pondok Basikal itu dan terjah Taufan.
Blaze : Bahhh!!!
Taufan : Opocotmakkaupink!
Blaze : Hahahahahaha!!!
Taufan : Huh.... Ish! Kau ni Cikgu Blaze! Nasib baik aku tak sakit jantung!
Blaze : Hehe, alah, sorrylah, Cikgu Taufan. Kau tengah ajar apa pada budak budak tu?
Taufan : Aku ajar diorang bermain Batu Seremban dan Congkak. Mereka kan sekarang berada di Malaysia. Kita kenalah ajar mereka budaya di Malaysia. Tapi, dalam masa yang sama, kena jaga jarak dan kebersihan juga. Kan ni musim covid. Tapi, ianya tak menghalang kita untuk merapat hubungan sesama manusia.
Blaze : Betul. Aku setuju. Kalau kita tak sebarkan budaya di negara kita, siapa lagi.
Taufan : Betul betul betul!
Tiba tiba, kedengaran Jimmy tiba tiba menjerit.
Jimmy : AHHHHHHHHHHHHHH!!!!!
Kelihatan congkak yang mereka main tadi sedang menghimpap kakinya.
Taufan : Allah! Jangan risau Jimmy! Cikgu Taufan to the rescue!!! *lari ke Jimmy sambil bawa First Aid*
Tamat.
YOU ARE READING
BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOT
FanficBuku ini Author buat untuk sebuah contest (っ'▽')っ. Apa jadi kalau BBB Elemental jadi cikgu?! Temui di buku ini!