Pada pagi hari Isnin yang tak beberapa nak indah, hari itu adalah hari perhimpunan rasmi. Semua murid telah berada di dewan terbuka untuk tunggu pengawas datang dan mulakan perhimpunan rasmi itu.
Tapiiii. Semestinya, dikerana perhimpunan ini adalah perhimpunan paling membosankan dalam sejarah murid sekolah, sudah tentu ada yang akan ponteng perhimpunan dan menyorok di mana mana kawasan sekolah seperti tandas, kelas, perpustakaan dan macam macam lagi. Sama macam seorang murid lelaki yang tidak sedar dia dirakam oleh kamera Author. Dia sekarang berada di dalam kelas, menyorok di bawah meja. Boleh dilihat di tag namanya, namanya adalah Mentega Bin Kaya. Sapu dekat roti sedap ooo! //plak!!//
Mentega : Hehe, tak akan ada yang akan nampak aku dekat sini. Hehe~
Bila duduk dekat bawah tu sorang sorang, mesti akan bosan kan? Sama macam Mentega. Dia pun mengambil komik yang dia bawa ke sekolah di dalam begnya dan membaca komik itu.
Mentega : Hehe..... Serang Dia- Adoi!
Kepala Mentega terhantuk di meja kerana dia kusyuk sangat baca komik, dan bersiri, menyebabkan kepalanya terhantuk di meja itu.
??? : Ehem!
Mentega : O... O.....Mentega melihat ke sebelahnya. Sepasang kaki orang dewasa memakai seluar hitam dan kasut kulit warna pink berdiri di situ. Tak ada yang pakai macam tu, selain Cikgu Disiplin sekolah mereka, Cikgu Hali.
Hali : Anak muda, keluar dari bawah meja sekarang.
Nak tak nak, Mentega pun keluar dari bawah meja, dan berdiri di depan Cikgu Hali.
.
.
.
.
.
.
.
Mentega : Huhuhuhu.... Cikgu Haliiiii, saya minta maafffff. Saya janji tak buat lagiiiiiii.Mentega sekarang berada di atas pentas, memakai costum ayam, berdiri dengan satu kaki, dan kedua dua tangannya berada di telinganya, di depan satu sekolah. Ada murid yang hampir ketawa melihat mentega.
Hali : Tak ada, tak ada. Itu denda kamu sebab cuba ponteng perhimpunan rasmi ni. Hani, kamu dah boleh mulakan perhimpunan sekarang.
Hani : B-baik, Cikgu..
.
.
.
.
.
.
.Sekarang kita berada di kantin sekolah. Sudah waktu rehat sekarang. Waktu rehat, biasalah, sesak kerana kantin sekolah itu tak cukup besar untuk menampung selurub sekolah itu.
Seorang pelajar perempuan, meminum sekotak air jus, sambil berjalan ke dewan terbuka sebab kantin sudah penuh dengan manusia manusia yang berebut membeli makanan sampai hampir tercabut meja gerai makanan di kantin sekolah itu. Boleh kelihatan di tag nama pelajar itu, nama dia Kelawar binti Batman.
Kelawar : *minum air* Slurpppppp *air dah habis* Hm? Dah habis? Hm.
Kelawar membaling kotak airnya ke belakang, fikirkan yang kotaknya akan masuk ke dalam tong sampah di belakangnya. Malang seribu kali malang, kotak itu tak masuk ke dalam tong sampah itu. Kelawar tak perasan keadaan itu. Dia pun berjalan sahaja pergi dari situ.
??? : Ehem!
Ah sudah. De-ehem-man yang memang satu sekolah dah kenal. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Hali. Kelawar perlahan lahan memandang ke belakang dengan kepala dah berpeluh habis.
Hali : Kenapa buang sampah merata ni?
Kelawar : E-ehehehehehe......
.
.
.
.
.
.
.
Kelawar : Huhuhuhuhu TATKelawar sekarang sedang membersihkan tandas sekolah mereka, sempena denda Cikgu Hali.
Hali : Siapa suruh buang sampah tu tak tengok masuk ke tak? Kan sekarang dah kena denda? *minum air kotak*
Inilah Cikgu Disiplin sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis. Peraturan, tetap peraturan. Tiada sesiapa yang boleh lepas dari pandangannya. Sekali buat salah, terus didenda.
Hali : Heh. 😎
Hali : Ehem! Kenapa lambat sampai sekolah?
Hali : Kuku panjang ni kenapa? Nak jadi langsuir ke?
Hali : Kenapa bawak make up pergi sekolah?! Bukannya nampak macam Adudu pun nak pakai make up!
Jika kamu buat kesalahan, bersiaplah untuk di denda.
Tamat.
27 Jun. Happy birthday to me~ Happy birthday to me~ Happy birthday to myself~ Happy birthday to MEEEEEEEE. Huehue. Cikgu siapa pulak? UwU
YOU ARE READING
BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOT
FanfictionBuku ini Author buat untuk sebuah contest (っ'▽')っ. Apa jadi kalau BBB Elemental jadi cikgu?! Temui di buku ini!