(Author : Cover dekat atas ni best lah pulak. Korang dengar jelah ya? 😂)
Bila cakap pasal bergaduh ni, memang dah biasa dah kita lihat. Kalau bukan pada orang lain, kita sendiri yang bergaduh, dan yang paling sering adalah bergaduh dengan adik beradik sendiri.
Biasalah, budak budak kan. Tapi, tak semestinya hanya budak budak yang gaduh. Bapak bapak budak pun gaduh tau. Contoh yang kita ada dekat sini, Cikgu Disiplin sekolah, Cikgu Hali dan Cikgu Sains sekolah, Cikgu Solar. Memang macam ayam serama dan ayam hutan je diorang ni. Tak habis habis nak bergaduh jeeeee kerja diorang kalau berjumpa. Sampai dah jadi tren dekat sekolah, siapa dapat hentikan diorang bergaduh, dapat 10 ringgit. Ni ke yang di namakan kebas duit kawan?
Diorang bergaduh, pasal macam macam. Sebab kerja, sebab populerity, yang biasanya Solar mulakan, atau sebab salah satu dari diorang buat salah, dan diorang tak akan minta maaf yang buat salah tu, dan makin lama, makin besarlah masalah yang berlaku.
Dah banyak kali jugak Gempa nasihatkan diorang.
Gempa : Boleh tak korang berdua ni berhenti bergaduh? Kamu berdua ni bergelar guru tahu tak? Buat malu dan hilang maruah je gaduh depan pelajar?
Malangnya, diorang berdua ni keras kepala diorang lain macam sikit. Langsung tak nak dengar nasihat. Maka, Gempa pun dah mula sakit kepala tambah sakit hati tambah sakit mulut sebab nak maki diorang tapi tak boleh sebab dosa.
Gempa : Haduh..... nak buat macam mana lagi ni? Makin lama, makin teruk pulak diorang ni bergaduh.
Dan waktu tu lah, Ustaz Ice masuk ke dalam pejabat Gempa. Dia pelik bila tengok Gempa tengah urut kepalanya.
Ice : Hm? Kenapa ni Tuan? Tuan sakit kepala ke? Ada apa apa yang buat Tuan tak sedap hati ke?
Gempa : Hm? Oh, Ustaz Ice. Haih, kau tahu lah dua tu.
Ice : Oh..... pasal Cikgu Hali dan Cikgu Solar lagi ke?
Gempa : Kamu tahu lah dua ekor tu. Tak habis habis nak gaduh macam ianya pengakhiran dunia. Dah banyak kali dah aku nasihat, tapi diorang masih tak nak dengar. Dah lah mereka tu Cikgu. Cikgu! Bukannya budak lagi! Tapi bergaduh macam buadk kecik! Dah banyak benda dah aku buat, tapi masih tak berkesan! Ustaz Ice, kamu Ustaz kan? Boleh tak kamu cuba nasihat mereka, kalau boleh, buang syaitan dalam badan mereka tu?
Ice : Hm..... kalau Tuan dah minta macam tu, saya tak boleh nak buat apa apa. Baiklah, saya akan cuba untuk tenangkan mereka. Tapi, saya tak jamin saya akan berjaya. Semuanya terletak di tangan Tuhan. Saya hanya mampu nasihat sahaja.
Gempa : Tak apa lah, Ustaz. Kamu nasihat mereka je dah cukup. Lebih baik mencuba dan gagal daripada tak mencuba langsung kan?
Ice : Iya.Ice pun berjalan keluar dari pejabat dan ingin pergi ke kelas selanjutnya. Dan, tepat pada masanya. Dia jumpa Cikgu Solar dan Cikgu Hali tengah bergaduh di jalan nak ke kelas murid Tingkatan 2.
Solar : Hoi, Halia! Kenapa kau ni busuk sangat?! Memang bagus pun nama Halia tu dengan kau!
Hali : Hoi, mulut telaga zaman prasejarah! Nama je macam Matahari, tapi hati hitam dan busuk macam tapak pembuangan sampah!Ice pun, mendekati mereka dengan muka bengis dan menarik telinga mereka walaupun Ice lagi muda dari mereka.
Ice : Korang berdua ni boleh tak berhenti bergaduh walaupun sekali?!
Hali, Solar : Adoi! X10000
Ice : Korang berdua ni Cikgu tahu tak?! Dah lah Hali ni dah bernama Ayah kepada budak tahu tak?! Korang tak malu ke budak budak tu ikut perangai korang berdua ni?! Korang tahu tak, yang korang akan berdosa selama budak budak tu ikut tunjuk ajar korang yang tak ada akhlak ni?!Ice pun melepas tangannya dari telinga mereka yang dah jadi telinga gajah cuma warna merah itu.
Ice : Jadi, nak berubah ke tak?
Hali, Solar : Y-yelahhhh......
Ice : Hah, bagus. Sekarang, minta maaf ke sesama sendiri.
Solar : Aip! Aku boleh je nak berubah, tapi aku tak akan minta maaf, apa lagi maafkan si Halia ni!
Hali : Aku pun! Dasar mulut telaga zaman prasejarah!Mula lagi dah. Tambah naik darah lagi lah dibuatnya si Ice tu.
Ice : Allah, bagi lah aku kesabaran......
Dua ekor monyet terlepas kandang tu masih lagi bergaduh di depannya.
Ice : Hei, korang tahu tak, orang yang tak memaafkan orang lain itu lagi teruk dari Syaitan dan Firaun?
Apa yang Ice katakan telah menarik perhatian mereka berdua.
Ice : Korang nak ke jadi lagi teruk dari Syaitan dan Firaun yang memang dah ditakdirkan masuk ke dalam neraka tu? Satu lagi, tadi Hali mention pasal Matahari tadi kan? Korang tahu tak? Yang Matahari dan Bulan akan masuk ke dalam Neraka paa hari Akhirat nanti?
Solar : B-betul ke?
Ice : Iya. Tapi, kenapa mereka masuk ke dalam neraka, tapi mereka tak buat apa apa dosa pun? Sebabnya, mereka bukan masuk ke neraka disebabkan kena seksa, tapi, untuk jadi bahan api untuk neraka nanti. Tak semua yang masuk ke neraka akan kena seksa. Ada je Malaikat di dalam neraka sana tu. Bukan untuk diseksa, tapi untuk menyeksa umat yang ingkar perintah Allah. Jadi, dengar sini, korang nak ke terus buat dosa, dan dihumban masuk ke neraka sana nanti?Hali dan Solar menggeleng dengan muka takut.
Ice : Jadi, minta jelah maaf ke sesama sendiri, terima maaf tu dan berubah. Bukannya susah pun. Cuma kita ni je yang tak nak berubah. Jadi, berbaik ya? Aku nak pergi ke kelas aku pulak ni. Jadi lambat masuk kelas sebab nasihatkan korang.
Ice pun berjalan pergi dari situ. Hali dan Solar memandang sesama sendiri.
Hali : Aku...... minta maaf sebab dah berkasar dengan kau.
Solar : Aku pun nak minta maaf juga. Kita kira kosong kosong ya?
Hali : Ok.Mereka menjabat tangan sesama sendiri. Mereka pun berbaik dah balik ke tugas mereka masing masing.
Tamat.
Ciogu siapa pulak untuk Chapter terakhir ni? UwU
YOU ARE READING
BBB Elemental Jadi Cikgu?! (CONTEST BOOK) ONE SHOT
FanficBuku ini Author buat untuk sebuah contest (っ'▽')っ. Apa jadi kalau BBB Elemental jadi cikgu?! Temui di buku ini!