Part 1

35 10 0
                                    

Malam itu. Suasana di asrama semakin ranap. Ramai yang mula merebahkan badan di atas katil. Melayari bahtera mimpi di sepanjang malam. Lampu yang menerangi bilik sudah dipadamkan.

Tinggal sahaja lampu koridor dibiarkan menyala. Walaupun sudah larut malam, masih ada segelintir pelajar yang masih berada di bilik study, sanggup bersengkang mata bagi menyiapkan kerja sekolah. Sudah semestinya tugas sebagai seorang pelajar adalah mengotakan amanah daripada seorang guru. Itulah resepi kejayaan.

Dalam kesepian malam itu juga, tidak sedikit yang masih berbual kosong. 'Pelajar perempuan', adalah tajuk hangat dalam perbualan. Tanpa disedari, mereka telah dibunuh oleh masa yang tak mengenal mangsanya. Seperti pepatah arab, masa itu pedang, jika kamu tidak memotongnya, dia akan memotong kamu.

"Kau tak nak tidur lagi ke Faris, dah lewat malam ni?" Tegur Ikhwan kepada sahabatnya yang sedang ralit menulis.

"Tak apalah kau tidur lah dulu, nanti aku follow." Ujar Faris. Sekadar berbasi-basi sahaja tanpa mengelih wajah Ikhwan. Dia sedang mengamati dengan kerjanya.

"Wah khusyuk benar kau menulis. Sampai tak pandang aku. Kau tulis apa tu?" Ikhwan mula menjengah kepalanya untuk melihat apa yang sedang di tulis oleh rakannya. Dia mula mengesyaki sesuatu daripada Faris.

Perasan dengan tindakan Ikhwan, cepat-cepat Faris menutup kertas dengan kedua-dua belah tangannya. Dahi Ikhwan mula berkerut melihat perilaku sahabatnya itu. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Ehh apa ni tengok-tengok."

"Hah, aku dah agak dah, ni mesti projek kau tu kan?"

Faris hanya terdiam. Ternyata Ikhwan masih ingat apa yang pernah dia beritahu kepada Ikwan sebelum ini. Walaupun sudah agak lama, masih segar dalam ingatannya.

"Ni hah, kau nak bagi dekat siapa?" tanya Ikhwan. Wajahnya berseri-seri. Ingin benar dia tahu kepada siapa yang Faris mahu berikan 'surat'.

"Fatimah." Balas Faris sepatah.

"Fatimah? Kau biar betul. Kau dah jatuh hati dengan dia ke?" Ikhwan terpempan. Sedikit terkejut apabila Faris mengujar nama Fatimah. Setahunya, Fatimah ini bagus orangnya, tak seperti pelajar perempuan yang lain, tergedik sana sini, bicara pula terlampau galak tak sedar diri. Macam monyet dalam sarkas pula. Perasaan malu jauh terpisah daripada jiwa. Wanita akhir zaman.

Tak semena ingatannya beralih mengenang keadaan pelajar perempuan di sekolahnya. Sebagai seorang ketua pelajar, terbit juga perasaan kecewa dalam diri Ikhwan kerana tak mampu menyelesaikan kekusutan dan masalah yang melanda pelajar. Walaupun sekolah semakin maju membagunan dari sudut infrastruktur dan pembangunan tetapi akhlak pelajar semakin meruntuh. Hanya nama sekolah yang menjadi gah pada pandangan orang ramai. Wal hal, hanya penghuni sekolah itu sendiri yang mengetahui keaadaan sebenar di sekolah itu.

"Haishhh." Ikhwan mengeluh. Tetiba terkenang nasib para wanita pada zaman sekarang. Akhlak semakin tandus dan kebejatan sosial yang semakin parah.

"Kau kenapa Ikhwan? tetiba mengeluh ni." tanya Faris. Sebaik sahaja menyedari roman muka Ikhwan berubah.

"Tak ada apa lah. Kau tu, apa motif surat cinta tu?" Ikhwan menjuihkan mulutnya ke arah sehelai kertas yang sedang dipegang oleh Faris.

"Tak lah, mana ada. Ni bukan surat cinta, tapi surat teguran."

"Surat teguran?"

"Kau nak tegur apa?". Ikhwan kehairanan.

"Hahaha....kau tak perasan ke? Fatimah ni jadi buah mulut budak lelaki lah."

"Jadi buah mulut? Ada kes apa ni? Aku tak faham lah?"

"Ok...sekarang kau bagitahu aku, apa yang aku sedar tapi kau tak sedar pada Fatimah?" Faris bersoal kepada Ikhwan. Ternyata Ikhwan masih belum sedar.

"Setahu aku lah, Fatimah ni bagus, tak banyak cakap dengan orang lelaki. Bukan, aku tak pernah nampak dia bercakap dengan pelajar lelaki. Dia bagus je dari sudut sosial...tapi..." riak wajah Ikhwan mula mempamerkan sesuatu yang baru tercetus dalam benak fikirannya.

"Pakaian?"

"Hah, exactly."

"Jadi kau nak tulis surat untuk dia, semata-mata nak tegur pakain dia lah ni?"

"Tepat." Faris hanya membenarkan sambil mengangguk.

"Kau nak bagi bila?" Tanya Ikhwan sambil jari telunjuknya mengunjuk pada sekeping kertas yang masih dipegang Faris

"Malam ini. Kau nak ikut?"

"Malam ni? Kau biar betul. Sekarang ni dah pukul 1 pagi."

"Hahaha, apa aku peduli. Projek jalan macam biasa." Biasa-biasa sahaja Faris. Ikhwan sudah kenal dengan sikap Faris yang sememangnya terlajak berani. Kawan-kawan sebacthnya pun gelarkan dia ayam jalak. Cocok dengan peribadinya yang berani tak kira waktu.

Walaupun 'projek' mempunyai unsur yang baik, iaitu memberi teguran di atas surat, tapi tindakannya sangat berisiko.

"Tapi kalau yer pun, jangan menempah maut. Mulut senang lah kata berani. Nanti terserempak dengan....hah, tak pasal-pasal tak pergi sekolah esok." Kata Ikhwan. Dia cuba menyembunyikan rasa takutnya.

"Ke kau takut? Faris mengangkat kening dua kali. Sambil tersenyum sinis. Riak wajahnya jelas agak menyindir sahabatnya itu.

"Hahaha, aku mintak maaf aku tak bermaksud pun nak sindir kau." Faris mengucap maaf. Rasa salah pula menyindir sahabatnya itu.

"La ba'sa wa la paksa. Aku ikut kau lah. Atas dasar sebagai sahabat. Kalau apa-apa yang terjadi aku tak nak nama aku terpalit sekali, boleh tak?. Kau tahu kan aku ni pemimpin sekolah. Ikhwan bersetuju untuk ikut Faris.

"Tahu lah. insyaAllah selamat. Yakin je."

"Ok, jom kita pergi."

"Eh kau dah siap tulis?"

"Siap dah."

"Sini aku nak tengok. Tak boleh percaya juga ni, takut-taku terpesong niat kau kan.

Faris menghulurkan sekeping kertas yang penuh dengan tulisan. Sekali baca,tampak terpesona, terselit dengan kata-kata yang memberkas di hati

Seusai membaca, Ikhwan menyerahkan kembali kepada Faris. Ikhwan hanya membalas dengan senyuman. Ternyata dia tertarik dengan isi kandungan dalam surat tersebut.

"Mekar hati bila membaca. Pandai kau buat ayat"

Rindu Tak Diundang 2Where stories live. Discover now