Assalamualaikum Fatimah, semoga sihat selalu. Pertamanya, saya harap sangat awak dapat baca surat saya sampai habis. Tujuan saya manulis surat ini adalah...untuk menyatakan perasaan saya. Sejujurnya Fatimah, sudah lama saya menyimpan perasaan dekat awak. Saya tidak tahu macam mana nak terjemahkan perasaan saya dekat awak selain dari menulis surat. Saya mengaku, saya bukan lah lelaki yang baik, tapi saya harap awak dapat beri saya peluang untuk berubah. Jujur, I love you only, Fatimah.
Yang ikhlas mencintaimu,
Ajis kacak
Faris tersenyum sorang-sorang. Dia teringat kembali isi 'surat misteri' itu. Rupa-rupanya surat itu ditulis oleh...
"Hah!"
Faris terkejut. Tak sempat dia menghabiskan ingatannya pada peristiwa semalam, muncul Ajis di depan mejanya.
"Kau dah kenapa tersengih sorang-sorang ni, dah macam kerang busuk pulak aku tengok kau ni." Tegur Ajis sebaik sahaja melihat rakan sekelasnya itu tersenyum sendiri di tempat duduknya.
"Ehh Ajis...hehehe...takda apa lah." Faris bertonil biasa.
"Hah, inilah jejaka yang kirimkan surat dekat Fatimah tu...harap-harap aku tak kantoi lah" monolog Faris. Masih tersengih seorang diri. Tambah pula melihat air muka Ajis.
Ajis kehairanan.
![](https://img.wattpad.com/cover/227964691-288-k871748.jpg)
YOU ARE READING
Rindu Tak Diundang 2
SpiritualCover by zhrhzyin Rindu Tak Diundang 2 . . "...apa motif kau surat cinta tu?" " surat cinta? bukan surat cinta lah, ni surat..." " hah, baru dia tahu macam mana mata lelaki berfungsi" ucap Faris. Dia menyangka 'projeknya' berjaya. Tetapi mungkin dia...