Sebaik sahaja tiba di kelas, Faris terus mengambil buku teks Sejarah dan buku latihan yang ditinggalnya di bawah meja. Sengaja dia tinggalkan buku di bawah meja, kerana waktu macam ini, kalu dia berjalan membawa buku memang sah lah kena lebal mat riya'!
Waktu petang macam ni mana ada pelajar yang nak study, sudah tentu pergi ke padang melepaskan tekanan mengambil ketenangan dengan bermain.
Berbeza pula dengan Faris, study pada waktu petang sudah menjadi kebiasaan baginya walaupun tidak selalu dibuat tetapi sikapnya yang tidak suka menangguh, menghalang dirinya daripada menghabiskan waktu petang dengan bermain. Pelik tapi benar. Nakal tapi rajin. Itu lah hakikat diri Faris.
"Haishhh, tak main lah aku petang ni, tak boleh sumbat gol lah petang ni." Rungut Faris sambil tangannya masih bergerak menulis jawapan-jawapan yang sudah terpampang di dalam buku teks.
"Assalamualaikum..."
Satu suara mengetuk gegendang telinganya. Lunak sekali suara itu. Pasti suara pelajar perempuan kelasnya. Ya pasti. Tak mungkin pula suara lelaki selembut itu.
Faris tidak mengendahkan penggilan salam itu apatah menoleh muka ke belakang. Kononnya mahu menjaga pandangan. Dia tahu tujuan pelajar perempuan itu datang ke kelas untuk mengambil buku yang tertinggal di bawah meja.
"Faris..?"
Suara itu kembali menerpa ke telinga Faris. Faris tidak mengendahkan suara itu. mungkin dia tersalah dengar.
"Faris...?"
"Faris..?"
Kali ini Faris yakin suara itu memanggilnya. Dia berpaling sedikit wajahnya ke belakang.
"Kenapa Zu?" Tanya Faris setelah melihat kelibat Zuhairah yang sedang berdiri di belakangnya.
"Tak...kau tu hah, aku nak ambik buku Fatimah dekat meja dia, macam mana aku nak ambik kalau kau duduk dekat situ." Ujar Zuhairah sambil bibirnya menjuih ke meja yang sedang di duduki Faris.
"Owhhh, maaf aku tak perasan ni meja Fatimah" Faris segera mengangkat pungunggnya beralih ke kerusi hadapan sebaik sahaja dia menyedari yang dia sedang berada di tempat duduk Fatimah
"Aduhhhh, macam mana aku tak ingat aku boleh duduk dekat tempat duduk Fatimah." Monolog Faris. Terpecik sedikit rasa malu.

YOU ARE READING
Rindu Tak Diundang 2
SpiritualCover by zhrhzyin Rindu Tak Diundang 2 . . "...apa motif kau surat cinta tu?" " surat cinta? bukan surat cinta lah, ni surat..." " hah, baru dia tahu macam mana mata lelaki berfungsi" ucap Faris. Dia menyangka 'projeknya' berjaya. Tetapi mungkin dia...