Hanya aras satu dan dua sahaja ditemani cahaya koridor yang memberi sinar di bangunan sekolah. Bahagian aras tiga dan empat tidak berlampu. Dibiarkan gelap gelita. Waktu telah hampir menjengah 2 pagi. Bangunan sekolah sepi daripada makhluk yang bergelar manusia. Seram sejuk. Itulah perasaan yang mula memanjat diri Ikhwan.
Angin malam menderu lembut menyapa tubuh. Sejuk mula membaluti tubuh. Ikhwan memeluk tubuh kerana terasa benar dingin malam. Faris biasa-biasa sahaja. Riak wajahnya langsung tidak mempamerkan rasa cuak.
Ikhwan melontarkan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.
"Kau kenapa tengok aku macam tu?" tanya Faris.
"Kau tak rasa pelik ke?" Bulu romanya mula meremang.
"Alah...kau kena positifkan fikiran kau tu. insyaAllah tidak ada apa-apa. Yakin Allah ada. Faris meyakinkan Ikhwan. Dia begitu tenang sekali dalam tindakannya walaupun dia sendiri tahu perbuatannya pada malam ini, mengundang risiko tinggi. Mana tidaknya, kalau ditangkap pak cik guard macam mana? kalau perbuatan dia malam ni diketahui pelajar dan guru, macam mana? pelbagai persoalan yang mula menerobos pemikiran Ikhwan yang mula naik cemas dek bimbang kegiatannya pada malam ini diberkas atau diketahui orang.
"Weii, cepat sikit. Aku rasa tak sedap hati"
"Shutttt.." Faris mengisyaratkan jari telunjuknya pada bibir.
Mereka sekarang berada di tingkat empat dan berada di tangga bangunan. Kelas bagi pelajar tingkatan 5 berderetan sepanjang koridor hingga ke hujung bangunan. Tanpa melengahkan masa, mereka menapak ke kelas 5 Hikmah hanya selang dua kelas dari tangga bangunan. Derapan tapak kaki diperlahankan. Mereka berwaspada dengan rondaan pak cik guard yang bila-bila masa sahaja. Sebaik sahaja sampai kelas tersebut, mereka terus memasuki kelas dan mencari meja Fatimah. Pencarian tersebut tidak mengambil masa yang lama disebabkan tempat duduk Fatimah sudah dalam pengetahuan Faris.
Faris tunduk sambil lampu suluh miliknya menyuluh ke arah bawah meja Fatimah. Ikhwan hanya berdiri di belakang Faris. Menunggu temannya menyelesaikan 'projeknya' itu.
"Aikkk?" Dahinya berkerut.
"Kenapa Faris?"
"Surat?". Faris menarik keluar sepucuk surat yang berada di bawah meja Fatimah.
"Ehh, surat siapa tu?" tanya Ikhwan.
"Entah lah...lantaklah...". Faris menukarkan 'surat misteri' dengan suratnya. Surat misteri itu disimpan dalam poket seluarnya.
"Ok settle, jom." Mereka beredar dari kelas dengan segera.
YOU ARE READING
Rindu Tak Diundang 2
SpiritualCover by zhrhzyin Rindu Tak Diundang 2 . . "...apa motif kau surat cinta tu?" " surat cinta? bukan surat cinta lah, ni surat..." " hah, baru dia tahu macam mana mata lelaki berfungsi" ucap Faris. Dia menyangka 'projeknya' berjaya. Tetapi mungkin dia...