Zuhairah segera mengambil buku Fatimah yang ditinggalkan di bawah mejanya. Sebaik sahaja selesai mengambil buku, matanya sempat melirik ke arah buku milik Faris yang dibiarkan terbuka
"Memang sah kau Faris." Desus hati Zuhairah.
"Ok Faris, dah settle." Laung Zuhairah dari belakang. Dia melangkah keluar dari kelas.
Faris membatu. Dia hanya menunggu Zuhairah keluar dari kelas itu.
"Faris, boleh tak aku nak tanya kau sikit?" Zuhairah kembali bersuara. Kini dia berdiri berhampiran dedaun pintu kelas.
"Tanya apa?" Segera dia menala wajahnya ke arah Zuhairah. Hanya dia dan Zuhairah sahaja terlihat di dalam kelas itu. Perbuatan itu dapat mengundang fitnah kepada pelajar-pelajar lain.
"Sebelum-sebelum ni, kau ada tulis surat tak?" Tanya Zuhairah.
Segera ingatan Faris kembali kepada surat yang ditulisnya pada 2 hari yang lepas untuk Fatimah.
"Takde. Takde tulis apa-apa surat." Faris cuba berlakon menipu. Hatinya sedikit cemas, tapi riak wajahnya memainkan peranan utama. Mimik wajahnya tidak mempamerkan kegelisahannya. Dia cuba cover agar perbuatannya tidak mudah terkantoi.
Yer ke? Zuhairah masih mensyakki sesuatu.
Yer betu lah. Faris cuba meyakinkan Zuhairah dengan jawapannya.
"Aku tahu lah tulisan kau tu canti, macam tulisan orang perempuan. Cikgu pun dah iktiraf tulisan kau macam tulisan perempuan, tapi agak-agak lah kalau nak tipu...hahahaha." Dia sedikit tersenyum bila mengenang kembali, 'operasi' dia dengan Fatimah mencari gerangan tuan tulisan yang tertulis di dalam surat itu.
Mudah sahaja untuk mencari tulisan itu sebab sikap pelajar lelaki memang suka meletakkan buku di bawah meja. Boleh di katakan semua pelajar lelaki di sekolah ini, memiliki sikap ini.
"Tulisan kau sebijik macam dalam surat tu.aku tahu lah kau tegur dia pasal pakain bukan? Tudang singkat bukan? Handguard dia tak pakai kan?" Sambung Zuhairah setelah melihat reaksi Faris yang sedang 'beku' dengan penerangannya itu.
Apa reaksi Fatimah? Tanya Faris. Dia terpaksa terima hakikat bahawa 'projeknya' telah terkantoi!
"Fatimah...dia...."
Tak semena-mena mata Faris singgah pada kain baju kurung yang sedikit kelihatan di balik pintu belakang itu. Tahu lah dia yang Zuhairah tidak keseorangan.
"Fatimah menangis."
"Hah? Menangis?" Faris sedikit terpempan.
"Kenapa menangis?"
Yer lah, bila dia baca surat tu, baru dia tahu dia jadi mata-mata bagi pelajar lelaki. Perempuan baik dia takkan suka kalu dia menjadi perhatian lelaki kerana pakaiannya. Jelas Zuhairah.
"Hah, baru dia tahu macam mana mata lelaki berfungsi" Ucap Faris. Dia sedikit teruja. Dia menyangka bahawa projeknya itu berjaya. Tetapi mungkin dia tidak sedar bahawa 'dia sudah mengundang perasaan yang tak diundang.'
"Sebelum-sebelum ni takkan takde orang yang tegur Fatimah?" Giliran Faris pula untuk menyoal.
"Errr..." Zuhairah berkira-kira untuk menjawab soalan itu. patutkan dia jawab atau hanya menyimpan rahsia antara dia dan Fatimah?
"Ah...tu hal perempuan, kau tak perlu tahu pun." Jawab Zuhairah. Dia mengawal nada suaranya agar tidak terlalu keras didengar.
"Ok" ringkas sahaja daripad Faris. Bagi dia dapat membuat Fatimah menangis kerana teguran itu sudah memadai baginya.
"Ok lah Faris, sambung lah study tu, maaf ganggu kau" Zuahirah terus melangkah keluar kelas dan diekori pelajar yang berlindung di balik pintu.
Alangkah terkejutnya Faris apabila mendapati pelajar yang berlindung di balik pintu itu adalah Fatimah!

YOU ARE READING
Rindu Tak Diundang 2
SpiritualCover by zhrhzyin Rindu Tak Diundang 2 . . "...apa motif kau surat cinta tu?" " surat cinta? bukan surat cinta lah, ni surat..." " hah, baru dia tahu macam mana mata lelaki berfungsi" ucap Faris. Dia menyangka 'projeknya' berjaya. Tetapi mungkin dia...