Author's pov
"mana Zafran ni? Dah sejam lebih aku tunggu dia masih tak turun-turun lagi. Dia tu nak pakai baju ke buat baju ? Semak tul!" Bebel Spencer yang dari tadi ralit menonton drama korea di depan tv.
"entah. Kau pergi la tengok dia kat bilik" kata Ayden yang masih setia bermain pubg dalam handphonenya.
"malas ah. Lantak dialah nak pakai baju ke, nak buat baju ke , nak basuh baju ke , nak beli baju ke , nak..." kata-kata Spencer terhenti apabila melihat Zafran yang sedang makan dan siap berkot blueblack di meja makan.
Spencer berdehem seketika dan sambung menonton drama korea.
"wooo winner winner chicken dinner! . Wuhuuuuuu!!" sorak Ayden sambil menggelek bontotnya , tangan diangkat ke atas sambil menggoyangkan tubuhnya.
Spencer yang hampir menangis menonton drama korea terkejut dengan sorakan Ayden.
"Woi! Kacau je aku tengah feeling ni!!" jerit Spencer sambil mengetuk kepala Ayden dengan remote tv. "auch! How dare you!!" kata Ayden.
"baik korang takyah balik KL la kalau nak gaduh macamni! Kang takpasal aku bagi terajang sampai Italy balik!" kata Levi yang datang dengan segelas air susu di tangan.
"muka garang tapi minum air susu macam budak kecik" bisik Spencer kepada Ayden. Ayden hanya mengangguk dan mereka sama-sama menahan tawa.
"Aydan mana?" soal Zafran tiba-tiba. Malas nak layan beruk-beruk tengah gaduh tu.
"Aydan dalam bilik dia lah, tengah kemas barang" kata Levi. Zafran hanya mengangguk faham.
"woaaaa ! Cantiknyaa Husna!!" kata Kris yang datang dari arah dapur dan tidak berbaju .
Semua yang berada di situ memandang Husna yang sedang perlahan-lahan menuruni tangga . Zafran sudah tersenyum melihat Husna.
"ehh, baju kaler samalah. Ada pape yang aku terlepas ke ni? Korang couple eh? Habaq ler takyah nak memalu" kata Spencer sambil mengangkat keningnya dengan senyuman mengusik.
Zafran hanya menghadiahkan jelingan maut kepada Spencer. Pipi Husna kelihatan sudah merah dek pujian dari jejaka-jejaka handsome didepannya itu.
"Korang nak pergi mana ni?" Soal Aydan sambil menuruni tangga dan berhenti di belakang Husna .
"Zafran nak aku bawak dia dengan Husna pergi mall , orang baru sampai KL dah ajak keluar. Menyusahkan betul" kata Spencer dengan nada menyampah.
"kalau Spen ikut, aku pun nak ikut lah" kata Kris dengan teruja.
"pergi la korang berdua dengan kereta lain , better aku drive sendiri, jom Husna" kata Zafran dingin. Husna hanya mengikuti langkah Zafran.
"elehhh, jom Kris kita pi jejalan kat KLCC" kata spencer .
"haaa boleh jugakkk jom"
"ko nak pergi pakai apron tu ke senget!"
"aku nak ikut jugak" kata Faris.
"aku pun nak ikutt~" kata Ayden pula.
"okehh jom kita angkut semuanyaaa. Aydan?" soalan Spencer membuatkan mereka tertoleh kearah Aydan yang berpeluk tubuh."tak payah keluar semua . Kerja korang kat office dah bertimbun siapa nak siapkan?" kata Aydan mendatar.
"dah datang dah Aydan si harimau Jantan tagunaa" kata Kris perlahan. Ayden, Spencer, dan Faris mengangguk sambil mata membulat dan mulut memucung .
YOU ARE READING
Saranghae Encik Mafia✔
RomanceARIANA HUSNA ialah seorang gadis yang periang dan mudah terhibur dengan keadaan sekeliling . Dia diminati ramai , oleh kerana sifatnya yang mudah bergaul dan rupa parasnya yang dapat menggugat iman setiap lelaki yang melihatnya . Akan tetapi , semua...