chap 11 💖

1.1K 53 5
                                    

Aku membuka mata dan terus bangun dari pembaringan. Aku memandang sekeliling, aku berada di dalam bilik Zafran.

Aku menunduk ingin melihat perutku. Tanganku mula menggosok lembut perutku yang sudah sedikit memboyot ini.

"Maafkan mama ya, sayang. Maafkan mama sebab pernah ada niat nak gugurkan kamu. Maafkan mama" kataku dan mula menitiskan air mata.

"dah dah la tu mintak maaf dengan baby. Baby macam papa dia, mudah maafkan orang. Dah dah takmau nangis nangis . Nanti papa pun sedih ,baby pun sedih tengok mama nangis macam ni" pujuk Zafran yang entah bila ada disebelah aku . Zafran menarikku ke dalam pelukannya untuk menenangkanku , aku juga turut memeluknya dan menyembamkan mukaku ke dada Zafran.

"Dahla tu menangis. Jom turun makan? Semua orang dah tunggu kat bawah tu" aku mengangguk dan meleraikan pelukan.

Aku berjalan beriringan keluar dari bilik bersama Zafran.

"Zafran..saya boleh jalan la" kataku apabila Zafran sudah mula ingin mendukungku menuruni tangga.

"mana boleh! Nanti jatuh! Saya sayang anak saya tu tau!" katanya.

"ohh awak sayang baby jelah? Mama baby awak tak sayang?! Saya ni preggy mommy je. Bukannya kaki saya tercabut ke apa"

"dua-dua saya sayanglah! Sekarang ni biar saya dukung mama baby dengan baby sekali!"

"tak payah"

"ahh saya tak peduli!" kata Zafran dan terus mendukungku menuruni tangga . Dia ni memang keras kepala! Degil sangat!

"anak mama jangan jadi macam papa tau! Jangan degil macam papa tau" kataku sendiri sambil menggosok perutku. Zafran sudah menghadiahkan jelingan maut kepadaku dengan mulut dimuncungkan.

"hoi! Takpayah nak bersweet lah! Aku dah lapar ni!! Cepat sikit nohh!" jerit Ayden.

Zafran meletakkan aku di hadapan Chan dan bersebelahan dengannya.

Apabila semua ada di meja makan, mereka terus mula makan.

"kenapa tak baca doa dulu?" soalku sengaja nak cari pasal . Tiba-tiba mereka semua memandangku dengan pandangan pelik.

"apa? Baca doa la nak makan kan?" soalku lagi. Aku mula membuat gaya ingin berdoa.

"emm Husna, kita dua jelah ye baca doa? Diorang semua bukan islam , saya sorang je islam antara mereka" kata Faris. aku hanya mengangguk.

"allahhummabariklana fima razaktana wakina azza bannar, amiin"
Aku mengaminkan doa yang dibaca oleh Faris tadi . Tapi aku pelik akan sesuatu. Kenapa masa Faris baca doa tadi Zafran pun tadah tangan dan mengaminkan doa jugak? Sedangkan yang lain hanya diam saja .Dia dah masuk islam ke?. Ahh lantak dialah.

Aku mula makan makanan dihadapan aku.

"aku nak korang stay kat rumah aku yang lain . Mansion ni aku nak tinggal dengan Husna je" kata Zafran apabila dari tadi berdiam diri.

"okey Encik Zaf...."

"alaaa...mana boleh! Kalau diorang pindah mesti Faris dan Spencer pun pergi kan? Kalau Faris dan Spencer takde siapa yang nak jadi geng membawang dengan saya ? Nanti saya sunyi, baby pun sunyi" kata-kata Spencer laju dipotong olehku. Chan dihadapanku kelihatan seperti menahan ketawa dari meletus.

"Apa? Sampai hati Chan gelakkan Husna!!"

"Mana ada" kata Chan. Fuhh dia ni suara dia memang menggugat iman aku jek. Tapi sayang, tak banyak cakap macam Spencer , Chan selalunya macam orang bisu je. Kalau aku tanya pun dia hanya balas dengan anggukan atau gelengan kepala. Dia hanya jawab soalan yang penting sahaja.

Saranghae Encik Mafia✔Where stories live. Discover now