chap 14 💖

905 40 2
                                    

Seusai sarapan pagi, aku berjalan ke arah ruang tamu yang besar ini dengan segelas banana milk di tangan. Kelihatan Aydan, Spencer,Kris dan juga Faris sedang menonton drama korea manakala Ayden seperti biasa, sedang bermain Pubg.

"Hey boys" sapaku sambil mendaratkan punggung ke atas sofa di sebelah Aydan. Fuhh seram pulak aku duduk tepi Aydan ni. Muka dia tu macam nak ajak gaduh. Tak macam Ayden. Muka Ayden lebih kepada babyface lagi.Mula-mula tengok memang nampak sama je muka kembar ni tapi lelama boleh nampak sedikit perbezaan. Sikit jelah, diorang tak banyak beza pon.

"hey preggy mommy" kata Kris pula aku hanya tersenyum ke arahnya.

"Jin mana?" soal Spencer tiba-tiba. Haa ni jin jembalang apa pulak dia tanya ni haaa.

"jin apa?" tanyaku sambil mengerutkan kening.

"Zafran laa" kata Spen.

"ohh ingatkan Spen tanya jembalang apa lah tadi. Zafran ada kat atas, tengah buat kerja maybe? Sebab dari tadi lagi hadap komputer dia tu" aku mula meneguk air susu pisang ini. Hahhh sedapppp.

"hmm buat kerja lah tu. Dia memang workaholic dari dulu lagi haa"

"mengata aku lagi lah tu" Zafran yang datang entah dari mana menghadiahkan jelingan maut kepada Spencer. Tangannya setia di dalam poket seluar jeans nya.

"Sayang, saya harini busy sikit lah. Ada masalah sikit kat A.Z entertainment. Kejap lagi saya kena keluar, nak handle benda tu. Tak sure boleh balik pukul berapa. Kalau saya balik lewat nanti awak tidur dulu eh? Sorry" terang Zafran panjang dan lebar.

"yelahh. Lagipun dalam rumah ni bukannya saya sorang-sorang pun. Spen ada, Faris ada haaa" kataku.

"kan Husna kan? Spen boleh temankan. Kalau Husna lapar, Faris boleh masak!" kata Spencer dengan memek muka comel. Haa that's why aku suka berkawan dengan Spencer muahahahahaha.

Pakk!

Satu pukulan selamat mendarat di atas kepala Spencer.

"aduhh! Sakitlah anjing!"

"memandai je kau ek" kata Zafran lalu melangkah ke arah dapur dengan jelingan tajamnya.

"alaa aku nak pastikan je, yang Husna selamat dalam rumah ni then kau tak perlu nak risau! hak alahhhhh!!" jerit Spencer apabila Zafran sudah jauh berjalan ke dapur.

"atotototo kesiannya Spender aku ni alulululu meh sini meh mama peluk kesiannya huuuu" pujuk Faris sambil berpelukan dengan Spencer Yang sudah mencebik. Err geli pulak aku nengokkk. Gay! Euww..

"dasar gay" kata Chan yang datang dari arah tangga. Haishh dua ketul tu tak pernah tak buat aku terhibur.

Setelah beberapa minit berdiam diri..

"Ni first time Husna datang Korea ni" kataku membuka bicara. Cewahh.

"Sebelum ni memang tak pernah datang ke?" soal Spencer.

Pakk! Buat kali keduanya kepala Spencer menjadi mangsa kekejaman tangan Faris pula .

"boleh bodoh aku wehh! hari-hari kena cepuk dengan korang! Nak gitau daddy aku nanti korang tunggu lah!! Aku cakap kat daddy aku! Kau tungguuuu!" Kata Spencer sambil membuat gaya seperti menangis.

"dah kau memang bodoh tak makan sayur pun! Kau ingat semua orang takde keje macam kau ke?! Asyik nak travel sana sini" kata Faris.

"aku ada kerja la babun!!!" jerit Spencer pula. Perbalahan tersebut berlarutan sehingga...

"Alang-alang Ni first time Husna kat sini apa kata kita pergi jalan-jalan nak? Aku dah lama tak makan tteobokki Makcik Kiah tu" kata Ayden tiba-tiba.

"kau makan winner dinner chicken kau tu lahh!! Asal stop main pubg kau tu? Bateri habis?" kata Spencer sambil menaikkan kedua belah keningnya.

"aikk? Kat sini pun ada orang nama kiah jugak ke? Pelik bebenorr" soalku kehairanan. Yelahh aku tak sangka pulak Makcik Kiah sebelah rumah aku tu ada nama korea?

"tak Husna. Nama makcik tu Jang Ki Ah. jadi Ayden, dia buat buat bijak beruk sebelah rumah sepupu Faris, panggil makcik tu makcik Kiah. so,kami pun panggil macam tu jugak lah, sekian daripada saya, Mr. Spencer William" kata Spencer dengan bangganya.

"sejak bila aku ada sepupu ni?" tanya faris Pula.

"Sepupu sebelah ayah kau lahanat. Kita pergi haritu kan astu aku tengok sebelah rumah dia ada dua ekor beruk tengah beromen" kata Spencer sambil meniup kukunya yang bersinar itu.

"astaghfirullahhal'azim Spen! Masyaallah Spen! Kau tengok beruk tengah beromen!? Kesian beruk tu dinodai!" Faris berkata sambil menekup mulut.

"ok dah dah! Kat mana kita tadi?" soalku ingin kembali ke topik asal.

"kita di korea" kata Spencer lagi.

"no, i mean. Kita tengah bincang topik apa tadi?"

"Ayden ajak pergi jejalan?"

"tak. Ye. Tak bukan yang tu.
Haa ye betullah yang tu" kataku lagi. Aku ni pun dah tak betul dah layan diorang ni huihh.

"ok. Tak 50%. Ye 50% "

Aku menayangkan muka blur kepada Spencer.

"ok tak tak. Ayden ajak jejalan kan so, nak pergi dak korang?" soal Spencer.

"tak benda sekarang ni kita dekat office tu ada business spy, kan?! Projek baru kita ada orang ciplak dah! So, we should do something!" bentak Aydan yang datang dengan riak garang.

"small matter lah! Guys, lets do our job. Kajja!" kata Kris dan terus berlari ke arah satu bilik yang agak misteri bagi aku. Entah bilik apa sampai kena tutup dengan dinding besi bagai.

"alpha team! Fighting!!" jerit Ayden.

Aku bermain dengan telefonku di dalam bilik. Yang lain dah keluar kemana entah! Jadi yang tinggal hanyalah aku, Faris dan Spencer.

Spencer sedang mandikan Hemitto di halaman rumah agam ini manakala Faris pula sedang memasak sambil karaoke lagu P.Ramli .

Aku hanya berkurung diri didalam bilik aku dan Zafran sambil berjalan melihat setiap sudut bilik yang sama luas dengan Kondo aku dan Nadia di KL. Ni bilik tau bilik! Dah luas macam tempat tidur gajah dah!

"aaaaaa bosannyaaaaaaaa!" jeritku sambil menggeliat di atas katil yang empuk ni. Keropok potato di meja tepi katil aku capai. Ni dah masuk tiga bekas potato dah ni Zafran masih tak balik lagi.

Tadi dia keluar pukul 12.00 tengahhari sekarang dah pukul 3.00 petang dah.

Aku tunggu dan terus tunggu. Sampailah aku tertidur.

Aku membuka mata kerana suhu yang terlalu sejuk membuatkan aku tidak nyaman. Jam di dinding aku pandang sekilas. Pukul 8.00 malam.

Aku berjalan keluar dari bilik dan menuruni tangga.

"Faris?" panggilku.

"Faris!?" Nadaku sedikit meninggi dek kerana tiada sahutan.

"Far...."

"Ya Husna! Saya kat luar ni!" kedengaran jeritan Faris dari luar rumah.

Aku berjalan menuju keluar rumah ini dengan lagak biasa.

"Hai Husna" Sapa Faris.

"aaaarggggghhhh!!!"

tbc ❤ .

Voteeee 😆💜 .

Saranghae Encik Mafia✔Where stories live. Discover now