AKU berjalan di jalan yang dikhaskan hanya untuk pejalan kaki sambil berpeluk tubuh kerana sedikit kesejukan .
Perasaan takut mulai datang apabila aku menyedari bahawa laluan ini langsung tiada orang yang lalu lalang . Rumah mahupun bangunan langsung tidak kelihatan .
Tapi nasib ada lampu jalan yang menerangi setiap perjalananku .
"Zafran....." rintihku .
Airmata mula mengalir dengan deras aku biarkannya mengalir tanpa disapu .
"Zafran......mana awak ? Awak tak apa apa kan ? Saya tahu awak kuat , Zafran . i'm sorry dear hks hks" aku menangis dan terus menangis .
Perut yang dari tadi terasa sedikit menyengat aku gosok dengan tanganku . Lembut .
"Sayang . Anak mama . Anak mama kena kuat tau . Nanti papa dan mama sedih kalau kamu takda . Sayang kena kuat ! Sebab kamulah pembakar semangat mama . Kalau bukan sebab kamu, mama takkan lawan penjahat tadi. Mama mungkin dah mati di tangan penjahat tadi"
"Kamu kena kuat! Hiks.. hks . Kita kena kuat! "
Aku penat . Sesungguhnya aku penat untuk terus berjalan . Aku menangis lagi .
Aku mengelap sisa airmata setelah 15 minit berjalan aku melihat banyak bangunan dan juga sinaran lampu yang menandakan aku berada di bandar .
Aku tersenyum tawar. Meskipun diri sudah keletihan tapi aku gagahkan juga untuk berjalan .
Kebetulan aku melihat ada tandas awam berdekatan aku terus berjalan untuk masuk ke situ.
SPENCER berjalan ke arah bilik Zafran dan kelihatan Zafran yang sudah dirawat oleh doktor Kim.
Spencer menjeling kepada Zafran kerana sedikit marah kepada zafran oleh kerana perkara yang berlaku beberapa minit sebelum.
Zafran hanya menayangkan muka seriusnya. Oleh kerana matanya yang tajam dan juga sepet itu menyebabkan mukanya kelihatan garang.
45 minit sebelum....
Zafran yang terlantar sambil memegang perutnya yang berdarah di atas jalanraya itu dikerumuni orang ramai.
Spencer dengan lajunya datang bersama beberapa orang bawahan Zafran untuk mengangkat Zafran dan dibawa ke mansion nya.
"Hus...husna!" kata Zafran sambil gagahkan diri untuk berdiri.
"Kau tu cedera la bodoh!" kata Spencer separa menjerit.
"Husna tu mengandung kau tahu?! Kau ingat selamat ke perkara macam ni berlaku pada dia?! "
"jin, Husna tu hanya umpan untuk kau pergi jumpa Tae Gyeol tu lah! Kalau kau pergi sekarang kau takkan dapat Husna semudah yang kau sangka!" kata Ayden yang datang sambil tangan kanannya setia di dalam poket seluarnya .
"aku boleh jalan sendiri lah! " Zafran menolak Spencer sehinggakan lelaki itu jatuh .
"how could you.."
"dah, bangun Spen" kata Zafran sambil menghulurkan tangannya kepada Spencer. Dia tahu yang si Spencer itu tersinggung dengan perbuatannya tadi.
Zafran mengambil telefonnya di dalam jaketnya lalu nombor Kris didailnya.
"Kris"
"yes man ?"
"check location phone Husna . Hack kereta anjing Tae Gyeol. Apa apa info update aku terus , you know what to do right ?" .
YOU ARE READING
Saranghae Encik Mafia✔
RomanceARIANA HUSNA ialah seorang gadis yang periang dan mudah terhibur dengan keadaan sekeliling . Dia diminati ramai , oleh kerana sifatnya yang mudah bergaul dan rupa parasnya yang dapat menggugat iman setiap lelaki yang melihatnya . Akan tetapi , semua...