02

296 66 57
                                    

Ini kisah Dim Chae Part II

Siapa kata siapa RIP Dim Chae?

Semua tu tak berlaku pun. Yang berlaku sekarang ini adalah, sejak dari insiden kali kedua aku sepak bola sampai berdarah hidung K..., kami telah menjadi rapat.

Bagus jugalah kan. Sama adil. Aku merah di dahi, dia merah serta berdarah di hidung. Haha- kan ada bau-bau nasi minyak kat situ. Wkwkwkwk...

"Aku tahulah nama kau sama makna dengan kimchi ni. Tapi perlu ke bagi aku kimchi?" K menyoal. Kedengaran agak sinis. Tapi aku tahu dia tak maksudkan apa-apa.

"Yes, perlu. Sangat perlu." Balasku selamba, masih setia kedua-dua belah tangan hulur satu beg kertas agak besar berisi bekas tupperware berisi kimchi turun termurun keluarga dan juga beberapa lauk-pauk yang lain.

Datang ke apartment dia semata nak bagi makanan. Hewhew. Itu cuma alasan je. Alasan aku, nak jumpa dia. Kami berjumpa di tingkat bawa saja. Tak naik pun. Gila nak naik, masuk rumah lelaki?

Haha-malu itew.

Tambahan, apartment dia setahu aku tiada siapa. K duduk seorang diri. Mak ayah pula duduk merantau di Jepun. Dia pula tak nak ikut pindah. Jadi dia duduklah di sini.

"Haha kenapa pulak?"

"Nickname sunbae K. K untuk kimchi. Jadi orang bagi kimchilah. Nah, Kimchi untuk abang K. Hekhek. Sweet kan?" Kening dijungkit beberapa kali, buat muka cute semata nak tarik perhatian dia supaya terpikat kepada aku,

si Dim Chae.

Reaksi K hanya kosong mendengar ayat cringe dari aku. Aku ingat dia terharu atau ter-melting. Namun semua itu hanya dari imaginasi romantik aku aje.

K tiba-tiba ketawa dan kali ini dia gelak besar.

"Errr, celah mana lawak bang?" Aku bengkek mendongak merenung wajah kacak K. Sementara dia masih terbahak-bahak.

"Eee bencilah! Orang serius dia main-main." Riak wajahku bertukar masam. Pipi dikembungkan sebal.

"HAHAHAHAH. Takdelah, mana kau belajar frasa K untuk kimchi? Sweet? Hahahahahahah! Boleh tahanlah sweet. Tapi kalau kau bagi aku benda lain maybe lagi sweetlah."

"Malaslah kawan. Dahlah. Orang baliklah."

"Hahaha eh eh eh. Nantilah dulu. Merajuk pulak da dia." Lengan aku ditarik lembut oleh K. Halang aku dari terus beredar.

Aku masih masam mencuka.

"Hahaha. Betul what aku cakap? Kalau kau bagi benda lain aku rasa bertambah-tambah manis kot hubungan kita." K melakar senyum di hujung bibir merahnya sambil kedua-dua belah tangan masih terseluk cermat di dalam poket seluar.

Err, hubungan kita? Aku blur. Apa maksud?

"Okay, bagitahu orang. Sunbae nak apa selain makanan ni? Biar bagi bertambah manis?" Soalku acuh tak acuh. Acah-acah masih merajuk!

"Hmmm...nak apa eh?"

"Apa dia? Cakaplah. Manatahu boleh tunaikan. Tapi janganlah benda mahal. Takde duit. Setakat belanja aiskrim bolehlah." Seloroh aku.

Kimchi Jjigae ; JjkWhere stories live. Discover now