Kimchi Jjigae
Aplikasi Instagram sejak tadi terbuka.
Bahagian foto-foto yang di-archive ditatap kosong, lama. Selepas scroll phone, Jeon Jungkook scroll lagi dari atas sehingga habis. Dan scroll lagi, ulang perkara sama. Untuk beberapa ketik, dia kekal sebegitu.
Archive
Nafas berat dihela sesak. Akhirnya, aplikasi Instagram ditutup. Skrin smartphone sejak tadi bercahaya kini mula menghitam. Gajet pintar itu kemudian diseluk masuk ke dalam poket seluar.Jungkook ambil keputusan untuk keluar dari kamar seluas sebuah apartment memandangkan hari ini dia belum lagi keluar bersiar.
"Tuan Muda.., Tuan Muda nak makan? Acik boleh hidangkan sekarang." Salah seorang orang gaji yang telah lama berkhidmat dalam keluarga bangsawan itu menegurnya.
"Takpe, acik June. Saya nak keluar."
"Tapi kamu belum makan sejak pagi, ni dah masuk petang. Nanti kamu sakit." acik June tampak risau akan anak majikannya yang langsung tak ceria sejak akhir-akhir ni.
"Gwaenchana. Kook okay. Kalau mati, tinggal inform eomma dan appa. Itu pun belum tentu dorang nak balik tengok mayat anak dah terkujur."
Wanita separa abad yang telah itu tersentak dek mulut lancang lelaki muda itu. Tanpa menunggu jawapan acik June, Jungkook menapak selamba keluar dari kawasan rumah dengan hanya mengambil bas nombor 11 ; jalan kaki menuruni jalan tar yang berbukit landai.
——————
Sempena pembukaan restoran kimchi turun-temurun keturunan Dim yang baru di Jalan Daechwita, Seoul.., Dim Chae telah jadi seorang anak yang baik tolong mak pak edar flyers kepada orang awam yang lalu-lalang di sekitar restoran baru itu memandangkan kawasannya terletak agak strategik di tengah bandar.
YOU ARE READING
Kimchi Jjigae ; Jjk
Fanfiction-Bila si Kimchi dimwit yang telah berjaya move on bertemu Jiggae yang masih sendu. Author note : saja publish. aku bosan...