Ini kisah Dim Chae part III
Snap!
Snap!
Snap!
Snap!
"Uih, comey aku harini hasil make-up dari subuh. Agak-agak dia puji aku tak nanti? Belalak tak mata dia melihat kecomelan Dim Chae? Ahaks!" beberapa keping gambar diambil berlatar belakangkan kawasan lotte world yang megah dan hari ini pasti hari yang paling bahagia buat aku!
Teruja! Ini kali pertama aku ke sini. Dan kali pertama aku akan membina banyak memori-memori indah bersama sang abang K. Huks!
Banyak perkara kami boleh buat di sini.
Sesekali sepit rambut diperkemas. Check lubang hidung ada najis tak. Check najis mata, najis gigi. Aku belek wajah dari pantulan kamera smartphone.
Hari ni aku cuma mengenakan jeans dan blouse berwarna pink nude. Rambut pula aku biar lepas jatuh hingga ke paras dada.
Snap!
Snap!
Snap!
"Alahai ayu nya kita!" Done puji diri sendiri. Siapa yang yang nak puji jikalau bukan kita. Scroll punya scroll aku dapat sekeping gambar yang nampak menyerlah dari yang lain hasil dari tangkapan tadi. Aplikasi Instagram dibuka.
"Caption ; tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia, siapa yang tahu. Hari ini kita pergi bersiar, bersama-sama si buah hati. ♡."
Eh. Aku berkerut.
Macam tak kena aje pantun. Tukar. Tukar. Delete balik.
"Caption : have a nice day." k done! Uploa—
Oh tak. Aku geleng kepala. Tak boleh upload. Kalau Babiy dengan Chanee tahu aku pergi Seoul, Lotte ni tak ajak dorang, ayo masak aku. Lagi-lagi dorang belum tahu lagi K ajak aku keluar hari ni. Tak, aku tak boleh upload dulu.
Hold on.
Nafas berat dilepaskan lemah. Hurm...spoil.
Aku ambil tempat di sebuah bangku panjang sementara menunggu K. Kami pergi asing-asing disebabkan K ada hal jadi terpaksalah aku naik train dari Hanam ke Seoul seorang diri.
Nasib baik aku ni gamble.
Nampak gaya, batang hidung K takde nampak lagi. Yang ramainya manusia lain dan pasangan couple lain. Outfit mereka boleh buat aku mengamuk insecure.
Macam biasa, bila menunggu aku mula bosan. Nak stalk instagram K tak boleh pulak. Instagram dia pun takde update. Bukan setakat tak update, akaun pun tak ada. Haih, kuno-nyalah mamat ni. Tapi populariti dia boleh tahan. Berapa puluh sekolah kat Hanam disrict ni, semua kenal dia.
Kalaulah dia buka akaun instagram baru, aku jamin mesti lagi ramai fangirl dia. Mesti followers laju macam air naik.
Jadi aku scroll-scroll worldwide feed instagram lihat video meow, masak, kucimg, cooking, tiktokers, dan...
YOU ARE READING
Kimchi Jjigae ; Jjk
Fanfiction-Bila si Kimchi dimwit yang telah berjaya move on bertemu Jiggae yang masih sendu. Author note : saja publish. aku bosan...