Indah pada waktu-Nya

34 2 0
                                    

Aku kembali merenung surat tawaran sambung belajar ke Imperial College London itu berulang kali sejak dari pagi tadi.Aku teragak-agak untuk memberitahu Abah dan ibu tentang surat tawaran tersebut.Jujur! Ini adalah antara impian aku sejak dari dulu untuk melanjutkan pelajaranku sehingga ke menara gading bahkan impianku adalah untuk melanjutkan pelajaran sampai ke luar negara dan Ya! Hari ini aku sudah mempunyai peluang terbesar untuk mencapai impianku yang satu ini.Tapi aku takut untuk berharap sepenuhnya,Abah dan ibu tentu tidak mempunyai wang yang cukup untuk menanggung pelajaranku selama aku berada di luar negara nanti.Lain dengan bayaran sewa rumahnya,lain dengan perbelanjaan alat sekolah,lain dengan perbelanjaan peribadi dan banyak lagi yang aku fikirkan.Jadi aku kena terima hakikatnya yang aku takkan dapat melanjutkan pelajaranku sampai ke luar negara.Aku cuba redha dengan ketentuan yang Allah berikan,mungkin ada hikmah disebalik semuanya ini.

"Mawar ? Kenapa masih tercegat dekat situ ? Marilah duduk sini dengan ibu! " laung ibu dari bawah rumah.

"Betul tu ibu,kakak tu dari tadi asyik termenung aje dekat pintu tu.Tak tahulah apa yang difikirkannya" adik bongsuku sudah sibuk mahu mengusikku.

Biasanya apabila petang,keluarga kami tidak pernah ketinggalan untuk mengambil sedikit masa yang terluang untuk minum petang bersama.Abah yang menyuruh kami semua berbuat demikian,katanya untuk mengeratkan hubungan silahturahim kami sekeluarga.

"Ehm arh ok ibu.Kejap lagi Mawar turunlah" balasku lalu segera meletakkan surat tawaran tersebut ke dalam almari bajuku.Aku berharap ibu takkan dapat jumpa surat tawaran tersebut.Ya! Aku yakin ! Aku lebih rela untuk tidak menyambung pelajaranku ke luar negara daripada melihat ibu dan abah bersusah payah untuk mencari duit bagi membiayai segala kebutuhanku disana nanti.

***

"Mak Cik Syera cakap Mawar dapat surat tawaran sambung belajar.Betul tak Mawar ? " nahas! Ibu dah tahu rupanya.

"Erk ah ada ibu.Baru tadi Mawar dapat." aku cuba mengawal getaran suaraku.Uh!jangan sampai ibu tahu aku dapat tawaran sambung belajar ke luar negara.Aku tak mahu ibu atau Abah susah hati lagi.

"Dapat tawaran sambung belajar dekat mana Mawar ? " giliran Abah pula menyoalku kali ini.

"aah Mawar.Sambung mana? " ibu turut serta bertanya.

Syukur Alhamdulillah! Akhirnya doaku terjawab hehe.. Ibu dan Abah tak tahu aku dapat tawaran sambung belajar dekat mana.

"Dekat Johor ibu.Aah dekat Johor" bohongku.

"Jadi Mawar nak pergi? Setahu ibu,Mawar tak suka dengan keadaan sekeliling dekat Johor.Ibu masih ingat lagi haritu Mawar cakap kalau boleh tak nak ada urusan apa-apa dekat sana lagi.Mawar kata haritu yang Mawar takkan pernah pergi dah dekat Johor sampai bila-bila" jelas ibu panjang lebar.

Yuhuuuu! Ini adalah kesempatan yang perlu aku gunakan dengan sebaik-baiknya agar Ibu dan Abah tak tahu tentang surat tawaran tersebut.Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah permudahkan segala urusanku hari ini ! Doaku dalam hati. Syukur !

"Betullah apa ibu cakap tu,Mawar dah buang pun surat tawaran tu.Nanti adalah tu tawaran sambung belajar yang lain."

"Dah buang ? Kenapa pula buang surat tawaran tu ? Simpan aje lah untuk jadikan kenangan" kata abah sambil tersenyum.

"Nak buat macam mana kalau memang dah tak berkenan" selamba aku berkata sambil mata masih tertumpu melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain dekat dengan halaman rumah kami itu.Comel!

"Jangan nanti tup-tup tetiba kahwin dengan orang Johor.Arh Sudah!masa tu baru cakap,ibu Mawar sukalah keadaan Johor apa semua" giliran adik pula mengata.Alahai ada adik pun tak support langsung ! Nasib akulah agaknya dapat adik suka membebel ni .

"Eh apa pula kau nak sibuk ? Suka hati akulah,tak suka ke apa yang kau sibuk buat apa.Yang paling penting sekarang ni memang aku tak suka orang dekat Johor tu ! Titik ! Noktah ! Dah jangan bantah,tutup mulut tu kau cakap lagi aku cungkil mulut kau habis-habisan" aku sengaja ingin memberi amaran kepada Adik bongsuku itu.Sebab aku tahu selagi aku tak buat macam itu selagi mulut dia akan po pek po pek aje tahu !

"Erm yalah kalau macam tu Mawar,jangan nanti menyesal pula tak dapat sambung belajar"

"Takkanlah ibu tak dapat langsung,keputusan SPM dan STPM Mawar the best gilerlah! Mustahil tak sangkut dekat mana-mana Universiti atau kolej selain dekat Johor.Lagipun rezekikan ada dimana-mana,Abang Zaf pun pernah cakap benda yang sama haritu."

"Ada ajelah kamu nak menjawab bila ibu cakapkan Mawar" celah abah.

Aku hanya mampu tersenyum sumbing apabila abah berkata begitu.

"Arh ni abah,atih tak balik kampung minggu ni ? " aku cuba menukar topik perbualan kami sebentar tadi.Risau juga nanti makin banyak ibu dengan abah soal tetiba terbongkar pula segala rahsianya itu.Nauzubillah! Jangan sampai Mawar ! Mati kutu nanti kau nak jawab.

"Tak tahu pula Abah,takde lagi cikgu dia cakap yang diorang akan bercuti minggu ni.Tengoklah esok macam mana,kalau ada whatsapp dari cikgu kata pelajar asrama bercuti nanti minggu ni mungkin cutilah tu"

"Oh oklah kalau macam tu.Dah dua minggu atih tak balik rumah kan? Rindu jugalah nak naik motor dengan atih keliling kampung"

"Ibu pun rindu juga dengan Atih tu.Nanti adalah tolong ibu dekat kebun,nak harapkan abang Zaf dengan Kak Marisha kamu hmm lama lagilah diorang berdua ty nak balik bercuti dekat kampung." luah ibu kepada kami.

"Sabarlah Mah nanti ada masa terkumpullah juga anak-anak semua ni.Insyallah!" abah cuba menenangkan ibu,tahu benar dengan sikap ibu yang cepat sangat tersentuh apabila bercerita tentang kami adik-beradik.

"Saya bukan apa abang,dah lama kita tak berkumpul satu keluarga ni.Saya pun rindulah juga nak bermanja dengan anak-anak saya semua ni.Nasiblah ada Mawar dengan Marina dekat sini temankan kita kalau tak ada mereka berdua ni hmm tak tahulah bang mungkin sunyi aja rumah kita ni" ibu masih mahu melayan perasaan sedihnya itu.

"Apa boleh buat,dah memang macam tu realitinya Mah.Anak- anak makin besar makin diorang akan jauh dari kita.Nanti tak lama lagi satu-satu akan kahwin,arh masa tu lagi kita susah nak jumpa dengan diorang.Awak tengoklah sekarang anak kita yang satu tu Marisha,susah sangat nak balik sejak dah berumahtangga.Sebab tu dari sekarang kita kena biasakan diri untuk berjauh dengan anak-anak kita semua,bukan apa untuk kebaikan kita juga nanti."

"Kalau macam tu,Mawar dengan Marina korang cari ajelah bakal suami dekat kampung kita ni.Bukannya tak ada yang tak handsome dekat sini,banyak ajelah.Tu anak Pak Mat kamu tu,siapa nama dia ni Syafiq ke apa boleh juga ibu lawat kamu selalu"

"Eh eleh sedap mulut je kan nak suruh
Mawar kahwin dengan diorang,euw! Tak naklah kahwin dengan orang dekat kampung ni ibu.Semuanya lembik,kerja sikit nak malas.Mawar nak cari jauh dari kampung ni.Bolehkan abah ? " aku cuba meminta pendapat abah kali ini.

"Betul tu Mawar,jauh lagi bagus bolehlah juga kamu nak kenal adat dan budaya dekat negeri orang lain.Kalau boleh kamu cari aje calon dekat negeri Johor tu " Ah!sudah abah pun tak boleh diharap untuk beri sokongan kepadaku.

Aku bukannya tak suka langsung dengan negeri itu tapi aku trauma bila ingat Kawan baik aku sendiri kena tinggal dengan pakwe dia yang asal Johor.Kalau ikutkan memang tak logik langsung alasan kenapa aku tak suka tempat tersebut hanya kerana kejadian tersebut tapi ya sikapku memang begitu suka sangat fikirkan hal-hal yang sememangnya remeh-temeh.

"Kan dah kena! " ibu sudah terkekek dari tadi apabila melihat mukaku yang sudah merona merah menahan marah akibat diusik oleh abah tadi.

"I dont care!" balasku lalu bergegas masuk kedalam rumah,malas mahu melayan gurauan mereka.





🌌❤ :

- The best decisions you can ever make
Are the decisions that will guide you to enhance you gift in order to create a better you & others life -


Indah pada waktu-Nya ❤Where stories live. Discover now