Indah pada waktu-Nya

25 1 0
                                    


Aku mengerling seketika jam ditangan apabila sampai dihadapan rumah.Hari ini aku terpaksa naik bas untuk pulang ke rumah,biasanya abah yang akan menjemput aku ditempat kerja tapi hari ini tidak pula.Penat katanya,kesian abah 😔

"Masih awal rupanya"bisik hatiku.

Aku segera masuk kedalam bilik lalu mencapai tuala ku yang ada dalam almari dibiliku sebelum menuju ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan bilik ibu dan abah.Orang kampunglah katakan,dalam rumah hanya ada satu bilik mandi jadi kenalah kongsi-kongsi tak macam orang kaya yang perlu ada satu bilik mandi dalam setiap bilik.Aku sudah tidak berasa selesa dengan bau busuk yang melekat dibadanku akibat asyik berpeluh seharian suntuk.Baru berapa langkah kakiku menuju ke bilik mandi suara ibu memanggil namaku sudah kedengaran.Entah apalah yang nak dibincang sangat,nampak macam serius saja.Takkanlah ada orang naik meminang ?

"Apa dia ibu ? Mawar baru aje nak mandi"ucapku seraya duduk dihadapan ibu.Muka garang ibu aku tenung sekilas,nampak macam menakutkan aje !

"Kenapa Mawar sanggup tipu ibu dan abah pasal surat tawaran tu ? Kenapa tak bagitahu ibu dengan abah aje ? Susah sangatke nak jujur dengan kami ? Atau ibu dan abah tak penting sampai Mawar tak nak bagitahu kami ? Sampai hati Mawar belakangkan ibu ? " ibu luahkan segala ketidakpuasaan hatinya terhadap aku malam itu.Aku sudah diam menikus,tidak tahu hendak berkata apa.

Surat tawaran sambung belajar yang berada kemas dalam genggaman ibu aku tenung.Kenapalah aku cuai sangat? Kalau tak ibu takkan jumpa surat tu !

"Mawar bukan tak nak bagitahu ibu dan abah.Mawar ada sebab sendiri kenapa Mawar tak nak bagitahu dengan semua,Mawar tak nak ibu dan abah susah hati.Cukuplah selama ni Mawar susahkan ibu dan abah biaya perbelanjaan sekolah Mawar."aku mula menerangkan satu-satu kepada ibu setelah lama berdiam diri.Aku harap ibu faham dengan keadaan tersebut.

"Apa yang Mawar nak takutkan ? Mawar tahu tak ? Abah kerja keras selama ini untuk Mawar adik -beradik.Abah dah kumpul berpuluh ribu duit dalam bank simpanan abah dari dulu hanya untuk kebaikan korang masa hadapan.Dari dulu abah dah rancang perbelanjaan keluarga kita sampaikan abah sanggup berjimat cermat semata-mata nak simpan duit untuk kesenangan kamu semua bila dah besar untuk sambung belajar." abah seperti kecewa dengan sikapku saat itu.Aku sudah tidak dapat menahan air mata yang sudah lama bertakung sejak dari tadi.

"Abah ? Abah tahukan London tu bukan dekat ? Jauh abah! Mawar tak nak susahkan semua orang.Lagipun Mawar tak sedia lagi nak berjauhan dengan ibu dan abah.Ibu pun tahukan Mawar tak berani nak naik kapal terbang dari dulu Mawar tak pernah merasa naik kapal terbang.Takutlah!" aku cuba berdalih.

"Jauh atau dekat itu tak penting dalam hal ni Mawar ! Ibu tahu ini antara impian Mawar sejak dari dulu,takkan Mawar nak lepaskan peluang besar macam ni begitu saja? Peluang macam ni tak datang berkali-kali tahu tak ? Nak takutkan apa naik kapal terbang ? Kamu ni Mawar selalu saja nak fikir bukan-bukan sebelum buat suatu benda.Kadang-kadang kita kena juga berfikir positif mengikut keadaan.Ibu tak sukalah sikap Mawar yang selalu fikir negatif macam ni ! Sekarang ni ibu cuma nak Mawar terima tawaran sambung belajar ni dan berhenti kerja mulai esok.Kamu kena buat persiapan lebih awal Mawar,tinggal dua minggu lagi kamu dah kena mendaftar dekat sana"

"Kalau ibu dan abah dah cakap macam tu Mawar tak boleh buat apa dah.Mawar tahu ibu dan abah buat semua ni demi kebaikan Mawar juga satu hari nanti.Mawar janji akan tunaikan permintaan ibu dan abah,Mawar akan banggakan nama keluarga kita.Mawar dah tak tahan dengan mulut orang sebelah rumah ni yang selalu pandang rendah dengan keluarga kita"

"Sebab tu lah ibu nak sangat Mawar terima tawaran sambung belajar ni,Mawar tahu kan Mak Cik Leha dekat sebelah rumah kita ni asyik nak banggakan anak-anak dia aje."

"Mawar tahu ibu"jawabku sekilas.

Bukan aku tidak tahu tentang sikap Mak Cik Leha yang selalu sangat menunjuk-nunjuk dengan orang kampung disekitar mereka tentang pencapaian anak-anaknya.Yalah! Abang Zaf tak dapat sambung belajar tinggi sampai ke menara gading akibat kekangan ekonomi.Oleh itu,abang Zaf hanya mampu bekerja di sebuah hotel bertaraf 5bintang.Walaupun begitu,abang Zaf tak pernah lupa tanggungjawabnya untuk membantu ibu dan abah dalam soal kewangan.Kalau bukan disebabkan Abang Zaf mungkin keluarga kami masih terlalu naif sekarang tapi Alhamdulillah ! Rezeki yang Allah beri kita tak tahu.Sekarang nak dikatakan terlalu naif taklah juga,mungkin boleh dikategorikan sebagai keluarga yang mempunyai kos ekonomi sederhana sahaja tak terlalu kaya dan tak terlalu miskin.Rumah usang kami juga telah diubahsuai menjadi rumah banglo satu tingkat hasil kerjasama dari segi wang oleh Abah dan Abang Zaf.Manakala Kak Marisha pula habis sahaja peperiksaan STPM sudah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri.Tinggallah aku,Zahril dan adik bongsu kami yang masih bersekolah sekarang sebab itu ibu dan abah selalu memarahi kami sekiranya kami tidak berjaya dalam peperiksaan.

Disebabkan keberhasilan abah dan abang Zaf mengubahsuai rumah kami maka timbullah perasaan iri dalam hati Mak Cik Leha terhadap keluarga kami.Asyik nak menabur fitnah aje bila nampak keluarga kami lebih daripada keluarga dia,nasib baiklah orang kampung tak percaya sangat fitnah Mak Cik Leha itu.Nasib kita oranglah ada jiran macam ni.Aku pun terkadang naik rimaslah juga bila memikirkan sikap wanita berusia tersebut.








🌌❤ :
Don't worry about the people who aren't happy for you
They probably aren't happy for themselves either ❤







Indah pada waktu-Nya ❤Where stories live. Discover now