Aku melihat sekali lagi figuraku dihadapan cermin yang ada dalam bilik tidurku.Cantik! Desisku.Aku segera mengambil beg sandang yang terletak diatas katil.
"Wah!cantiknya Mawar hari ni"ujar Kak Siti setibanya aku di ruang tamu rumah.
"Eh! Kak Siti ni,ada je la.Biasa² je,Kak Siti tu yang cantik"
"Betullah apa Kak Siti cakap tu Mawar.Cantik sangat Mawar harini lagi² bila pakai baju kurung ni"sampuk Kak Zana yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya.
"Yala kak cantik sangatlah Mawar harini"ucapku sambil tersenyum lebar memandang ke arah Kak Zana.
"Mawar dah nak gerak ke ni ?" tanya Kak Siti
"Aah kak,sebab pendaftaran tu mula dalam jam9."
"Ah oklah tu,kalau Mawar tak keberatan bolehlah Kak siti dan Kak Zana temankan Mawar pergi kolej untuk hari pertama ni.Hilanglah sikit perasaan nervous Mawar tu.Boleh tak ?" tanya Kak Siti.
"Betul ke ni kak ? Manadalah keberatan,lagi Mawar suka bila Akak dapat temankan.Jadi,dah boleh geraklah ni kak ?"
"Ok jom gerak.Harini habis je Mawar pendaftaran dekat kolej kita makan dekat luar,kakak belanja."kata Kak Zana seraya memeluk aku dan Kak Siti.
Aku semakin rasa selesa berada dekat dengan Kak Siti dan Kak Zana,apatahlagi apabila mereka melayaniku dengan baik sejak dari semalam lagi.Aku harap sangat mereka akan melayani seperti ini sampai bila-bila.
***
Sampai sahaja di hadapan kolej,jantungku sudah berdebar laju.Apa tidak,kolej Imperial ni bukan macam kolej yang ada dekat Malaysia.
"Mawar ?tak payah nervous sangat.Buat macam biasa aje bila masuk dalam dewan pendaftaran nanti.Orang dekat sini baik-baik belaka semuanya.Kak Siti dengan Kak Zana tunggu Mawar dekat sini.Lepas habis je semua urusan Mawar, terus call Kakak."Kak Siti cuba menenangkan aku saat itu.
"Hmm ok kak.Nervous sangat Mawar ni sampai rasa macam tak dapat bernafas dah bila tengok banyak sangat pelajar siswa yang lawa-lawa ni"aku cuba membuat lawak untuk menghilangkan rasa bimbang dalam hatiku."Apa pula macam tu Mawar.Mawar lesbian ke sampai cakap macam tu ?"Kak Zana sudah membuat gaya seperti sedah geli hati bila menyebut perkataan 'lesbian' sebentar tadi.
"Eh ! Manada kak.Mawar masih waraslah kak" serentak kami bertiga ketawa seusai aku berkata tadi.
"Dah masuk cepat,nanti lambat masuk lambat siap urusan Mawar.Hati-hati berjalan tu,jangan sampai tersadung dekat kaki jejaka mat Salleh hari pertama masuk kolej" Kak Siti masih mahu membuat lawak lagi sementara aku sudah ingin pengsan akibat terlalu risau.
"Kak Siti ni lawak juga rupanya kan ? Oklah kak,Mawar pergi dulu.Asalamualaikum."aku segera keluar dari kereta dan bergegas masuk ke dalam kawasan kolej.
***
FIRST SEMESTER STUDENT REGISTRATION HALL
Aku segera masuk ke dalam dewan tersebut selepas sahaja melihat papan tanda yang terdapat dihadapan pintu dewan tersebut.Masih terdapat ramai pelajar yang bergerak dari meja ke meja,ada juga yang sedang membaca maklumat yang dipaparkan pada dinding dewan tersebut.
YOU ARE READING
Indah pada waktu-Nya ❤
RomanceMawar & Tengku Shah Semua akan indah pada waktu-Nya .. ❤