Indah pada waktu-Nya

13 1 0
                                    

Aku memandang sekeliling kawasan airport itu sambil menggaru kepalaku yang bertutup dengan tudung bewarna merah itu.Ibu menyuruhku untuk membiasakan diri menggunakan tudung bagi menutup aurat.

"Hai ? Mawar ke ?" sapa seorang wanita yang hampir sebaya dengan Abang Zaf.

"Hai ? Ya saya Mawar,awak pula ? " soalku sopan sambil merenung sekilas wajah wanita dihadapanku itu.

"Saya Zana,Kak Siti minta maaf sebab tak dapat jemput awak dekat aiport sebab dia ada kelas harini.So dia suruh saya jemput awak." wanita dihadapanku itu tersenyum lebar sambil matanya masih tidak lepas dari memandang wajahku.

"Awak jangan risau,saya tak menipu.Kalau awak tak percaya,awak baca pesanan whatsapp yang Kak Siti bagi dekat saya." seperti dapat membaca fikiranku yang saat itu sedang ragu-ragu terhadapnya lalu wanita itu segera menghulurkan iphone8 miliknya kepadaku.Aku segera membaca pesanan whatsapp yang dikirim oleh Kak Siti kepadanya.Sah ! Memang dia orang baik.

"Terima kasih Kak Zana,maaflah kalau saya menyusahkan akak."ucapku sambil menundukkan sedikit kepalaku tanda hormat kepadanya.

"Takpe akak faham.Biasalah tu,Mawar pun baru sampai dekat sini takkan kita orang nak biarkan Mawar keliling satu kota London ni untuk cari rumah sewa kita.Jangan risau,kak Zana dengan Kak Siti will always protect you!" balasnya sambil menepuk perlahan bahuku.

"Makasi kak."balasku sepatah.Aku segan sebenarnya nak bercakap banyak dengan Kak Zana,Maklumlah baru pertama kali jumpa.

"Sama-sama,dahlah jum balik.Mawar kena rehat banyak-banyak.Esok dah kena masuk mendaftar.Mari akak tolong bawakan bagasi yang lain."

Aku dan Kak Zana segera beredar dari situ lalu menaiki kereta milik Kak Zana.Mengikut pemerhatianku,Kak Zana bukan calang-calang orangnya.Pemakaiannya yang agak moden itu sudah menunjukkan yang dia berasal dari keluarga yang berada.Tak macam aku yang biasa-biasa sahaja,nasib baiklah Kak Marisha seorang yang pandai bergaya.Dialah yang membantu aku untuk mencari pakaiannya yang sesuai selama aku berada disini.Ibu pula awal-awal sudah membelikan aku lima pasang baju kurung moden.Bahkan harga srpasang baju kurung itu sekitar RM150,itu bermaksud ibu sudah mengeluarkan kos sebanyak RM750 hanya untuk membeli baju kurung moden itu.Hal itu yang buat aku serba salah dengan ibu sampai sekarang walaupun ibu bertegah bahawa dia masih punya banyak duit di akaun bank simpanannya.

"Kalau Mawar nak buang rasa serba salah dalam diri tu dengan ibu,ibu nak Mawar pakai baju kurung ni seminggu sekali bila pergi kelas dekat sana.Ibu nak Mawar buktikan bahawa Mawar tak lupa dengan asal usul Mawar.Tiap kali pakai baju kurung ni ibu nak Mawar ambil gambar lepas tu hantar dekat ibu.Boleh tak ?"

"Boleh aje ibu,tapi pasal gambar tu.Ibu pun tahu kan Mawar manalah reti nak bergambar bagai.Tengoklah nanti Mawar pertimbangkan"

"Kalau Mawar sayang ibu,buatlah apa yang ibu suruh."

"Yalah ibu,nanti Mawar usahakan ambil gambar tu"

Aku menghela nafas perlahan apabila mengimbas kembali perbualan antar aku dan ibu beberapa hari lepas.

"Ibu !! Mawar rindu ibu dan abah"rintihku dalam hati.

"Ah dah sampai pun.Jom kita masuk kat dalam"

Lamunanku serta merta terbantut apabila mendengar sapaan dari Kak Zana.Mataku lantas melihat ke luar tingkap kereta melihat rumah teres bertingkat dua itu.Hampir terbeliak mataku apabila melihat rumah teres yang besar lagi indah tersergam di depan mataku itu.

"Inilah rumah yang bakal Mawar,Kak Zana dan Kak Siti akan tinggal sesama selama 2tahun.Jangan risau tempat ni selamat untuk kita tinggal."

"Hmm tak mahalke bayaran sewa rumah ni setiap bulan kak ? "

"Pasal bayar sewa rumah tu jangan risau.Untuk pengetahuan Mawar,rumah ni rumah keluarga Kak Zana.Jadi nanti Mawar tak payahlah susah-susah nak cari duit bayar sewa rumah."

"Rumah keluarga akak? Maksudnya keluarga akak orang kayalah ? "

"Taklah kaya sangat,sikit aje."

"Maaflah kalau saya menyusahkan Kak Zana.Saya tak tahu pun ni rumah keluarga Kak Zana,kalau saya tahu bolehlah saya cari rumah tumpang yang lain."

"Eh! Apa pula nak cakap macam tu,akak lagi suka kalau ada teman tahu tak ? Lagipun akak tak pernah anggap orang yang tinggal dekat rumah ni sebagai orang luar atau menumpang.Kak Siti pun akak dah anggap macam saudara sendiri,sekarang ni Mawar pun ada lagi bagus . Taklah sunyi sangat rumah kita orang ni."Kak Zana tersenyum melihatku sambil tangannya mencapai jari-jemariku.

"Mawar ? Akak harap selama Mawar dekat sini Mawar dapat jaga diri Mawar dengan sebaik-baiknya.Akak faham,situasi dekat Malaysia dengan London sangat jauh berbeza.Akak nak pesan bila dekat College nanti Mawar kena berhati-hati dalam memilih kawan.Tak semua orang dekat sini jahat,tapi berkawan kena pandai memilih."

Aku begitu terharu dengan nasihat yang diberikan Kak Zana.Rasa seperti sedang berbual dengan Kak Marisha.

"Makasi kak,Mawar pun harap macam tu."

"Sama-sama,dah jom masuk.Kejap lagi Kak Siti balik ah kita makan tengah hari sama-sama lepas tu Mawar restlah puas-puas sampai esok pagi pun takpe"






                                         🌌❤ :
              The Journey Of A Thousand Miles
                   Begins With A Single Step .

Indah pada waktu-Nya ❤Where stories live. Discover now